Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

Sabar ya…

Leave a comment

Asalammualaikum w.b.t…
Alhamdulillah…hari ni 12 Ramadan 1433H…sekejap kan masa berjalan..pejam celik,pejam celik,dah 12 hari
kita berpuasa,pejam celik,pejam celik,dah nak raya,pejam celik,pejam celik,langsung tak celik2…he,he,he…
Insyallah,semoga Allah memberi kita kekuatan dlm menjalani ibadat puasa ni…yalah…banyak dugaan dan cabaran yg perlu kita harungi ,…dugaan dgn anak2lah,dugaan ditempat kerja,dugaan trafik jemlah,dugaan masa beli di pasar Ramadhanlah bla,bla,bla..(tak idea sebenarnya)..macam2lah…Yg penting kita kena SABAR….sabar tu kan separuh dari iman…kalau kita tak sabar tu yg macam2 boleh berlaku diluar kesedaran kita…bila perut kita lapar, maka keluarlah macam-macam perkataan dari mulut kita, tanpa berfikir panjang lagi dan menjadikan orang lain pun panas hati, maka pergaduhan pun berlaku.bila pergaduhan berlaku…luka sana luka sini.patah sana patah sini..panggil pak polisi,masuk court,bila masuk court hah kau…bila bersalah masuk hotel tak de bintang punya…sape susah…mereka jugak yg susah kan…

18 mini Koleksi Gambar Bayi Comel yang Sedang Marah

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

Maka bersabarlah (wahai Muhammad terhadap ejekan golongan yang kafir itu), dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya. (Surah Al-Ma’aarij:ayat 5)

Sabar diletakkan sebelum Solat di dalam firman Allah SWT:
“Dan mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat” (Al-Baqarah 2:40)

Sabar disebut di dalam Al-Quran lebih dari 70 kali. Antaranya:

“Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu (menghadapi kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya” (Ali Imran 3: 200)

Kesimpulan: Sabar adalah sifat utama orang mukmin. Ia punca kepada kebaikan yang lain. Sabar tidak terhasil melainkan dengan latihan dan ketekunan. Semoga Allah mengurniakan kesabaran kepada kita, Ameen
Sebenarnya Allah hendak menunjukkan hambanya agar perlu bersabar dalam mencapai sesuatu dan janganlah bergopoh-gopoh dalam sesuatu hal kerana ini sebahagian perbuatan iblis yang berusaha menyesatkan keturunan Nabi Adam. Dan ingatlah hanya kesabaran orang yang beriman sahaja akan berpanjangan. Peliharalah iman seseorang perlulah sentiasa berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah agar manusia tidak mudah digoda oleh iblis dan syaitan laknatullah.
Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah – Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)

Alhamdulillah..setakat ni saya boleh dikategorikan sebagai seorang yg penyabar,,..penyabar dgn karenah anak2 dan jugak asben I tu……mungkin disebabkan kesabaran I ni anak2 ambik kesempatan tak…mama…nak tu…mama nak ni lah…mamatolong ambil bantal busyuk..aik bantal busyuk pon nak suruh mama ni ambek kan…atau dlm istilah lain anak2 nak dera I? ish,ish…aku cepuk budak ni kang…kita ni kan penyabar…dgn lemah longlai  ooopss..lemah gemalainya..kita pun ambillah bantal busyuk…baik kan kita?

tapi kan ada tapinya tau..sabar tu ada hadnya….sekali sabar dah ilang..amek kau…pinggan mangkuk terbang melayang2…(apalah punya bodohnya nak baling penggan mangkuk,dahlah beli mahal2,nak baling2 plak..akai ada ka?)

Akhir kata…nak berbuka apa ek petang ni??

Sambil2 baca entri ni marilah kita dengar ceramah dari ustaz Haslin Baharin…best sangat…

Advertisements

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s