Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

Asalammualaikum…

Leave a comment

Asalammualaikum w.b.t…

Syukur Alhamdulillah..dah hari Khamis hari ini 4 safar 1433..sekejap kan masa berlalu…tau2 dh nak masuk 2012…Besok saya cuti…yabedabeduu…penjaga anak saya cuti sebab nak makan angin ke Medan,Indonesia….best kan…harap nanti dpt ole2 dari sana…saya pernah pergi Bali …cantek tempatnya….

Masak apa tu buk? Buk tu ringkasan utk ibu…masak nasi lemak ka?…

oklah…kita tinggal dulu kisah Medan ni…hari ini murid murid,ibu2,bapa2,saya nak bagi

tazkirah sikit, boleh ya? ada kaitan dgn hari Khamis…Tulisan dibawah ni saya copy aje ,copy n paste…dari blog http://nasbunnuraini.wordpress.com/about/.Terima kasih pada yang empunya blog…Jom kita baca…

Zikir hari Khamis:
Subhanallah Hil A’zimi Wabihamdih(1000x)

Dosa kita akan diampunkan sebanyak mana buih di laut atau pasir di bumi Allah

Syurga dan Neraka dijadikan pada hari Khamis

Dijadikan syurga dan neraka pada hari Khamis. Syurga adalah satu tempat yang melahirkan “Rahim” (kasih sayang) Allah s.w.t. Siapa nak tengok kasih sayang Allah di Syurga hendaklah mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangannya. Neraka itu sebaliknya. Siapa nak tengok kegarangan Allah, terutamanya kepada orang jahat, jengoklah tengok ke dalam neraka.

Nikmat syurga dan azab neraka tidak dapat diceritakan (secara detail). Kalau diceritakan pun tak tersampai akal untuk memikirkannya. Dalam dunia pun begitu, orang yang sakit diketuk dengan tukul umpamanya, hanya dia yang tahu betapa sakitnya. Untuk tahu nikmat syurga yang sebenar ini, kena masuk dahulu.

Apa yang sesorang itu hendak di dalam syurga dia dapat dan kekal selamanya (fiha kholidun). Di dalam hadis ada dinyatakan, Allah sendiri melayan makan dan minum ahli syurga, tanya khabar sendiri, “Apa khabar kamu wahai ahli syurga?” Begitulah istimewanya layanan Allah kepada ahli syurga. Oleh kerana syurga dijadikan pada hari Khamis dan di dalam syurga Allah beri apa yang dikehendakinya , maka kerana itu jugalah siapa yang berhajat untuk meminta sesuatu dari seseorang maka disunatkan meminta pada hari Khamis.

Nabi juga pernah berdoa ” Ya Allah berilah berkat pada umatku pada pagi hari”. Kalau kita ada sesuatu kerja misalnya hendak berjumpa seseorang untuk sesuatu hajat, buatlah di pagi-pagi hari kerana masa itu ada keberkatan.

Juga disunatkan bermusafir pada hari Khamis.

Ada 8 syurga, 120 tingkat, 3/4 tingkat adalah milik umat Nabi Muhammad s.a.w. (3/4 dari 120 = 90tingkat). Umat  Nabi Muhammad lebih ramai berbanding umat terdahulu. Umat Nabi Muhammad juga termasuk orang-orang kafir. Kalau mereka nak masuk Islam tiada siapa boleh halang.Umat dahulu nabi dan rasul silih berganti, umat Nabi Muhammad kini sudah 1500 tahun.

Advertisements

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s