Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

Salam kemerdekaan ke 53…

Leave a comment

Selamat menyambut hari Kemerdekaan yg ke – 53 – 1Malaysia, Menjana Transformasi – Generasi Terkini

Hari ini dalam sejarah

UPACARA MENURUNKAN BENDERA UNION JACK DAN MENAIKKAN BENDERA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
Tarikh Peristiwa pada 30-08-1957
‘Pada hari ini 30.8.1957, upacara menurunkan bendera \’Union Jack\’ telah berlangsung di Padang Bandar Hilir Melaka jam 6.30 petang. Upacara itu lebih awal dari tempoh berakhirnya pemerintahan Inggeris di Tanah Melayu iaitu jam 12.00 tengah malam. Upacara tersebut telah disaksikan oleh Encik H.G. Ham…’

DETIK-DETIK KE ARAH PENGUMUMAN BERSEJARAH ITU

Pada 1 Januari 1956, rombongan Perikatan yang terdiri daripada Tunku, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Dr Ismail Abdul Rahman, Tun H S Lee, T. H. Tan dan Abdul Kadir Shamsudin menaiki kapal MV Asia di Pelabuhan Tanjung Pagar, Singapura, untuk Ke London.

Rundingan berlangsung selama tiga minggu iaitu dari 18 Januari hingga 8 Februari dan pada 11 Februari perjanjian kemerdekaan Tanah Melayu ditandatangani.

Rombongan itu telah berlepas pulang dari London pada 16 Februari dan tiba di Singapura pada tengah malam 19 Februari.

Keesokan harinya, rombongan itu telah berlepas ke Melaka di mana satu sambutan besar-besaran menunggu mereka di Lapangan Terbang Batu Berendam dan sambutan lebih besar menunggu mereka di Padang Bandar Hilir.

Dari Lapangan Terbang Batu Berendam di sini, Tunku bersama rombongannya diarak dengan kereta menuju padang itu untuk mengumumkan tarikh kemerdekaan negara.

Bersama Tunku dalam kereta adalah Datuk Panglima Gantang Abdul Wahab Abdul Aziz dan Abdul Aziz Majid dan di sepanjang perjalanan, ribuan rakyat berbaris di kiri dan kanan jalan sambil bersorak gembira dan melaungkan \”merdeka\”.

PADANG BANDA HILIR SESAK

Menurut seorang veteran Umno, Datuk Wira Borhan Md Yaman, 77, yang hadir pada perhimpunan itu, dianggarkan 100,000 orang berhimpun di Padang Pahlawan menunggu ketibaan Tunku.

\”Mereka datang dengan kereta buruk, tidur di masjid, surau, mana-mana saja dan masa itu di padang banyak pokok yang besar-besar, di situ mereka tidur…orang terlampau gembira,\” katanya.

Beliau berkata orang dari Singapura pun datang termasuk rombongan Umno yang dipimpin Datuk Abdul Hamid Jumat.

Borhan berkata mereka berhimpun di situ kerana terlalu gembira dan tidak menyangka rombongan Tunku berjaya memperolehi kemerdekaan daripada kerajaan British.

Mengenangkan detik-detik bersejarah itu, Borhan terhenti seketika berbicara kerana sebak.

\”Dia orang datang, pertama gembira, kedua \”tak sangka\” rombongan Tunku begitu berjaya, ramai parti pembangkang kata, cabar, tak yakin…Alhamdulillah dengan izin Allah kita berjaya (merdeka),\” kata Borhan yang juga Tokoh Guru Kebangsaan.

TUNKU UMUM TARIKH KEMERDEKAAN

Di tengah suasana kegembiraaan 100,000 rakyat yang berhimpun di padang itu Tunku mengumumkan bahawa menurut persetujuan yang dicapai di London, Persekutuan Tanah Melayu akan mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Tunku sambil menjulang Keris Pukal yang berusia seratus tahun, dihadiahkan oleh wakil kaum ibu, berteriak \”merdeka\” di tengah-tengah ribuan rakyat.

Ia disambut dengan laungan merdeka yang bergema di setiap sudut padang itu.

Kelihatan di sebelah Tunku semasa itu ialah Tun Abdul Ghafar Baba selaku Pengerusi Rapat Umum pada hari itu.

Pada ketika itu, Ketua Umno Singapura menyampaikan peta Malaya kepada Tunku.

Tun Abdul Razak menandatangani dokumen pengumuman tarikh kemerdekaan serta disaksikan oleh Setiausaha Agung Umno ketika itu, Senu Abdul Rahman. Turut menandatangani dokumen itu ialah Tun Dr Ismail.

TUN GHAFAR MERANCANG PERSIAPAN BESAR-BESARAN

Datuk Panglima Bukit Gantang yang mewakili Raja-Raja Melayu yang menuntut kemerdekaan di London turut berucap di majlis itu dan begitu juga dengan V.T. Sambanthan yang mewakili MIC dan Leong Yew Koh yang mewakili MCA.

Ucapan Tunku disiarkan secara langsung melalui Radio Malaya.

Tunku juga menyatakan penghargaan kepada semua penduduk Tanah Melayu yang telah memberi sokongan penuh sehingga tercapainya persetujuan kemerdekaan Tanah Melayu.

Tunku proclaiming Malaysia’s Independence on August 31, 1957 in the presence of the Malay Rulers, the Duke of Gloucester and Sir Donald MacGillivray.

MEMPERINGATI DETIK SEJARAH KEMERDEKAAN MALAYSIA

Pilihan raya umum yang pertama ditandingkan pada tahun 1955. Parti-parti seperti PAS, Parti Negara di bawah pimpinan Dato’ Onn bin Jaafar, Parti Buruh, Parti Progresif Perak, Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC dan sebagainya bertanding dalam pilihan raya umum tersebut.Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. 1 kerusi lagi dimenangi oleh PAS. Dengan kemenangan dalam pilihan raya, kabinet kerajaan telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri yang pertama.Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai suatu rombongan ke London untuk membincangkan perkara-perkara mengenai kemerdekaan. Rundingan ini mengambil masa tiga minggu di London. Perjanjian London 1956 ditandatangani pada 8 Februari 1956 yang menyatakan persetujuan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sekembali ke Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Melaka.Pada tahun 1956, suatu Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan. Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel atau lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Reid yang dipengerusi oleh Lord Reid dari Britian terdiri daripada pakar-pakar undang dari negara Komanwel. Laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid dipinda oleh Jawatankuasa Kerja dan diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan.Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada tepat pukul 12 malam 31 Ogos 1957. Kemudian, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di Stadium Merdeka. Jemaah Menteri diumumkan juga pada hari pengisytiharan kemerdekaan.

Pengistiharan Kemerdekaan
Apabila tarikh Kemerdekaan telah ditentukan, Tunku telah mengarah Jabatan Kerja Raya untuk membina sebuah stadium terbuka yang akan dijadikan tempat pengistiharan Kemerdekaan. Tunku memilih sendiri lokasinya, di sebuah bukit yang rendah berdekatan Jalan Birch dan stadium itu dinamakan ‘Stadium Merdeka’.Stadium Merdeka 5.00 pagi, 31 Ogos 1957, hujan turun dengan lebatnya. Dato’ Abdul Razak yang melawat Stadium pada pagi itu gelisah dengan takungan air di tengah-tengah padang di mana Askar Melayu akan mengadakan perbarisan kehormat. Dato’ Razak adalah Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan dengan Tunku sendiri adalah Pengerusinya.7.00 pagi, hujan mulai reda. Dato’ Razak menalifon Tunku dan melaporkan keadaan di stadium. Beliau mencadangkan agar ketibaan Raja-raja Melayu, Duke serta isteri dan Pesuruhjaya Tinggi dilewatkan satu jam.9.00 pagi, langit mulai cerah, rintik-rintik hujan semakin mengecil dan hilang dari pandangan. Perabut dan perhiasan mula dibawa keluar dengan kadar segera. Tunku telah bersiap sedia di rumahnya. Berbaju Melayu hitam, berkain samping, berselitkan keris bersarong gading dipinggang serta bertengkolok songket, Tunku menantikan saat untuk bertolak.

Di Stadium Merdeka, Tunku berdiri gagah menerima ketibaan Duke of Gloucester yang memakai pakaian istiadat ketenteraan British berpangkat Field Marshall. ‘God Save The Queen’ berkumandang ketika Duke of Gloucester yang merupakan pakcik Queen Elizabeth II masuk dan mengambil tempat. Duke telah diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray.

Raja-raja Melayu pula duduk dipayungi oleh sembilan payung kuning, Yang DiPertuan Agong pula duduk di tengah-tengah, di kirinya Tunku dan di kanannya Duke.

Duke kemudiannya menyerah ‘Instrumen Kemerdekaan’ yang mana merupakan suatu pengakuan British bahawa ia menyerahkan kedaulatan Pulau Pinang dan Melaka kepada negara baru ini dan seterusnya menarik balik ‘perlindungan’ yang diberikan kepada negeri-negeri Melayu.

Tunku kemudiannya membacakan pengistiharan Kemerdekaan yang antara lainnya menyebut “Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah  Melayu untuk selamanya sebuah negara yang demokratik dan Merdeka”. Acapkali suaranya tenggelam dan pekikan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh rakyat sebuah negara baru yang lahir dari suatu perjuangan yang suci.

Seorang anak bangsa yang menyaksikan segalanya di depan mata, menghuraikan pengalamannya, Hujan renyai-renyai menghiasi pagi. Tanpa disedari linangan air mata membasahi pipi. Stadium Merdeka dibanjiri oleh anak-anak bangsa yang datang dari setiap pelusuk negeri. Masing-masing hadir dengan harapan yang tinggi. Menjadi saksi, satu peristiwa yang penuh bererti, yang tidak akan dilupai tersemat disanubari sampai mati. Merdeka telah kita miliki ‘Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Perdana Menteri Malaysia Pertama – BAPA KEMERDEKAAN
ALLAHYARHAM TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN ABDUL HAMID HALIMSHAH
( 1957 – 1970)

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s