Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

Leave a comment

Asalammualaikum w.b.t…
Pe kabar semua?LAmanya saya tak update blog ni ye….kemana gerangannya saya selama ni ye…2 minggu kot saya menghilangkan diri…dah  bersawang blog ni…hu,hu,hu….yalah,macam rumah kita kalau seminggu ditinggalkan labah2 pun akan buat sawang dkt dinding2..kan…macam tulah dgn blog ni…cuma lebah dan sawangnya tak nampak…. …
Kepada yang sering mengunjungi blog saya yg tak seberapa ni,tentu ternanti2 entri saya kan….minta maaf bebyk2 ya…kenkangan masa menyebabkan saya tak dapek nak update blog ni…maklumlah nak akhir2 tahun ni,byklah kerja yang perlu dibereskan sebelum habis tahun 2010 ni…kerja dgn consultant company macam ni le…nak kejar datelinelah..ntah pe2 ..sabau aje…nak bawak anak jalan jauh2 pun tak boleh…pergi yang dekat2 aje..macam minggu lepas saya and famili pergi Sunway Lagoon…sib baiklah cuaca mendung

Alhamdulillah…dapatlah kami mandi dgn selesanya…kami sampai pagi jadi orang taklah ramai sangat…parking pun senang…tempat nak letak beg pun banyak…pilih aje yang mana suke…kebetulan masa kami pergi tu ada shooting rancangan sukaneka utk siaran tahun baru 2011,,,rancangan Aktif di 180 Astro…nampaklah Angah raja lawak dan Yana,Fizzo,Memey(tunang Norman Hakim tu),Mila,Nubhan dan ramai lagilah…jadi suasana agak kelam kelibut sikit,mananye orang mandi,mananye orang buat shooting….fenin,fenin…..anak2 saya bukan main suka lagi…maklumlah dapat tgk artis…

Cantek jugak Sunway Lagoon ni…Animal zoo nya pun cantek…landskap yang menarik tak jemu mata memandang…masa kami sampai binatang2 masih banyk yang tidur lagi…kalau ada yang dah bangun tu masih kepisatan lagi..tak aktif setakat bertenggek atas dahan pokok…anyway Thmbs Up utk zoo ni….
Tapi bab makanan…fulamak punyalah mahalnya…mee goreng biasa aje dah 11 hengget,nasi goreng dgn ayam goreng seketul 13 hengget…tu belum campur air minum lagi…senang kata harga makanan disini 2 kali ganda dari harga diluar…macam saya anak 2 orang masih ok lagilah,macamana kalau satu famili tu ada 4/5 orang anak…tapi kan..hah…ada tapi ni..dalam byk2 water park yang saya pernah pergi,A Farmosalah yang paling best sekali….mahal tapi berbaloi…tempat ke2 jatuh kpd Bukit Merah resort.

clap,clap,clap…..bravo,bravo….

Oklah habis dah bab Sunway lagoon;

Ni berbalik pasal kisah sarang labah2 atau sesawang..
Ni ada petua macamana nak elak labah2 dari buat sarang dirumah kita…rumah kita tau bukan blog ni..Sawang atau sarang labah-labah tidak disukai manusia. Sekiranya kita mahu mengelakkan labah-labah membina sarangnya lagi di rumah kita, ada petua yang dapat menghalau labah-labah.
Pertama, bersihkan kawasan yang bersawang dan sarang labah-labah dengan menggunakan penyapu lidi.
Penyapu lidi yang sudah dipenuhi sawang dan sarang tadi kemudian dicelupkan ke dalam minyak tanah. Penyapu yang sudah berminyak itu digunakan pula untuk mengelap kawasan sarang tadi.
Dipercayai, labah-labah tidak akan lagi membuat sarang di situ.Alamak!!!tak kan blog ni nak disapu dgn penyapu lidi…ish,ish,ish…
Petua lain pula, ambil daun buluh Cina dan gunakannya untuk membersihkan sawang labah-labah.
Kemudian, jemur daun yang sudah bersawang itu di tengah panas matahari.
Dipercayai, labah-labah tidak akan berani membuat sarang di situ lagi seolah-olah terkena sumpahan.
Aik,macam2lah…ni cuma petua aje..petua orang tua2 dolu kala….

TRAGEDI LAGI

Oh ya,nampaknya tragedi bas ekspress berlaku lagi.Seramai 27 penumpang, kebanyakannya pelancong dari Thailand, terbunuh selepas sebuah bas pesiaran membawa pelancong negara itu terlibat dalam satu kemalangan di Km15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pukul 11.40 pagi semalam
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof berkata 22 orang mati di tempat kejadian manakala empat lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital di sini.


Katanya bas dua tingkat itu milik syarikat San Express Holiday yang beribu pejabat di Jitra, Kedah, membawa 37 pelancong Thai manakala pemandu, pembantu pemandu dan pemandu pelancong adalah rakyat Malaysia.
Zakaria memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan tengah hari telah menggerakkan 100 anggota penyelamat dalam operasi menyelamat.
Katanya, ketika kejadian, bas itu sedang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur kerana pelancong itu dipercayai akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.
Zakaria berkata siasatan awal mendapati pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik di longkang.
Menurutnya, identiti dan jantina mangsa yang terbunuh sudah dikenal pasti.
Nak salahkan sape pulak kali ni….takziah pada keluarga yang terkorban…

Advertisements

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s