Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

Leave a comment

Dua tiga hari lepas merupakan hari2 yang penuh dgn aktiviti2 lawatan ketempat2 menarik di KL.Kebetulan anak buah saya dtg membawa anak2nya berjalan2 sempena minggu terakhir cuti sekolah…maka secara tak rasminya saya jadi pemandu pelancong..terpaksalah saya ponteng kerja hari Jumaat tu…
Yalah..mereka2 yg ada anak kecil2 tempat yang pasti bermain di kotak pemikiran mereka mestilah Zoo Negara…tengok haiwan2 atau tengok sedara mara..ish,ish…ada ka patut kalau kita pergi Zoo,diaorg kata nak pergi ziarah saudara mare..saudara mare tu tak lain dan tak bukan monyet2 atau orang utan le…

De dierentuin.
Alhamdulillah,semasa kami menjejakan kaki di Zoo Negara,orang tak lah ramai sangat,maklumlah hari bekerja dah tu pulak kami pukul 9.30 dah tercongok dpn pintu Zoo Nrgara…dah tak sabar2 nak tengok binatang…
Sebaik pintu Zoo dibuka,kami dah macam Mr.Bean,dah tak tentu arah mana yang patut kami pergi dulu..akhirnya kami menuju sebelah kiri iaitu kandang yg menempatkan gajah,Zirafah dan rusa kalau tak salah saya..saya firasat sayalah gajah yang ada sekarang dah tua sesangat…kali terakhir saya pergi zoo masa tu umur anak saya Syasya 4 tahun,sekarang dah hampir 5 tahun saya tgk keadaan zoo negara masih seperti dulu jugak…kalau ada perubahan pun cuma pertambahan tempat makan..lain2 pi mai,pi mai tang tu jugak….kalau ada kandang2 binatang yg baru adalah dua atau tiga.

Het begin van de show.De leeuw.Ook de vogels ontbreken niet.

.KAlau tgk kandang Harimau dan beruang,kesian sungguh saya..tak terjaga…dgn semak samunnya,rumah tempat binatang2 ni berteduh dah tak serupa rumah lagi.Tu merupakan faktor2 yang membuatkaan saya tak teruja sangat nak melawat zoo Negara…tapi disebabkan permintaan ramai,terpaksalah saya pergi…

Bab berjalan dgn kanak2 lebih2 lagi kanak2 bawah 5 tahun kita sebagai pemandu pelancong kena ada kekuatan mental dan fizikal…Yalah..budak2…bila dah penat mulalah buat perangai…sekejap nak gi toilet,sekejap nak makan,sekejap nak tgk buayalah,dan macam2 lagilah..kalau tak ada kekuatan dan kesabaran mental mau aje kena pelempang Jepon …yalah namanya budak2…sabau ajelah..Yg tak tahannya bila diaorang berlari kesana sini…sekejap tgk rusalah,tup,tup,,berlari pula ke kandang singa…nak tercabut skrew kaki kita dibuatnye…maklumlah peringkat umur saya ni tenaga dah berkurangan…terketar2 juga kaki ni …zoo negara kan luas…tu pun banyak tempat yg kami tak pergi…seperti Safari Park,orang utanlah,akuarium…tak larat nak berjalan….lagipun tempat2 contohnya orang utan ni terletak agak tinggi..memerlukan kekuatan kaki utk mendakinya…aduhai…

 

Kebetulan besoknya hari Krismas,maka kelihatan ramailah pengunjung2 yg memakai topi santa tu…alah..yg warna merah tu..tapi yg saya kesalkan sangat ada juga anak2 melayu yang pakai,ada yg pakai tudung tapi mengikut kumpulan2 yg menyanyikan lagu krismas..anak sapelah agaknya tu ye…tak peka langsung tentang kesensitiviti ugama…kan..ish..ish..ish…nauzubillah…Nak aje saya bagi pelempang Jepun ..biar pandanmuka depa…kan,kan…tak tau ke dia hukum2 menyambut perayaan ugama lain…

Santa Claus dan Santarinas bergambar bersama kanak-kanak semasa sambutan Krismas Zoo Negara, Kuala Lumpur hari ini. — Foto Bernama        -25 Disember 2010
Begitu juga di Aquaria KLCC…suasana yang sama juga…anak2 melayu pakai topi santa…bila tgk mak bapak dia…ada yang pakai tudung…tak taulah saya nak habaq ape…kunun2 open minded lah tu…1 Malaysialah katakan…tapi bila tiba Hari Raya,nak ke masyarakat lain pakai baju melayu atau anak2 diaorang pakai baju kurung?
Hukum Menyambut Krismas Bagi Orang Islam
Islam amat menggalakan sifat kasih sayang dan hormat-menghormati di dalam semua aspek kebaikan sesama manusia, sekalipun fahaman atau anutan mereka adalah berbeza. Walau bagaimanapun, Islam tetap meletakkan had dan sempadan apabila sesuatu perkara itu menjejaskan akidah penganutnya. Seperti yang telah disentuh di atas, sambutan Krismas adalah satu bentuk salah-faham dalam agama Kristian daripada 3 segi:
1. Mengikut buku Istilah Agama Kristian, Bahasa Inggeris – Bahasa Malaysia (di atas) mengatakan yang sambutan Krismas adalah sambutan ‘hari lahir Tuhan Yesus’. Jadi ini sama sekali bertentangan dengan aqidah Islamiah yang meyakini Allah itu Esa dan tidak berbilang.
2. Tarikh 25hb Disember bukanlah tarikh kelahiran Nabi Isa a.s. yang sebenar.
3. Tarikh 25hb Disember sebenarnya adalah sambutan kelahiran dewa matahari bagi orang-orang Romawi kuno, jadi sambutan itu adalah sebuah perayaan kabatilan.
Sambutan Krismas adalah sambutan syirik orang-orang Kristian menyambut kelahiran tuhan mereka ke dunia yang dipanggil dalam bahasa Ibrani sebagai “Immanuel” (“Tuhan menyertai kita”)5. Oleh sebab itu, Islam tidak membenarkan sama sekali umatnya untuk terlibat serta dalam apa juga bentuk sambutan hari Krismas, sama ada secara langsung ataupun tidak langsung walaupun hanya dengan mengatakan, “Happy Christmas” atau “Merry Christmas” sekalipun.
Hukum menyambut Krismas dalam apa bentuk sekalipun adalah haram dan ditakuti boleh membawa kepada syirik.Oleh itu, hukum menyambut Krismas dalam apa bentuk sekalipun adalah haram dan ditakuti boleh membawa kepada syirik. Umat Islam tidak dibenarkan untuk tolong-menolong dalam melakukan ketidaktaatan kepada Allah s.w.t, seperti Firmannya:
“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.” (Qur’an 5:2)
Nabi Muhammad s.a.w. dalam satu hadisnya mengingatkan kita tentang meniru atau menyerupai ajaran sesuatu kaum yang lain, sabdanya,
“Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka ia akan dibangkitkan bersama kaum itu.” (riwayat Abu Daud)
Maka dibimbangi jika ada di antara kita yang terlibat sama dengan penganut agama Kristian dalam menyambut Krismas, maka di akhirat nanti kita akan dibangkitkan bersama dengan mereka, wa nau’zubillah.
Kita sewajibnya mengelakan diri terbabit dalam perayaan kebatilan ini sebagaimana Firman Allah s.w.t:
“…dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (saja) dengan menjaga kehormatan dirinya.” (Qur’an 25:72)
Ada di antara ulama yang menafsirkan “perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah” termasuklah menyambut perayan-perayaan yang batil, tafsiran ini termasuklah tafsiran Mujahid dan Ibnu Sireen. Jadi sudah jelas kepada kita apa itu sambutan hari Krismas. Semoga kita bersama-sama dapat menyampaikan perkara ini kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat agar dapat terhindar dari melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah lagi merosakkan akidah ini.

Advertisements

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s