Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

Tazkirah Jumaat

Leave a comment

Kisah Berkat Disebalik Membaca Bismilllah

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorangyang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahuberbuat kebaikan.
Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dansetiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului denganBismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasamemperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, “AsyikBismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah.”Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T.supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata: “Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmuitu.”
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikanwang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, “Simpan duit ini.”Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, disamping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya.Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut danmencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya danberkata, “Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahuluuntuk disimpan.”
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti olehsuaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itudia membuka dengan membaca, “Bismillahirrahmanirrahiim.” Ketika itu AllahS.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit danmenyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segalaperbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mulamengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila diahendak memulakan sesuatu kerja.

Seorang Anak Membangkang Perintah Ayahnya
Ketika Rasulullah S.A.W memanggil kaum Muslimin yang mampu berperanguntuk terjun ke gelanggang perang Badar, terjadi dialog menarik antara Saadbin Khaitsamah dengan ayahnya yakni Khaitsamah. Dalam masa-masa itupanggilan seperti itu tidak terlalu menghairankan. Kaum Muslimin sudah tidakmerasa asing bila dipanggil untuk membela agama Allah dan jihad fisabilillah.Sebab itu Khaitsamah berkata kepada anaknya, “Wahai anakku, aku akankeluar untuk berperang dan kau tinggal di rumah menjaga wanita dan anakanak.””Wahai ayahku, demi Allah janganlah berbuat seperti itu, kerana keinginankuuntuk memerangi mereka lebih besar daripada keinginanmu. Engkau telahberkepentingan untuk tinggal di rumah, maka izinkanlah aku keluar dantinggallah engkau di sini, wahai ayahku.”Khaitsamah marah dan berkata kepada anaknya, “Kau membangkang dantidak mentaati perintahku.”
Saad menjawab, “Allah mewajibkan aku berjihad dan Rasulullahmemanggilku untuk berangkat berperang. Sedangkan engkau memintasesuatu yang lain padaku, sehingga bagaimana engkau rela melihat aku taatpadamu tetapi aku menentang Allah dan Rasulullah.”Maka Khaitsamah berkata, “Wahai anakku, apabila ada antara kita harus adayang berangkat satu orang baik kau mahupun aku, maka dahulukan akuuntuk berangkat.”
Saad menjawab, ” Demi Allah wahai ayahku, kalau bukan masalah syurga,maka aku akan mendahulukanmu.”Khaitsamah tidak rela kecuali melalui undian antara dia dan anaknyasehingga terasa lebih adil. Hasil undian menunjukkan bahawa Saadlah yangharus turun ke medan perang. Dia pun turun ke medan Badar dan matisyahid.
Setelah itu Khaitsamah berangkat menuju medan pertempuran. TetapiRasulullah tidak mengizinkannya. Hanya sahaja Rasulullah akhirnyamengizinkannya setelah Khaitsamah berkata sambil menangis, ” WahaiRasulullah, aku sekali terjun dalam perang Badar. Lantaran inginnya akuharus mengadakan undian dengan anakku. Tetapi itu dimenangkannyasehingga dia yang mendapat mati syahid. Kelmarin aku bermimpi di mana didalamnya anakku itu berkata kepadaku, “Engkau harus menemani kami disyurga, dan aku telah menerima janji Allah. Wahai Rasulullah, demi Allah akurindu untuk menemaninya di syurga. Usiaku telah lanjut dan aku inginberjumpa dengan Tuhanku.”Setelah diizinkan Rasulullah, Khaitsamah bertempur hingga mati syahid danberjumpa dengan anaknya di syurga.

Rela dimasukkan ke neraka

Nabi Musa AS suatu hari sedang berjalan-jalan melihat keadaan umatnya. Nabi Musa AS melihat seseorang sedang beribadah. Umur orang itu lebih dari 500 tahun. Orang itu adalah seorang yang ahli ibadah. Nabi Musa AS kemudian menyapa dan mendekatinya. Setelah berbicara sejenak ahli ibadah itu bertanya kepada Nabi Musa AS, Wahai Musa AS aku telah beribadah kepada Allah SWT selama 350 tahun tanpa melakukan perbuatan dosa. Di manakah Allah SWT akan meletakkanku di Syurga-Nya?. Tolong sampaikan pertanyaanku ini kepada Allah. Nabi Musa AS mengabulkan permintaan orang itu.

Nabi Musa AS kemudian bermunajat memohon kepada Allah SWT agar Allah SWT memberitahukan kepadanya di mana umatnya ini akan ditempatkan di akhirat kelak. Allah SWT berfirman, “Wahai Musa (AS) sampaikanlah kepadanya bahawa Aku akan meletakkannya di dasar Neraka-Ku yang paling dalam”. Nabi Musa AS kemudian mengkhabarkan kepada orang tersebut apa yang telah difirmankan Allah SWT kepadanya. Ahli ibadah itu terkejut. Dengan perasaan sedih ia beranjak dari hadapan Nabi Musa AS. Malamnya ahli ibadah itu terus berfikir mengenai keadaan dirinya. Ia juga mulai terfikir bagaimana dengan keadaan saudara-saudaranya, temannya, dan orang lain yang mereka baru beribadah selama 200 tahun, 300 tahun, dan mereka yang belum beribadah sebanyak dirinya, di mana lagi tempat mereka kelak di akhirat. Keesokan harinya ia menjumpai Nabi Musa AS kembali. Ia kemudian berkata kepada Nabi Musa AS, “Wahai Musa AS, aku rela Allah SWT memasukkan aku ke dalam Neraka-Nya, akan tetapi aku meminta satu permohonan. Aku mohon agar setelah tubuhku ini dimasukkan ke dalam Neraka maka jadikanlah tubuhku ini sebesar-besarnya sehingga seluruh pintu Neraka tertutup oleh tubuhku jadi tidak akan ada seorang pun akan masuk ke dalamnya”. Nabi Musa AS menyampaikan permohonan orang itu kepada Allah SWT. Setelah mendengar apa yang disampaikan oleh Nabi Musa AS maka Allah SWT berfirman, “Wahai Musa (AS) sampaikanlah kepada umatmu itu bahawa sekarang Aku akan menempatkannya di Syurgaku yang paling tinggi”.

Advertisements

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s