Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

Salam ….semua….

Leave a comment

Asalammualaikum semua……

he,he,he…lama nya saya tak menulis …bila saya tgk balik  saya punya blog ni last sekali saya buat entri pada bulan Mac lepas  itu pun cut and paste gambar jer….buat syarat aje orang kata….la ni sebok  dgn Facebook…ha jgn tak tau makcik yg dah nak masuk usia senja ni dah ada facebook…canggih gitu…lalala…jgn jeless tau…

oklah…Salam Ramadhan buat semua walaupun dah12 RAmadhan hari ni..Alhamdulillah…dipanjangkanumur olehNya utk sama2 menyambut Ramadhan pada tahun ni…syukur Alhamdulillah…ya Allah…

Oh ya..nanti jap ya saya nak flashback balik ada tak entri pasal bulan Ramadhan thn lepas…tunggu sat no…

Ish…lupa plak mcmana nak save entri ni ye…baru 4 bulan dah berubah segala2nya…wordpress…wordpress…aku cepuk kang..sib baik bulan puasa ni…sabarlah wahai hati…

Alahai..tak ada rupanya entri pasal bulan Ramadhan tahun lepas…minta maap byk2 lah ..tapi thn 2010  ada ler…kalau nak baca cari sendrilah ye…he,he,he…maklumlah bulan pose ni…jgn marah…malas pulak nak scroll mencari…tak larat …he,he,he…nampak benor menipunye. kan…bukannya kena buat kerja berat….

Entah mcmana saya tergerak hati nak tgk blog saya ni …asyik tgk blog orang jer…kesian kan blog saya ni…dah mcm dilupakan plak…

Nanti jap saya nak flashback balik…oh ya…saya buka yahoo mail saya yg dah berkurun saya tak bukak…adalah comment yg nak saya approvekan…dari situ baru saya teringat pasal blog saya ni…dah lama bebenor saya tinggalkan …kesian dia…..punyalah byk email yg masuk …mcm2 ada…ubat pelangsing badanlah…nak sihat badan luar dan dalamlah…ish2…yahoo mail pun dah menerima nasib yg sama mcm blog saya ni…maklumlah.. kan dah ada facebook…

Abaikan gambar tu ya…entah gambar mamat mana pulak yg saya ambil..harap2 mamat diatas tu tak saman saya..ya lah guna gambar dia yg tak hensem tu ….sorilah bro…nanti I belanja you roti canai dgn teh tarik baik punya..ok!

…Apa?roti canai ngan teh tarik?terliuq lah plak pagi2 dah cakap pasal makanan ni YUMM..YUMM…ala BRO..setakat roti canai dan teh tarik apalah sgt kan…kalau sebut ayam KFC..mau terkeluar habis air liur ni…bukan setakat air liur,,dgn 2 mata   sekali tersembul keluaq…

Bestnyer…

Oklah …berbalik kita pada puasa dibulan yg penuh barokah ni..

Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!

Semuga ibadat puasa kita diterima Allah hendaknya..ameen ya rabbal alamin…

Advertisements

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s