Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

Selamat hari Jadi…

Leave a comment

Free Orkut and My Space Salam  Graphics Glitters

Free Orkut and My Space Good Morning Graphics Glitters

Salam semua …
First of all,tahniah kpd pasukan Malaysia kerana berjaya menundukkan Indonesia 3-0 padaperlawanan final pertama di Stadium nasional Bukit Jali, semalam. Safee Sali muncul wira Malaysia hasil jaringan dua gol meletakkan pasukan bola sepak negara hanya sebelah kaki untuk menjulang Piala AFF Suzuki 2010
Beraksi di hadapan kira-kira 95,000 penonton yang membanjiri segenap ruang stadium ternyata memberikan kelebihan buat pasukan kendalian K Rajagobal untuk mencipta kemenangan. SKUAD bola sepak Indonesia sebenarnya tidaklah sekuat mana dan terbukti mereka memang layak digelar ‘jaguh kampung’.
Keegoan Indonesia akhirnya memakan diri apabila Malaysia dengan mudah membelasah mereka 3-0 pada aksi perlawanan akhir pertama Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

PENJAGA gol Indonesia, Markus (dua dari kiri) terpaksa bekerja keras untuk menyelamatkan gawangnya daripada terus diancam penyerang Malaysia pada perlawanan akhir pertama Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi. Malaysia menang 3-0.

Betul ke penyokong Malaysia menggunakan laser utkk mengaburi mata penjaga gol Indonesia tu..sape namenya Markut..MArket….apa Market,market..Markuslah yang kepalanya botak tu…nama panjangnya Markus Harison Rihihina Dan tahniah kpd penjaga gol Malaysia yang macam Jepun tu..Khairul Fahmi Che Mat kerana dpt menjalankan tugas dgn begitu baik sekali…bravo,bravo kpd semua pemain Malaysia….
Baru seronok dan teruja tengok perlawanan bola macam ni….tapi saya heran kenapa ada 2 perlawanan akhir…kelakau rasanya…Tipikalnya, perlawanan akhir cuma satu saja.heran bin ajaib…dan menambah herankan lagi kenapa dinamakan piala Suzuki.Mungkin perlawanan ni mendpt tajaan dari Suzuki kot?
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kejohanan_Bola_Sepak_ASEAN_2010

Senarai pemain:
MALAYSIA: Mohd Asraruddin Putra Omar, Safiq Rahim (ketua pasukan), Mohd Safee Mohd Sali (Mohd Amri Yahyah), Amar Rohidan, S Kunanlan, Mahalili Jasuli (Mohd Sabre Mat Abu), Mohd Amirulhadi Zainal (Mohamad Ashari Samsudin), Khairul Fahmi Che Mat (GK), Mohamad Muslim Ahmad, Mohamad Fadhli Mohd Shas.
INDONESIA: Markus Harison Rihihina (GK), Mohammad Nasuha, Zulkifli Syukur, Maman Abdurachman, Cristian Gerard Alfaro Gonzales (Bambang Pamungkas), Oktovianus Maniani (Arif Suyono), Firman Utina (ketua pasukan), Ahmad Bustomi, Yongky Ari Bowo (Irfan Haarys Bachdim), Muhammad Ridwan, Hamka Hamsah.
Ok habis bab bolasepak…
Semalam hari jadi saya yang ke 40….an..he,he,he..biaselah perempuan umur2 ni sensitip sikit…
orkut scraps

SAYA berdoa di umur ini..saya dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki…serta memperolehi lebih banyak kejayaan dalam hidup dan kebahagian hidup..dan selamat dunia akhirat…ameen…

tap,tup,tap,tup dah 40 dot,dot,dot..umur saya…

cepat betul masa berlalu….dah boleh dikategorikan sebagai warga emass…tapi bila saya beritahu umur saya yang sebenarnya ramai yang tak percaya…betul ke?eh,macam tak percaya plak? biar betul…hemmm..,bangga…bila dia orang kata saya ni nampak muda dari usia saya yang sebenar…awet muda…he,he,he…

Advertisements

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s