Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

Leave a comment

Salam,
Seperti biasa,selepas berlaku apa jua kemalangan,maka keesokan harinya akan timbul beberapa pendapat kenapa kemalangan itu boleh berlaku…as usual lah…

Apapun, patuhi had kelajuan yg di tetapkan…highway ok macam mana pun, kalau pemandu tak berhemah, tak guna juga…ni la salah satu punca kemalangan….
.Jom kita layan pendapt2 dibawah ni…
PENDAPAT PERTAMA
Plus Expressways Berhad (PLUS) menafikan lokasi kejadian kemalangan maut di Kilometer 223 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Pedas, Negeri Sembilan adalah kawasan angin lintang seperti dakwaan beberapa pengguna lebuh raya itu.
Pengurus Besar Komunikasi Korporat PLUS, Khalilah Mohd Talha, berkata had kelajuan ditetapkan di kawasan itu adalah 110 km/jam berbanding kawasan angin lintang hanya 90km/jam.Khalilah berkata demikian berikutan dakwaan seorang pemandu bas persiaran berpengalaman lebih 10 tahun memandu di kawasan selatan lebuh raya PLUS, bahawa lokasi kemalangan bas ekspres yang meragut 12 nyawa itu adalah kawasan angin lintang.
Azmi Ibrahim, 47, mendakwa kebanyakan pemandu bas mengetahui kawasan itu berbahaya, kenderaan mudah hilang kawalan seperti rasa ditolak secara tiba-tiba dan stereng sangat berat untuk dipusing kembali ke arah dikehendaki. Azmi yang pernah terbabit dalam kemalangan disebabkan angin lintang pada 2002 ketika memandu bas persiaran membawa pelancong Singapura, mengakui kejadian menimpa bas Ekspres Delima itu seolah-olah sama dengan pengalaman dilaluinya.
Seorang lagi penunggang motosikal berkuasa tinggi, Salimat Arifin, 44, yang sering berulang alik antara Kuala Lumpur-Melaka, turut mendakwa pernah ditolak angin lintang di tempat sama, dua tahun lalu.
PENDAPAT KEDUA

Struktur bas yang tidak memenuhi Peraturan 66 (R66) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu-Suruhanjaya Ekonomi Eropah (UNECE) berhubung ketahanan rangka bas mungkin antara punca 10 penumpang bas terkorban dalam kemalangan maut di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara Selatan dekat Pedas, Ahad lalu.Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Hussain Hamid, berkata peraturan itu menetapkan struktur bas perlu lulus ujian ‘rollover’ atau bergolek sebelum dibenarkan digunakan di atas jalan.Katanya, kegagalan mematuhi peraturan itu atau rangka bas yang tidak lulus ujian berkenaan boleh meningkatkan risiko kecederaan serius kepada penumpang sehingga membawa maut, jika berlaku kemalangan.
Beliau berkata, rangka bas yang gagal ujian itu tidak mampu menahan atau menyerap kesan hentaman apabila kenderaan berkenaan terbalik atau tergolek apabila berlaku kemalangan.“Mengikut Peraturan R66, struktur bas seharusnya kukuh atau sekurang-kurangnya mampu menahan kesan hentaman atau bergolek bagi melindungi penumpang di dalamnya.
PENDAPAT KETIGA

Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPJSM) mencadangkan satu pasukan penguat kuasa khas ditubuhkan bagi membuat rondaan di kawasan lebuh raya yang dikategorikan risiko tinggi kemalangan.
Presidennya, Hamzah Masni, berkata selain membuat membuat rondaan, pasukan itu juga boleh memantau dan mengambil tindakan sekiranya ada bas atau kenderaan berat dipandu laju.“Jadi tindakan segera perlu diambil dengan menempatkan penguat kuasa untuk membuat rondaan dan bertindak menahan bas itu sekiranya didapati dipandu laju.
Macam2 pendapat kan….PENDAPAT ANDA MACAMANA PULA?

sape yang patut dipersalahkan…pemandu bas,penumpang atau syarikat bas ekpress?Pada sayalah yg penting, pemandu itu sndri kena ambil inisiatif..pemandu yg bertanggungjawab atas keselamatan penumpang..once dia dah start pegang stereng, bermakna, dia bertanggungjawab ke atas seluruh nyawa di atas segala bas itu..
Inna lillahi wa inna ilaihi ro ji’un…semoga bagi yg pergi dicucuri rahmat ke atas roh mereka…..dan keluarga mereka pula dikurniakan kesabaran menerima kehilangan orang tersayang

Advertisements

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s