Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

Salam Jumaat..

Leave a comment

Lelaki yang dijanjikan syurga

Pada suatu malam Nabi S.A.W telah memperkenalkan seorang lelaki penduduk asal Kota Madinah. Wajah lelaki itu amat bersih serta janggutnya disisip begitu rapi.

“Malam ini saya ingin memperkenalkan salah seorang calon penghuni syurga,” kata Nabi S.A.W sambil menoleh ke arah lelaki itu.

“Lelaki ini adalah calon penghuni syurga,” kata Nabi S.A.W kepada sejumlah sahabat yang ada setelah sembahyang Isyak. Antara sahabat yang hadir pada malam itu Anas bin Malik dan Abdullah bin Umar. Mereka begitu tertarik untuk menyelidiki ibadat lelaki itu. Mereka tertanya sesama sendiri mengapa lelaki itu ditunjukkan. Dan apakah jenis ibadat yang telah dilakukannya sehingga belum lagi dia wafat dia telah dipastikan akan masuk syurga.

 

Lelaki itu bukanlah seorang alim. Malah ibadatnya biasa saja. Dan tidak pula terlihat hal-hal istimewa pada dirinya selama ini. Malahan, ketika Nabi S.A.W memperkenalkannya tadi dia telah bersiap-siap hendak pulang ke rumah. Adakah Rasulullah S.A.W hendak bergurau? Mustahil baginda berkata sesuatu andaikata baginda tidak mendapat wahyu. Maka ucapan Nabi S.A.W pada malam itu pastilah berdasarkan wahyu dari Ilahi. Sebab hanya Ilahi sajalah yang berhak menentukan seseorang manusia itu masuk syurga atau neraka.

Dan yang lebih mengkagumkan para sahabat terhadap lelaki itu ialah kerana bukan malam itu sahaja Nabi S.A.W menyatakan lelaki itu sebagai calon penghuni syurga. Malah keesokan paginya apabila Nabi S.A.W bertemu dengan para sahabat dia akan tetap menyatakan perkara yang sama.

Maka Abdullah bin Umar semakin ingin menyelidiki ibadat lelaki itu. Adakah lelaki itu cuma berlagak seperti orang biasa di masjid dan di rumahnya dia selalu beribadat kepada Allah S.W.T. Dan adakah dia begitu tulus sehingga tak sedikit pun daripada ibadatnya boleh diketahui orang.

Dan Abdullah bin Umar pula tak sanggup menahan keinginannya, apabila Nabi S.A.W sekali lagi memperkanalkan lelaki itu sebagai calon ahli syurga. Setelah selesai mengerjakan sembahyang Isyak pada malam itu Abdullah bin Umar mengikut lelaki itu dari belakang keluar dari masjid. Lelaki itu berasa hairan melihat telatah Abdullah lantas dia pun bertanya:

“Saya ingin menginap di rumah saudara malam ini. Apakah saudara sudi menerima saya sebagai tamu selama tiga malam”, tanya Abdullah.

“Sungguh besar hati saya kerana saudara sudi bermalam di rumah saya,” sahut lelaki itu kehairanan.

“Apakah saudara benar-benar hendak bermalam di rumah saya?” tanya lelaki itu lagi untuk mendapatkan kepastian.

“Sungguh, memang saya ingin bermalam di rumah saudara. Rasullulah telah memperkenalkan saudara sebagai orang yang paling baik. Dan saya ingin mencontohi ibadat saudara kerana saya pun ingin masuk syurga”, jawab Abdullah.

“Tapi, saya tidak ada ibadat lain selain dari apa yang saudara saksikan,” jelas lelaki itu lagi.

“Tapi saya ingin menginap di rumah saudara.”

“Kalau begitu silalah ke rumah saya,” balas lelaki itu lagi.

Abdullah bin Umar yakin dia akan menyelidiki ibadat lelaki itu. Sebaik sahaja dia sampai di rumah lelaki pada malam itu, dia terus meminta izin untuk tidur lebih awal. Ini kerana dia hendak mengintip ibadat lelaki tersebut. Dia berpura-pura tidur tetapi dia sendiri tidak mengantuk. Dia tetap mengintai dan memasang telinganya secara berhati-hati.

Menurut Anas bin Malik, Abdullah telah mengintip lelaki itu tiga hari tiga malam tanpa tidur, tetapi tidak ada suatu pun istimewa yang dilihatnya. Lelaki itu tidak pernah berzikir, membaca Quran bahkan dia juga tidak bangun bersembahyang tahajud yang sangat disukai Rasulullah S.A.W.

Pada malam pertama sejak Abdullah membaringkan diri, lelaki itu turut baring di sebelahnya. Tetapi semasa Abdullah berpura tidur dilihatnya lelaki itu telah benar nyenyak.

“Tetapi tatkala dia terjaga tengah malam saya perhatikan apa yang dilakukan oleh lelaki itu,” kata Abdullah bin Umar.

“Apa yang saudara saksikan,” tanya Anas. “Sangkaan saya meleset, saya sangka dia akan melakukan pelbagai ibadat rupanya dia cuma bangun sekadar membalikkan badannya dan setelah itu dia mengucapkan “Ya Allah” kemudian dia tidur semula,” jawab Abdullah.

“Pada malam kedua bagaimana” tanya Anas lagi. “Pada malam kedua pun dia terbangun tengah malam dan setelah menyebut nama Allah dia kembali tidur semula.”

“Dan malam ketiga pula bagaimana” tanya Anas inginkan kepastian. “Malam ketiga pun dia tidak melakukan apa-apa, tidak ada bezanya diantara malam pertama dan kedua,” Tapi Abdullah bin Umar menduga boleh jadi lelaki itu tidak melakukan pelbagai ibadat kerana jiwanya teramat ikhlas. Maka sebelum dia meninggalkan rumah lelaki itu, Abdullah pun bertanya: “Wahai saudaraku, saya ingin sekali mengetahui ibadatmu. Sudilah kiranya saudara menerangkan hal-hal yang boleh pula membawa saya ke syurga?”

“Tidak ada ibadat saya selain daripada apa yang saudara saksikan,” jawab lelaki itu bersungguh-sungguh.

Setelah mendengar jawapan lelaki itu, Abdullah pun tidak bertanya lagi. Setelah itu dia pun mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu kerana telah sudi menerimanya sebagai tetamu selama tiga malam. Tetapi sebelum Abdullah pergi dari situ, lelaki itu memanggilnya seraya berkata:

“Saudara ..memang tiada ibadatku selain daripada apa yang saudara saksikan dengan mata dan kepala saudara sendiri. Tetapi di samping itu, saya tidak pernah iri hati terhadap sesiapa pun, jelas lelaki itu ringkas.

Merah padam muka Abdullah bin Umar mendengar pengakuan lelaki itu. Sikapnya selama tiga malam berturut-turut jelas memperlihatkan betapa iri hatinya dia terhadap lelaki tersebut.

Dia meminta maaf kepada lelaki tersebut dan berjanji akan mempertingkat bukan sahaja ibadat malah sikapnya itu sendiri yang masih lemah. Dia juga gembira kerana turut mendapat pengajaran yang sangat berguna pada hari itu

Lelaki itu dijanjikan Allah S.W.T syurga hanya kerana satu alasan, dia langsung tiada perasaan iri hati dan buruk sangka kepada orang lain.

(Sumber Asal: mikail90.blogspot.com )

Advertisements

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s