Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

Bas Ekpress…aduhai…

Leave a comment

Salam,

Tarikh 10.10.10…tarikh yang menjadi rebutan bagi bakal2 pengantin .Ibubapa2 gembira sebab dapat menantu….dan ada ibubapa yang bersedih sebab kehilangan ahli keluarga mereka…

AlFatihah buat mereka 2 yang terkorban dalam kemalangan semalam..Tarikh 10/10/10.mencatat satu lagi kemalangan yang membabitkan sebuah bas ekspress dan beberapa buah kenderaan lain.Difahamkan bas ekpress Delima di pandu laju sebelum terbabas ke laluan bertentangan…12 orang terbunuh ditempat kejadian dan ramai yang cedera parah…tak taulah saya apa yang ada difikiran pemandu bas tersebut semasa kejadian itu…nak cepat sampai atau

saja seronok2 sebab dapat bawa laju tanpa memikirkan keselamatan penumpang.Ajal maut Allah yang tentukan…lepas ni akan ada acara tunding menunding jari menyalahkan orang itu dan orang ini…biasalah tu….

Seramai 12 orang maut, manakala lebih 40 lagi cedera termasuk parah apabila dua buah bas, dua buah kereta dan sebuah van terbabit dalam kemalangan di Kilometer 223, Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat dekat Rembau, petang semalam

Nahas berlaku apabila sebuah bas ekspres Delima yang dipercayai dipandu laju dari arah selatan gagal dikawal lalu terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya sebelum melambung ke laluan bertentangan.

Bas ekspres itu yang dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur kemudian melanggar sebuah van dan kereta sebelum menghempap dua buah kereta lain dalam kejadian pada 6.50 petang itu.

Pada masa yang sama, sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dinaiki ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) turut gagal mengelak dan melanggar bas ekspres itu.

Tragedi Oktober itu mengakibatkan puluhan ribu kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sehingga lewat malam ini apabila pihak berkuasa terpaksa menutup laluan di kedua-dua arah untuk kerja-kerja menyelamat.

Sehingga pukul 11 malam ini, pasukan penyelamat sedang berusaha mengeluarkan mayat mangsa termasuk penumpang bas dan kenderaan yang dihempap oleh bas itu.

Difahamkan, mangsa yang maut adalah pemandu bas dan penumpang serta penumpang dua buah kereta yang terhimpit dihempap bas tersebut.

Pengarah Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini, Dr. Jaafar Che Mat pada sidang akhbar lewat malam ini memaklumkan, pihaknya menerima 24 orang mangsa yang cedera terdiri daripada lapan lelaki dan 16 wanita, kesemuanya dewasa.

Katanya, seorang daripada mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) setelah dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Menurut beliau, kesemua mayat dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat, manakala mereka yang cedera menerima rawatan di HTJ.

Antara yang dilihat menerima rawatan termasuk seorang pelancong warga Jepun.

Berikutan kemalangan itu, pihak polis telah menutup laluan masuk ke lebuh raya arah selatan di Plaza Tol Pedas, Linggi di Rembau.

Kebanyakan kenderaan yang memasuki lebuh raya dinasihatkan oleh Plus Expressways Berhad (PLUS) untuk menggunakan laluan alternatif.

Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Abd. Halil Hamzah ketika dihubungi malam ini mengesahkan kejadian tersebut dan menurutnya, ketika ini, identiti mangsa yang cedera dan meninggal dunia masih belum diketahui.

Operasi menyelamat masih dijalankan oleh pasukan bomba dan penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta bantuan pihak paramedik dari hospital yang berdekatan.

Dalam pada itu, salah seorang penumpang bas Ekspres Delima yang terselamat, Nur Najlaa Aqilah Mohd. Ghazali, 19, berkata, dia tiba-tiba terasa bas yang dinaikinya berpusing lalu menghempap sebuah kereta selepas melambung ke laluan bertentangan.

“Ketika kejadian, saya sedang tidur. Saya tersedar apabila bas itu berpusing dan menghempap kenderaan di laluan bertentangan. Tidak lama kemudian, bas yang kami naiki dirempuh beberapa kenderaan lain termasuk sebuah bas (membawa ahli PBTM),” kata pelajar Universiti Malaya itu yang kini dirawat di HTJ setelah mengalami kecederaan di tangan dan muka.

Difahamkan, bas JKM membawa peserta yang menghadiri Perhimpunan Raksasa PBTM, turut dinaiki Exco Kerajaan Melaka, Datuk Karim Sulaiman. Bagaimanapun, kesemua penumpang bas itu dilaporkan selamat.

Berikut adalah senarai nama mangsa terbunuh dan cedera dalam kemalangan melibatkan dua bas, tiga kereta dan sebuah van di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka, semalam.

Meninggal dunia

—————————

1. Norazmi Abdul Karim, 24, dari Kampung (Kg.) Pondok Kempas, Selandar, Jasin

2. R. Ramachandra, 52, Kg. Tengah Klebang

3. Muhammad Farizuddin Talib, 19, Batu 3 Balai Panjang, Melaka

4. Azizi Aziz, 20, Kg. Gapis, Jasin

5. Cin Phwa Tuang (Myanmar)

6. Pau Khaw Tual, 29, (Myanmar)

7. Kam Khaw Tual, 18, (Myanmar)

8. Sherene Sofea Fabzry Tan, 18, Taman Semabok Perdana

9. Nur Shapika Baba, 19, Pokok Mangga, Melaka

10. Ng Sok Kuan, 52, Batu 10 1/2 Sungai Udang, Melaka

11. Goo Chuan Heng, 34, Taman Maju, Batu Pahat, Johor

12. Pang Shi Moei, 57, Taman Segar, Segamat, Johor

 

Gambar ehsanhttp://www.daydeck86.com/ dan Harakah

.Ya Allah…Ya Rabbi, rahmatkan lah roh mereka ini dan berilah kekuatan dan kesabaran kepada kaum keluarga2 mereka….laillahaillahllah…..al-fatihah……

Advertisements

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s