Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

Leave a comment



Salam,

Sekolah dah mula bercuti….dan seperti biasa bila sekolah cuti peperiksaan akan bermula samada peperiksaan SPM dan STPM.

Kpd adik2/anak2 buah yang akan mengambil SPM atau STPM,tempuhilah peperiksaan ini dgn penuh cekal dan tabah,jgn sskali menyerah kalah,mungkin perasaan takut atau tertekan akan ada dlm jiwa kita,mohonlah pada Allah swt agar dihindarilah segala perasaan yg tidak diingini. insyallah akan tenang dan yakin dgn sbarang ujian ini. good luck semua adik2 ¬†jangan lupa solat….Insyallah….

Lebih setengah juta pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) hari ini.

Bagi SPM yang akan berakhir 20 Disember, seramai 467,970 calon menduduki peperiksaan berkenaan di 3,594 pusat peperiksaan, kata seorang jurucakap Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Seramai 53,504 calon pula menduduki STPM di 760 pusat peperiksaan di seluruh negara. Peperiksaan itu berakhir 16 Disember.

Saya ambil Spm tahun 19….dah lama dah…dulu MCE..Malaysia Certificate of Education…dapt gred 1….pandainya saya….tapi pandai2 saya Bahasa Malaysia boleh dapat P7…terpaksalah ambil July paper….sekarang tak taulah saya samada masih ada July paper atau tak…dan khabarnya soalan objektif utk Bahasa Malaysia pun dah tak ada…kalau dulu soalan objektiflah yang saya akan buat betul2.maklumlah nak buat karangan saya pun tak pandai….ooppss..bukan tak pandai…kurang pandai….lagi satu matapelajaran yang kurang pandai ialah Mathematics…subjek yang palinggg saya tak suka sampai la ni….

Aduyai..pening keplao kepalo dibueknyo…agak2 tak tau tu saya pakai tanda aje…macam lah terer sangat…last2 keputusannya amat menghampakan saya..tak payahlah saya bagi tahu ye…tau sama tau ajelah..he,he,he…tapi lukisan saya dapatA1…bangga…tak sangka saya dapat A…agak2nya mata pemeriksa tu rabun kot atau kecik sebelah….

PERKEMBANGAN PEPERIKSAAN
1956 Unit Peperiksaan ditubuhkanPeperiksaan Overseas Senior Cambridge (OSC) dimansuhkan
1957 Malayan Secondary School Entrance Examination (MSSEE) diperkenalkanPeperiksaan Lower Certificate of Education (LCE) diperkenalkanPeperiksaan School Certificate (SC)/Federation of Malaya Certificate (FMC) diperkenalkan
1960 Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) diperkenalkan
1962 Peperiksaan Sijil Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu (SPPTM) diperkenalkan
1963 Malayan Secondary School Entrance Examination (MSSEE) dimansuhkan
1964 Peperiksaan Malaysia Certificate of Education (MCE) menggantikan peperiksaan Peperiksaan Federal of Malaya Certificate (FMC)
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menggantikan peperiksaan SPPTM
1967 Peperiksaan Penilaian Darjah Lima (PPDL) diperkenalkan
Kertas peperiksaan bentuk objektif mula digunakan dalam peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran /Lower Certificate of Education (SRP/LCE) dan Peperiksaan Penilaian Darjah Lima (PPDL)
Pemprosesan menggunakan komputer diperkenalkan
1968 Kertas tunggal Bahasa Melayu/Malay diperkenalkan dalam peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP)/Lower Certificate Education (LCE) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Malaysia Certificate Education (MCE)
1969 Peperiksaan Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM)/ Malaysia Certificate of Vocational Education (MCVE) diperkenalkan Kertas Bahasa Melayu/Malay ditukar nama kepada Bahasa Malaysia dalam peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran(SRP)/Lower Certificate of Education (LCE)
1970 Kertas Bahasa Melayu/Malay ditukar nama kepada Bahasa Malaysia dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Malaysia Certificate Education (MCE)
1972 Ujian Lisan Bahasa Malaysia bagi peperiksaan Lower Certificate of Education (LCE) diperkenalkan
Ujian Lisan Bahasa Inggeris bagi peperiksaan SRP diperkenalkan
Peperiksaan Sijil Perdagangan Malaysia (SPDM)/ Malaysia Commercial Certificate Examination (MCCE) diperkenalkan
1973 Ujian Darjah Tiga (UDT) dan Ujian Lisan Bahasa Malaysia bagi SPM/MCE diperkenalkan
1976 Peperiksaan Bahasa Malaysia (Julai) diperkenalkan
1978 Tanggungjawab mengendalikan MCE diambil alih oleh Lembaga Peperiksaan daripada Cambridge. Semua murid tingkatan tiga di sekolah menengah di Semenanjung dan Sabah mengambil peperiksaan SRP sahaja
1980 Peperiksaan SPM menggantikan MCE di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah
1981 Peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia (SPVM) menggantikan peperiksaan Malaysia Certificate of Vocational Education (MVVE) diperkenalkan
1982 Ujian Darjah Tiga (UDT) dimansuhkan
1983 Ujian Lisan Bahasa Malaysia bagi LCE dan Ujian Lisan Bahasa Inggeris bagi SRP dimansuhkan
1985 SRP menggantikan LCE sepenuhnya
1986 Peperiksaan Penilaian Darjah Lima (PPDL) dimansuhkan. Peperiksaan SPM Menggantikan peperiksaan MCE Sepenuhnya
1988 Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) diperkenalkan di semua sekolah. Peperiksaan Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM) ditukar menjadi Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV)
1992 Kertas Bahasa Malaysia ditukar nama balik kepada Kertas Bahasa Melayu dalam peperiksaan SRP dan SPM
1993 Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) menggantikan SRP sepenuhnya mengikut Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
1995 Peperiksaan SPM (Julai) bagi mata pelajaran tunggal Matematik diperkenalkan
1996 Peperiksaan Penilaian Tahap Satu (PTS) diperkenalkan
1997 Kertas Sains Bertulis dan Penilaian Kerja Amali (Peka) dalam UPSR diperkenalkan
1998 Peperiksaan Amali bagi mata pelajaran Sains Tulen dalam SPM diganti dengan PEKA
1999 Peperiksaan SPDM dimansuhkan
2000 Peperiksaan SPM (Julai) ditukar menjadi Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU (U))
Sistem Pensijilan Terbuka diperkenalkan di peringkat SPM
2001 Penilaian Tahap Satu (PTS) dimansuhkan
2002 Ujian Lisan Berdasarkan Sekolah (ULBS) bagi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris SPM diperkenalkan dan dimulakan dalam Tingkatan
2003 Mata Pelajaran Vokasional (MPV) diperkenalkan dalam peperiksaan SPM
Mata pelajaran Matematik, Sains dan Teknikal bagi peperiksaan UPSR, PMR, dan SPM ditaksir dalam dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
2006 Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV) diperkenalkan dan dimulakan dalam Tingkatan 4

BAb peperiksaan dah habis..ni bab pasal cuti sekolah…nak bawa anak2 bercuti kemana ya?Tak ada dalam perancangan lagi nih….bukannya apa…cuti tahunan dah tak ada…hutang cuti ada le…kesian anak2….insyallah…..saya akan tetap bawa mereka bercuti2 Malaysia…ingat nak bawa mereka keprogram homestay di kuala selangor…khabarnya sangat menarik ada lawatan kesawah padi,kilang kerepek,tengok kelip2.Ada banyak homestay di Selangor ni contohnya homestay Hj.Dorani,homestay Sg.Sireh,homestay kg Banghuris..dan banyak lagi lah..tak tau nak pilih mana..Dekat Melaka ada juga…senang2 homestay dkt kampung saya ajelah,jimat duit….he,he,he…tapi aktiviti2 spt lawatan kesawah padi atau kekilang2 kerepek tak ada le….just duduk lepak aje le….tapi aktiviti spti menyapu sampah ada lah….aktiviti jugak pe….

Advertisements

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s