Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful


Leave a comment

Salam Jumaat…

 

Asalammualaikum w.b.t….

Salam Jumaat Almubarak…Hari ini 10hb Oktober 2014 bersamaan dgn…oops lupa lah pulak….tgk tu..tarikh org putih ingat tarikh Islam x ingat….minta maaflah ye…

nnti saya nk tgk kalendar kuda jap…tgk tu…kuda pun ada kalendar…ish,,ish ..ish….tak patut..tak patut…sebagai seorg Islam kita kena tau kalendar kita….kan….
Oklah…pe khabaar semua?eh…Hidup lagi penulis ni…ingatkan dh innalillahiwainnailaihirojiun…sebab dah lama x update blog..agak2 dh hampir 3 thn dah…lama tul…drpd x ada wattsapp sampai dah ada wattspp…drpa tak ada phone samsung sampai dah ada satu..samsung lagi tuh…cer bayangkan2x…malas nak tulis ulang2…kalau tulis 10x maknanya kena ulang 10 kali tau…he he he..

3 thn x tgk wordpress ni…tu dia…byk perubahan ….sampai x tau nak update mcmana..borpinau2 jugaklah mato den ni dibuek eaia tapi sebab kita ni dikurnia dgn kecerdikan  … Alhamdulillah…syukur pdMu ya Allah.. w/p x luarbiasa tapi bolehlah sikit2 maka kesusahan itu dpt diatasi..cehwah…

oklah…

Nak bagi tazkirah sikit…boleh ya…

“Aku bersama Rasulullah, kemudian datang seorang lelaki dari Ansar, memberi salam ke atas nabi SAW kemudian berkata: siapakah mukmin yang paling baik. Jawab nabi: yang paling bagus akhlaknya. Dia bertanya lagi: siapa pula yang paling cerdik? Nabi jawab: Mereka paling banyak mengingati mati dan melakukan persediaan selepas itu, itulah orang yang paling bijak” (Sunan Ibn Majah:4259)

Ohh rupa-rupanya orang yang bijak itu adalah yang bersedia untuk mati. Macam saya….insyallah…

oklah entri ni sebagai warm up aje…Insyallah kalau saya terlebih rajin saya akan update tapi x tau lah tu bila waktunya..

oleh tu asalammualaikum w.b.t….see u….bye…


Leave a comment

Salam 28 Ramadhan 1433H-Tazkirah Jumaat

Berkat membaca Alhamdullillah

Assalammualaikum wbt…

Pada zaman dulu, ada seorang raja yang suka memburu. Adakala pula menteri dia yang seorang ini suka sangat menyebut alhamdullillah. Sesudah makan alhamdullillah, bangun tidur alhamdullillah, selepas cukur kepala pun alhamdullillah.Maka raja ini pun bertanyalah pada menteri tersebut: “Kenapa kamu suka menyebut alhamdullillah? Tidak ada ayat lain ke nak baca?” Berkatalah menteri tu: “Alhamdullillah, semoga kita dapat rahmat darinya.” Maka raja pun buat tidak tahu sahaja seraya berlalu untuk beradu.

Suatu hari semasa raja ini hendak pergi memburu, sedang raja ni asyik memotong tali untuk diikat hasil buruannya maka terpotonglah jarinya sendiri seraya menjerit kesakitanlah raja tersebut “aduhhhh!!!!!” Menteri itu dengan pantas tersebut: “Alhamdullillah”.

Dengan murka kerana bersyukur dengan kesakitanya itu, raja tu berkata: “Jari aku terpotong pun kau nak alhamdullillah ke?? Pengawal! Tangkap menteri ni masukkan dia di dalam penjara.” Menteri tersebut pun berkata: “Alhamdullillah.”Maka selepas jari raja itu dibalut, pergilah ia masuk ke hutan untuk memburu. Tiba-tiba, raja itu telah bertembung dengan orang dayak yang makan manusia untuk dibuat korbanan pada tuhan mereka. Semua pengawal raja itu dibunuh dan dijadikan korban tetapi raja tadi dilepaskan oleh orang dayak tersebut.

Raja itu pun balik ke istana dan berjumpa dengan menterinya. Dia menceritakan segala-galanya kepada menterinya itu. Maka menteri itu berkata: “Alhamdullillah, kaum dayak itu tidak menjadikan tuanku sebagai korban disebabkan keadaan tuanku yang tidak cukup sifat kerana tidak cukup satu jari.” Menteri itu berkata lagi: “Alhamdullillah berkat dariNya saya masih lagi hidup kerana tuanku memenjarakan patik. Kalau tidak patik pun telah terbunuh.” Maka raja itu melepaskan menterinya.

Pembaca budiman…2 hari lagi Ramadhan akan berlalu pergi meninggalkan kita…adakah ini merupakan Ramadhan terakhir kita?
2 hari lagi kita akan menyambut bulan Syawal …

Bulan Kembali ke Fitrah
Syawal adalah bulan kembalinya umat Islam kepada fitrahnya, diampuni semua dosanya, setelah melakukan ibadah Ramadhan sebulan penuh. Paling tidak, tanggal 1 Syawal umat Islam “kembali makan pagi” dan diharamkan berpuasa pada hari itu.
Ketibaan Syawal membawa kemenangan bagi mereka yang berjaya menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadhan. Ia merupakan lambang kemenangan umat Islam hasil dari “peperangan” menentang musuh dalam jiwa yang terbesar, iaitu hawa nafsu.

Bulan Takbir

Tanggal 1 Syawal, Aidilfitri, seluruh umat Islam akan bertakbir. Maka, bulan Syawal pun merupakan bulan dikumandangkannya takbir oleh seluruh umat Islam secara serentak, paling tidak satu malam, yakni begitu malam memasuki tanggal 1 Syawal menjelang sembahyang raya.
Gema takbir merupakan ungkapan rasa syukur atas hasil ibadah Ramadhan selama sebulan penuh. Kemenangan yang diraih itu tidak akan tercapai kecuali dengan pertolonganNya. Maka umat Islam pun memperbanyakkan zikir, takbir, tahmid, dan tasbih. “”Dan agar kamu membesarkan Allah atas apa-apa yang telah Ia memberi petunjuk kepada kamu, dan agar kamu bersyukur atas nikmat-nikmat yang telah diberikan” (Surah Al-Baqarah: Ayat 185).

Bulan Silaturrahim
Dibandingkan bulan-bulan lainnya, pada bulan inilah umat Islam digalakkan mengeratkan silaturrahim dengan kunjung mengunjungi saudara masa, sahabat handai dan jiran tetangga. Betapa Syawal pun menjadi bulan penuh berkah, rahmat, dan keampunan.
Bulan Ceria
Syawal adalah bulan penuh ceria dengan kanak-kanak mengenakan pakaian baru dan bersalaman antara satu sama lain dengan maaf memaaf, bahagia dan mengucapkan syukur.

 

Mohon dan maaf kepada yg empunya gambar...sebab ambil gambar ni..
Puasa Satu Tahun

Rasulullah SAW menganjurkan supaya umat-Nya berpuasa enam hari dalam bulan Syawal yang ganjaran pahala sama seperti berpuasa satu tahun.
“Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringinya dengan puasa enam hari bulan Syawal, bererti ia telah berpuasa setahun penuh” (Hadis Riwayat Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, An-Nasa’i Dan Ibnu Majah)
“Allah telah melipatgandakan setiap kebaikan dengan sepuluh kali ganda. Puasa bulan Ramadhan setara dengan berpuasa sebanyak sepuluh bulan. Dan puasa enam hari bulan Syawal yang menggenapkannya satu tahun” (Hadis Riwayat An-Nasa’i Dan Ibnu Majah).
Bulan Nikah



Nabiljgn marah ,ya...

Syawal adalah bulan yang baik untuk menikah. Rasulullah SWT menunjukkan sendiri bahwa bulan Syawal baik untuk menikah. Siti Aisyah menegaskan: “Rasulullah SAW
menikahi saya pada bulan Syawal, berkumpul (membina rumah tangga) dengan saya pada bulan Syawal, maka siapakah dari isteri beliau yang lebih beruntung daripada saya?”. Selain dengan Siti Aisyah, Rasul juga menikahi Ummu Salamah juga pada bulan Syawal.
Bulan Peningkatan
Inilah keistimewaan bulan Syawal yang paling utama. Syawal adalah bulan ”peningkatan” kualiti dan kuantiti ibadah hasil latihan atau ujian sepanjang bulan Ramadhan.

Bulan Pembuktian Takwa


Inilah makna terpenting bulan Syawal. Setelah Ramadhan berlalu, pada bulan Syawal sebagai “pembuktian” kerberhasilan ibadah Ramadan, utamanya puasa, yang bertujuan mendapat darjat takwa.

Akhirkata…SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI,MAAF DZAHIR DAN BATHIN YA…sekiranya ada terkasar bahasa yg menyinggung perasaan ,ampun maaf jua dipinta…

Balik kg.nanti berhati2 ya….tak kan lari kampung yg dikejar….
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI SEMUA DIMANA JUA ANDA BERADA…


Leave a comment

Salam 25 Ramadhan 1433H

Asalammualaikum w.b.t..

Hari ini apa kata kita rileks2kan minda kita ni….Entri bawah ni saya ambil dari http://mynewshub.my.Bukannya apa kepala saya ni masih ting tong lagi ni…Mengantuk teramat sangat..dah nampak bulan bintang dah…

 

 

 

 

Kenapa ‘Spender’ Lelaki Dijual Dalam Kotak?

Kenapa seluar dalam lelaki biasanya dijual dalam kotak sedangkan panties perempuan pulak selalunya dijual longgok, berlipat atau bergantung?

Hurmm… kenape ye??

Korang nak tau??

Boleh tengok jawapannyer kat bawah….

‘First’ kita tengok macam mana orang perempuan memilih seluar dalam:

k

Sekarang kita tengok pulak macam mana orang lelaki memilih seluar dalam:

 

So, tu lah jawapannya… Hehehe…

 


Leave a comment

Salam 24 Ramadan 1433H

Asalammualaikum…

Salam 24 Ramadan 1433H…dah 24 hari kita menjalani ibadat puasa…Alhamdulillah….
Masih ingat tak entri saya minggu lepas dimana saya tulis ‘by hook and by crook’saya mesti beli tudung saya dan anak saya …ingat lagi kan…siap dgn bagi contoh lagi…

oklah,hari sabtu lepas saya pun ndak tak ndak terpaksalah pergi membeli belah di Masjid India dan Jln Tuanku Abdul Rahman…umang aih…punyalah ghamainya org bershopping…seronok jugaklah saya melihat dia orang membeli belah…ialah hari sabtu yg lepas dikira last shopping utk hari raya kan..minggu depan depa semua termasuk saya ni dah nak balik kampung halaman masing2…nak beli kat kg boleh jugak tapi mahai lah sikit…dan pilihan pun x byk…mula2 saya menjelajah Semua House nak cari kedai Tudung Nur Kasih….cari punya cari x jumpa..aik…dlm web dia tulis alamat kat Semua House…ground floor lagi…camana bolih x jumpa…last2 jumpa satu kedai jual tudung..alhamdulillah dptlah beli utk anak saya…x pelah Sya,x dpt tudung Nur Kasih,dpt tudung ni pun jadilah..rupa2nya kedai Nur Kasih dah x ada kat semua house .dah pindah…patutlah tak jumpa…ni yg buat saya hangin satu badan…at least update lah address kan …dahlah pose…bawa anak lagi tuh…

Lepas tu misi seterusnya cari tudung saya plak…kaki saya dah terketar2..nak tercabut kepala lutut saya..penat sungguh…lagi satu buat kita penat sebab orang terlampau ramai…dah tu plak jln slow2….nak potong tak boleh sebab kiri kanan org ramai..terpaksalan membuntuti diaorang(jgn salah faham ya),jadi masuk satu kedai x jumpa..nak dekat 10 kedai kot masuk…last2 saya dah hampiirr berputus asa saya masuk aje mana2 kedai saya tunjuk baju saya suh budak kedai tu pilih jer tudung yg bersesuaian…budak kedai tu pun pilihlah …mak datuk..warna kuning?,baju akak ni kan warna purple yg sesuwai…skrg ni kak orang pakai kaler contrast dgn baju…nampak menyerlahnya..’ya la kata kau’…akak ikut ajerlah dik non oii…’kak,utk innernya,akak nak yg mcmana?yg cam serkap biasa atau yg macam ninja? Macam ninja?gerun plak akak dengornya…

ooo…rupa2nya serkap ninja ni yang tutup terus ke leher …laa..mcm2 serkap ada skrg ni yer…jgn serkap jarang udah lerr…saya pun tak try test lagi…terus pergi bayor…at least try lah dulu kan…sebab penat punya pasal dah malas nak test2…lagi pun kesian tgk anak saya…dah penat semacam…

Bila masuk dlm kereta barulah saya test tudung yg saya beli tadi…mula2 saya pakai serkap ninja tu…anak2 saya punyalah gelakkan saya…la..mama..mcm ninjalah…memanglah macam Ninja..dah namanya serkap Ninja…asben I pun boleh gelak besar…la.. awatnya yg kelakor ni…dah macam rancangan Karoot komedia plak…gelak2kan mama ni,…tak baik tau…
eee..geramnya saya…apsal lah sya tak cuba kat kedai tadi..dah lah regenya mahal…bila tgk tudung tu..taklah glamer sgt..setakat sarung jer…boleh jahit sendiri rasanya…potong,lepas tu jahit..lepas tu letaklah manik2 atau labuci sikit2…dah jadi tudung…
Tak kan nak cari tudung lagi?/?/ dan bertambah geramnya saya bila anak saya Syasya cakap “tudung mama dahlah tak lawa,mahal pulak tu’ hu..hu,hu,hu….

Tudung sya lebih kurang mcm ni ler tapi warna kuning…


Leave a comment

Salam Ramadhan 18 Ramadhan 1433

Asalammualaikum w.b.t…

Apa khabar semua?Harap semuanya sehat walafiat…Alhamdulillah…syukur pada Allah…

Oklah…dah masuk 2 minggu kita berpuasa…cepatkan..macamana dgn persiapan Aidilfitri yg bakal menjelang tidak lama lagi..dah beres atau masih ada lagi yg belum dibeli?Macam saya ni,baju kurung dah beli ,tapi tudung pulak belum lagi…aduyai…ingatkan senang nak beli tudung,,rupa2nya susah..bukan sebab tak ada tudung tapi sebab saya ni cerewet maa…mcm sabtu lepas dah banyak kedai sya masuk kat masjid India namun tak ada satu pun yg berkenan dihati…dahlah tak seberapa canteknya harganya umang aiii…tertelan air liur dibueknyo…mahal sungguh..kalau setakat 30 hengget tu kira oklah,ni hah sampai 100 lebih…’awat mahai sangat no’, bak kata oghang Kedah…tengok tudung tu macam biasa je…tak de sepesel nya…I rasakan diorang ni saja2 naikkan rege nya…lepas tu diaorang buat lah ada happy Hour…dlm masa setengah jam sahaja rege tudung ada diskaun 20 persen…lepas setengah jam rege dia jadi normal balik…betul tak betul,wallahualam..
Jenama macam Fareeda,Ariani,Tijarah atau apa2 yg sewaktu dgnnya rege tudung mereka2 mak oii…mak2 datin jer yg pakai…ada tu sampai 199 hennet…ooppss ejaan pun dah salah hengget…tapi dlm mahal2 tu ramai pulak yg membelinya…banyak duit betui depa no…berebut2 plak tu…tak palah raya kan setahun sekali…yg sekali tu lah nak kena beraya betui2…semua nak nampak vogue gitu ..kan…bak kata anak buah saya…mengalahkan artis…


apsal muka patung ni semua cam mat saleh…idung mancung ,mata biru…cuba buat patung ada iras2 orang asia…idung kemek lah..mata sepet lah..kan …barulah real…patung ni kalau pakai tudung apa fesyen pun memang lah cantekk…

Sabtu ni sya kena cari jugak tudung saya dan anak saya Syasya..by hook or by crook…ewaah…guna pepatah Inglish nampak..(bagi yg tak pandai bahasa Inglish..oopss kurang pandai) By hook or by crook dengan apa cara pun CONTOH AYAT:I must get that job done by hook or by crook.

Dlm BM maksudnya Saya mesti menyelesaikan kerja itu dengan apa cara pun.Ada faham murid2…

Tapikan bila tgk org2 melayu shopping boleh terkezut beruk kita dibuatnya…bukan kita ni macam beruk tapi cuma terkejut tu jer macam beruk…ada faham?

apa tak nya…tgh2 matahari terik boleh rileks jer shopping..bulan posa lagi tu…fuyooo…tabik spriiiingggg lah kat depa semua….termasuklah saya ni hah….he,he,he…Semangat beb semangat tambah2 pulak bila dgr lagu Raya…tapikan yg saya boring tahap gaban bila shopping kat masjid India…penjualnya ramai org Bangla…’murah2’…’harga boleh kurang’,.’pilih kak’,’kain baru dtg’,tulah perkataan yg saya dgr dari hujung kedai sampai la hujung sebelah sinun…dah macam tape recorder lak…kalau hensem cam Shah Rukh Khan ok gak….kan..(P/s bulan pose ni tak baik ngata kat orang tau)

 

 

Hensem gak mamat ni kan…tapi hensem lagi  yang kat bawah ni Shah Rukh Khan…yuhuu….


Leave a comment

Salam Nuzul Quran 1433H

Asalammualaikum w.b.t…

Salam Nuzul Quran buat semua…

Saya pernah menulis  berkaitan Nuzul Quran ni...https://anayusof.wordpress.com/2010/08/27/salam-nuzul-quran/

Cuma saya hari ini saya tambah sikit informasi berkaitan dgn nuzul quran ni…

oklah..biasanya  anak2 akan tanya..kan..mama..Dimanakah ayat pertama AlQuran diturunkan?

JAWAPANNYA.seperti dibawah ya..kalau tak tau malulah pada anak2 kan…mereka ni kalau kita silap,riuhnya macam ayam nak bertelur…

Ayat AlQuran yg pertama diturunkan di gua Hira..

Gua Hira berada di Jabal Nur. Jabal artinya gunung, Nur artinya cahaya. Jabal Nur letaknya sekitar 6 kilometer ke arah utara Masjidil Haram. Pada bagian puncaknya terdapat sebuah gua yang di bernama Hira. Sejarah penting yang pada Gua Hira adalah turunnya ayat-ayat dari kitab suci Al-Qur’an untuk pertama kali. Saat turun ayat tersebut dikenal dengan hari Nuzulul Qur’an, yaitu tanggal 17 Ramadhan. Adapun ayat yang pertama turun adalah ayat 1 sampai dengan ayat 5 surat Al’alaq, yang artinya sebagai berikut :

Bacalah dengan (menyebut) nama  TuhanMu yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan tuhanmu Yang Maha Mulia, Dzat yang mengajar (kepada manusia) dengan kalam. Dia mengajar kepada manusia apa-apa yang mereka belum mengetahuinya   ( Al-Qur’an surat Al-’alaq/96 ayat 1-5)

Saat itu Malaikat Jibril a.s mendatangi serta memeluk Beliau seraya berkata: “Iqra bismirabbikalladzi khalaq…” Beliau menjawab : “Aku bukanlah orang yang pandai membaca!“ kemudian Malaikat Jibril a.s mengulangi ucapan dengan maksud agar Nabi Muhammad Saw, dapat mengucapkan. Kemudian Nabi Muhammad saw dapat mengucapkan, sehingga beliau hapal.

Demikianlah selanjutnya setiap kali Jibril a.s menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad Saw selalu dengan bacaan yang kemudian diulang kembali oleh Rasulullah Saw. Perihal kejadian ini Allah Swt, telah berfirman dalam Al-Qur’an :

Artinya : Apabila Kami telah selesai membacakannya, maka ikutilah bacaannya itu. Kemudian, sesungguhnya atas tanggungan Kamilah penjelasannya. (Q.S. Al-Qiyamah / 75 : 18,19)

Ukuran gua tersebut tidak terlalu besar. Pintu guanya menghadap ke utara (ke kota Makkah). Dan jika bermaksud masuk, harus melewati jalan di antara dua batu yang lebarnya sekitar 60 cm. Panjang gua hanya 3 meter, lebarnya sekitar 1,30 meter dengan tinggi sekitar 2 meter. Jadi, luas Gua Hiro kira-kira cukup untuk shalat dua orang.

Sementara di bagian kanan Gua terdapat teras dari batu yang hanya cukup digunakan shalat untuk seorang dengan cara duduk. Untuk mencapai Puncak Gua Hira, diperlukan waktu sekitar satu jam pendakian. –Abdul Wahab

Abdul Wahab adalah penulis buku panduan “Sejarah Makkah dan Madinah”

Tazkirah ringkas ya utk semua dan utk diri ini jua…

Amalan yang lebih disukai Allah ialah amalan yang biarpun sedikit tetapi dilakukan secara
berterusan berbanding amalan yang dilakukan banyak tetapi sekali sekala sahaja
mengikut keadaan.

Misalnya, dalam kehidupan yang semakin hari kebanyakan kita semakin sibuk dengan urusan
keduniaan adalah sukar bagi kita untuk membaca al-Quran sepanjang satu juzuk sehari.
Kalau dapat dilakukan pun sukar untuk diamalkan secara berterusan.

Mungkin hari ini kita mampu baca satu juzuk, esok kita tidak sempat baca pun. Dua minggu lagi
kita sambung tetapi selepas itu entah bila pula kita akan kembali menyambung bacaan kita.

Kita pun mungkin berfikir kalau macam ini bila nak habis atau khatam satu al-Quran? Lalu kita
berhenti terus daripada membacanya.

Sebaliknya jika kita membaca sekadar satu hingga sepuluh ayat atau sekadar yang
diistilahkan sebagai satu ‘ain iaitu dari segi maksud al-Quran meliputi sebahagian
kisah tertentu – secara berterusan misalnya setiap hari.

Memang kalau difikirkan entah berapa lama masa dilalui untuk sampai khatam. Tetapi janganlah
kita memikirkan soal bila akan habis, tetapi sebaliknya hendaklah kita menumpukan kepada
kelangsungan, yakni istiqomah dalam amalan bacaan al-Quran hariannya secara berterusan.

Walaupun mengambil masa lama, tetapi pada suatu masa dengan izin Allah s.w.t bacaan al-Qurannya
sudah khatam.

Demikian juga dalam amalan-amalan lain. Memang untuk beristiqomah agak sukar, mencabar dan
banyak menempuh halangan. Halangan yang lebih besar adalah sikap diri kita sendiri. Oleh
yang demikian, disiplin diri adalah kunci pada kejayaan untuk beristiqomah.

Semoga Allah swt menjadikan kita orang-orang yang istiqomah dalam setiap amalan baik.

Wallaahu’a’laam.