Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

Leave a comment

Salam, Pernah naik teksi?Mesti pernah kan…eh..pehal pagi2 ni tanya pasal teksi lak?..tak ada ape2 cuma nak beritahu hari ini sya ke kerja naik teksi memandangkan asben terpaksa mengadap kebawah duli guru disiplin anak saya….hu,hu,hu…oklah…pemandu teksi yang saya naiki ni berumur lebih kurang dalam 50an gitu…masih sihat,kalau tak sihat tak kan dia bawak teksi kan… cerita punya cerita (terlebih peramah pulak pakcik ni…)tapi saya panggil dia abang,amboi,amboi,amboi..naik saham nampak…tu yang terlebih peramahnya…dia sebenarnya beristeri tiga…

mak datuk,nak tercekik tersedak saya dibuatnya.(takkan nak ngorat saya kut..mana taukan nak cukupkan kuota…dengan isteri pertama ada 5 anak,semuanya lelaki,dan yg best partnya anak dia pun ada yg beristeri tiga ,empat orang..(macam dia)punyalah bangganya pakcik ni bercerita..anak dia yang bongsu belum berkahwin tapi makwe keliling pinggang…begitu jugak dgn adik beradik dia,semua lelaki dan semuanya macam dia jugak beristeri ramai…amboi,amboi,yang pakcik dok bercerita dgn saya ni sejarah hidup pakcik ni,kenapa?Nak tunjuk terer ke atau nak tambah satu cawangan lagi…ada jugak orang macam ni…nasib baik pagi tadi suai saya yang hantar ke teksi stand..at least pakcik ni nampaklah yang sya ni dah berpunya…he,he,he…. Dibawah ni ada artikel pasal poligami yang saya petik dari Pada bapa2,suami2,datuk2 yang ada keinginan utk berpoligami,silalah baca ya…

dari:http://www.epondok.com.my/ Perdebatan mengenai poligami tidak pernah selesai diperbincangkan dari dahulu hinggalah ke hari ini. Namun, masyarakat perlu melihat perdebatan ini dari sudut positif. Perbezaan pendapat yang membawa kepada permusuhan atau sikap degil tidak mahu menerima pendapat pihak lain perlu dijauhi. Firman Allah yang berbunyi

:ادْعُ إِلِى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ

Bermaksud: “Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan peringatan yang baik dan bertukar-tukar fikiran dengan mereka dengan baik.”- (Surah an-Nahl, ayat 125). Islam mengharuskan seorang lelaki berkahwin lebih daripada seorang untuk menambahkan zuriat dan mengelakkan daripadanya berlaku perbuatan maksiat Had untuk seorang suami menambahkan bilangan isteri hanya empat orang saja. Kebenaran berpoligami bukanlah satu peluang yang baik kepada kaum lelaki tetapi merupakan satu tanggungjawab yang besar sekiranya diamalkan. Seseorang yang hendak berpoligami hendaklah mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh syarak supaya perkara-perkara yang tidak diingini tidak berlaku. Poligami yang diamalkan dengan baik dan mengikut syariat Allah akan mendapat berkat dan bahagia di dunia dan di akhirat. Poligami yang mengikut hawa nafsu akan dilaknat dan dimurkai oleh Allah. Islam membenarkan lelaki beristeri lebih daripada seorang, sehingga empat pada satu masa. Kebenaran itu banyak hikmahnya kerana Allah Maha Mengetahui keperluan manusia. Kebenaran lelaki berpoligami terkandung dalam ayat ke 3 surah an-Nisa bermaksud: Firman Allah s. w. t.:

فَانكِحُواْ مَا طَابَ لَكُم مِّنَ النِّسَاء مَثْنَى وَثُلاَثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ

أَلاَّ تَعْدِلُواْ فَوَاحِدَةً

Maksudnya: Maka kahwinlah mana-mana perempuan yang kamu berkenan, dua, tiga atau empat orang. Jika kamu takut tidak berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja. (Surah an-Nisak : Ayat 3 )

Allah memberi kebenaran dan ketetapan itu tidak boleh dipersoalkan. Justeru sebagai hamba-Nya, jangan sekali-kali mempertikaikan kebenaran itu. Wanita tidak boleh sama sekali mengungkit atau mempersendakan hukum. Bagaimanapun, ia bukan alasan lelaki berhujah untuk berpoligami dengan sewenangnya. Urusan berumah tangga bukan perkara mudah. Jika beristeri seorang sudah banyak rintangan dan kerenahnya, inikan ingin beristeri lebih. Tidak semua orang lelaki yang telah berkahwin boleh berpoligami dan mengambil jalan mudah untuk berpoligami. Menurut pendapat para ulama Islam, keharusan berpoligami untuk lelaki boleh dilaksanakan apabila keadaan-keadaan berikut dimiliki atau dapat dipenuhi oleh lelaki berkenaan, antaranya: a. Beliau adalah seorang yang sihat jasmani dan rohaninya serta mempunyai sifat bertanggungjawab; b. Beliau mempunyai kemampuan material yang mencukupi untuk menanggung isteri-isteri, anak-anak dan orang yang diletakkan di bawah tanggungannya; c. Beliau bersedia dan boleh untuk memberi dan menunjukkan sifat kasih sayang terhadap isteri-isteri, anak-anak dan orang yang di bawah tanggungannya dengan cara saksama dan adil; d. Beliau bersedia dan mampu untuk menjadi ketua dan pelindung kepada isteri dan anak-anak serta orang yang di bawah tanggungannya berhubung dengan pelajaran, kesihatan, keselamatan dan kebajikan sosial; e. Beliau bersedia dan boleh berlaku adil terhadap isteri yang sedia ada, anak dan orang yang menjadi tanggungannya; f. Isteri yang sedia ada tidak dapat memikul tanggungjawab sebagai isteri kerana sakit atau selalu keuzuran; g. Isteri yang sedia ada tidak dapat melahirkan anak atau zuriat kerana kemandulan. Allah menegaskan betapa pentingnya suami menjalankan tugas berat. Ia tidak semudah apa yang dibayangkan dan dilihat. Hakikatnya, tugas itu bukan calang-calang tugas. Firman Allah bermaksud: “Dan sesungguhnya kamu bersekedudukan berumah tangga (dengan penuh mesra dan kasih sayang) dengan perempuan (yang kamu kahwini) itu dengan demikian kamu telah mengambil satu perjanjian yang amat berat”- (Surah an-Nisa, ayat 21). Bayangkan betapa sukarnya nakhoda kapal mengemudi dua, tiga atau empat sekali gus. Keadaan menjadi kritikal jika badai melanda dan mungkin kapal akan karam. Perkara ini sukar dinafikan apabila suami berpoligami terpaksa menerima hakikat menceraikan mana-mana isterinya apabila rumah tangga tidak terkawal lagi. Dalam hal ini, ramai isteri pertama menjadi mangsa. Tarikan dan kelebihan isteri muda menjadi pilihan. Namun, tidak kurang juga isteri baru terpaksa ditinggalkan. Kasih sayang dan pengorbanan isteri pertama tidak dapat dilupakan begitu saja. Tambahan, ia turut membabitkan kepentingan anak. Perkara utama untuk suami berpoligami ialah berlaku adil. Keadilan meliputi aspek nafkah zahir dan batin, kasih sayang, agihan masa, perhatian dan aspek lain yang sepatutnya menjadi hak setiap isteri dan anak-anak. Sebenarnya syarat adil perlu diteliti sepenuhnya. Sesungguhnya, ia mudah disebut tetapi sukar dilaksanakan. Tidak ada timbangan, sukatan atau ukuran dapat digunakan untuk menentukan keadilan yang ingin dibahagikan. Biarpun nafkah zahir atau wang ringgit boleh dikira, hakikatnya keadilan itu masih sukar untuk diterjemahkan sepenuhnya. Membahagikan sama banyak peruntukan bulanan belum menentukan adil sebenarnya. Mana-mana isteri mungkin memerlukan belanja lebih untuk kos rawatan, anak lebih ramai, keperluan pemakanan dan harian yang berbeza. Perkara ini nampak remeh tetapi ada kebenarannya. Katakan seorang isteri mengalami penyakit memerlukan kos rawatan RM100 sebulan. Kos itu menjadi tanggungjawab suami, bermakna isteri itu perlu dilebihkan RM100 untuk menikmati nilai wang saraan sama dengan isteri lain. Jadi, bagi suami yang ingin berpoligami jangan mudah mengaku dapat berlaku adil. Allah mengingatkan betapa sukarnya berlaku adil. Firman Allah:

وَلَن تَسْتَطِيعُواْ أَن تَعْدِلُواْ بَيْنَ النِّسَاء وَلَوْ حَرَصْتُمْ

Bermaksud: “Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isterimu walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian” – (Surah an-Nisa, ayat 129). Sebenarnya keadilan yang dimaksudkan ialah keadilan hakiki atau tidak berat sebelah. Dalam keadaan apa sekalipun, manusia tidak dapat berlaku adil sepenuhnya. Hanya Allah yang Maha Adil. Justeru, bagi suami berpoligami memadai adil dengan cara berusaha untuk berlaku adil. Keadilan berpoligami bermakna suami melihat isteri dalam satu dimensi yang sama. Suami berpoligami tidak membezakan kecantikan, umur dan perkara lain yang berkaitan kelebihan dan kekurangan seseorang isteri. Mereka perlu jujur menunaikan hak setiap isteri mengikut kemampuan. Penentuan sama ada mampu berlaku adil terletak pada diri suami sendiri. Suami bertanggungjawab di hadapan Allah di atas sifat amanah dan tanggungjawabnya. Kerjasama dan sokongan isteri perlu bagi membolehkan suami berlaku adil. Isteri bekerja dan mempunyai cukup sumber kewangan, mungkin tidak perlu diberikan wang. Bagaimanapun, perkara ini perlu kerelaan isteri. Setiap isteri berhak mendapat pembiayaan suami, walaupun dia mempunyai kewangan sendiri. Isteri dimadu tidak wajar terlalu menuntut hak sehingga sukar ditunaikan suami. Sering berlaku kerana ingin ‘membalas dendam’ kerana dimadu, isteri sengaja menimbulkan masalah. Ia dilakukan agar suami tidak rasa senang berpoligami. Sikap itu berdosa besar. Isteri dimadukan perlu reda dengan apa terjadi dan sikap membantah dan mempersoalkan suami beristeri seperti mempersoalkan hukum Allah. Suami berpoligami perlu tegas memenuhi hak di antara isteri. Jangan beri peluang mana-mana isteri lebih monopoli. Hak sama rata ditunai. Suami bijak menilai apa yang diperlukan oleh setiap isteri. Justeru, suami perlu menimbangkan semasak-masaknya keupayaan menjalankan tugas. Soal diri sendiri dengan jujur dan menjawabnya dengan fikiran rasional tanpa dipengaruhi nafsu semata-mata. Islam mengharuskan poligami bertujuan kebaikan dan bukan kerana nafsu yang tiada kesudahan. Oleh itu poligami ditegah jika dirasa mendatangkan keburukan, terutama berlaku zalim terhadap isteri. . Suami yang berpoligami, jangan mensia-siakan keistimewaan itu. Berlaku jujur dan adil adalah tuntutan agama. Sebenarnya tidak ada istilah menipu sunat. Menipu hukumnya berdosa. Cara hidup ditetapkan Islam adalah sebaik-baik aturan. Allah menjelaskan kelebihan dan keutamaan umat Muhammad berbanding umat lain. Ini disebut dalam firman Allah s. w. t.:

كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ

Bermaksud: “Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan di kalangan umat manusia, menyuruh berbuat baik dan mencegah berbuat kemungkaran”. (Surah ali-Imran, ayat 110). Disediakan Oleh: Ustaz Haji Mohd. Nawi Bin Haji Ismail.

Advertisements

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s