Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

Paul dalam kenangan

Leave a comment

Salam,

Masih ingat tagi sotong Paul?Alah..masa piala dunia bola dulu..yg meramalkan pasukan mana yang akan menang..semalam dah mati dah..sakit tua…

Sotong Paul yang menjadi isu hangat semasa pertandingan Piala Dunia di Afrika Selatan kerana meramalkan tepat keputusan-keputusan perlawanan penting disahkan mati pada pagi tadi (Selasa/26 Okt 2010)

Ini disahkan oleh Sea Life Aquarium, Jerman, pusat akuarium yang membela Paul. Paul yang berumur 2 tahun setengah dijumpai mati di dalam tangki tempat dia disimpan.

Dia mati disebabkan penyakit biasa pada sotong dan bukanlah satu yang pelik sotong mati dalam umur yang pendek. Jadi untuk kempen Piala Dunia yang akan datang hanya tinggal burung kaktua di Singapura yang akan meramal walaupun ramalannya tidak setepat Paul. Apa pun tekaan tepat Paul hanya kebetulan jer… – isuhangat

Pengurus akuarium Stefan Porwoll berkata, walaupun pihaknya sedih tetapi menerima berita itu selepas Paul telah melalui kehidupan yang ‘menyeronokkan’ dan layanan baik yang telah diberikan oleh para pekerja.

Bagaimanapun Porwoll berkata, peminat-peminat sotong gurita ini tidak perlu bersedih dengan kematian Paul kerana pihaknya sedang melatih sotong gurita lain yang turut akan diberi nama “Paul”.

“Kami mungkin akan menanam Paul di kawasan pusat hidupan laut dan membina satu tapak peringatan kecil untuknya,” kata beliau.

Paul juga meramalkan pemenang pertemuan tempat ketiga dalam perlawanan antara Jerman dan Uruguay dan final.

Sotong kurita yang dikenali sebagai “Paul” dengan berjaya telah meramalkan kemenangan enam Jerman pada kejohanan Piala Dunia 2010 selepas meneka dengan tepat empat daripada lima pertemuan Juara Eropah dua tahun lalu.

Beberapa peminat yang tidak dapat menerima kekalahan pasukan mereka di tangan Sepanyol pernah mengesyorkan agar ia ‘dihukum’ bunuh.

Akhbar-akhbar Jerman dan portal berita mengesyorkan agar Paul dimasak dan dimakan. “Masukkan ke dalam dulang masak,” tulis akhbar Berliner Kurier sebelum ini.

Justeru ada yang bertanya sama ada sotong gurita telah pun meninggal dunia sebelum ini.

Paul merupakan penghuni tetap Oberhausen Sea Life Aquarium di Jerman, dan “meramal” keputusan perlawanan-perlawanan dengan memilih salah satu kotak lutsinar yang ditampal bendera pasukan-pasukan yang bertanding.

Kedua-dua kotak tersebut disusun mengikut susunan bendera FIFA dan diisi dengan makanannya seperti isi kupang atau tiram.

Paul bukanlah haiwan pertama yang mampu menilik nasib dan membaca fikiran. Pada tahun 1927, seekor kuda bernama Lady Wonder di Virgina, Amerika Syarikat dikatakan mempunyai kuasa psikik dan persepsi luar biasa (ESP) yang ditonjolkan melalui kebolehannya menyusun bongkah-bongkah huruf.

Advertisements

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s