Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

Leave a comment

Ramadan Kareem orkut scraps, e-cards, glitter graphics, Myspace comments

Salam Ramadan,
DAh 7 hari kita menjalani ibadah puasa>Cepat betul masa berlalu..tup…yup tanpa kita sedari dah satu minggu…nanti tup..tup ke tap..tap…dah 3 minggu..lepas tu bulan Syawal pun menjelma….Berhari raya pulak kita….Skrg ni walaupun baru seminggu berpuasa,saya sedang mengumpul resepi2 biskut ….resepi yang senang2 ,simple2 aje…macam biskut cornflake,
biskut mazola yang tak payah pakai acuan…cuma bulat2kan aje,lepas tu bakar,lepas tu masuk dlm mulut…ooopsss…puasa daa….waktu buat kueh ni lah yang memerlukan kesabaran dan kekuatan iman…yalah…bila kueh tu dah masak …dia punya bau phew yo!!…menusuk sampai ketulang sum sum,he,he,he…sabau ajelah…Buat diri saya ni,semangat nak buat kueh raya sendiri semakin berkobar2…selalu beli aje kueh…kueh tunjuk2 orang kata..tapi bila tengok rege nya,ooo mak oii…mahalnye..pada hal kuehnya simple aje…taklah susah mana nak buat…bahan2nya murah aje dan mudah dapat dipasaraya atau di
kedai2 runcit.
Kita tunggu dan lihat sampai mana kesemangatan saya nak buat kueh raya tahun ni…atau semangat tu tinggal nama aje…….
Dalam seminggu berpuasa ni macam2 kejadian yang tidak diingini berlaku…kejadian amuk semasa bersahur,angin puting beliung di pasar ramadan Jasin yg mengorbankan 3 orang dan yang terbaru kemalangan jalanraya yang meragut seorang ibu dan 3 anaknya yang masih kecil..kejadian berlaku di Bukit Tangga ,Jelebu Negeri Sembilan.baca sini …semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh mereka dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh..ameen…
Firman Allah, surah al-Baqarah ayat 155:
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan daripada harta benda dan jiwa serta hasil tanaman, dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.
1. Selalu mengucapkan kalimah tayyibah iaitu “La ilaha illallah muhammadar rasulullah”.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bemaksud: “Banyakkanlah berzikir kepada Allah pada setiap perkara kerana tidak ada amal yang paling dicintai oleh Allah dan tidak ada yang menyelamatkan seorang hamba daripada keburukan di dunia dan akhirat melainkan berzikir kepada Allah.”
2. Apabila ditimpa sesuatu musibah, ucapkanlah “Innalillahi wa-inna-ilaihi-rojiun.”
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Janganlah memperbanyakkan perkataan melainkan zikir kepada Allah.
Sesungguhnya banyak ucapan yang bukan zikir kepada Allah menjadikan hati kesat. Orang yang paling jauh daripada Allah ialah orang yang mempunyai hati yang kesat.” Hadis riwayat at-Tarmizi.
Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: “Apakah tiada aku tunjukkan kepadamu kunci untuk membuka pintu daripada pintu-pintu syurga?” Kata sahabat, “Apakah kunci untuk pintu syurga itu?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Dengan sentiasa menyebut “Lahaula-wala quwwata-illa billahil ‘aliyi-azim.” Zikir ini bermaksud, “Tiada daya, tiada kekuatan melainkan dengan izin Allah.” Apabila zikir ini selalu disebut-sebut, insya-Allah seseorang itu akan diberi ketenangan dalam menerima ujian dan keredaan daripada Allah.
3. Apabila dikurniakan nikmat, maka ucapkanlah “Alhamdulillah” sebagai tanda bersyukur atas nikmat yang diberi oleh Allah.
Rasulullah s.a.w. bersabda, bermaksud: “Ucapan yang paling disukai oleh Allah ada empat iaitu Subhanallah, Alhamdulillah, Wa la ilahaillallah, Allahu akbar.” Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: “Sekiranya dunia dan seluruh harta kekayaan yang berada di atasnya diserahkan ke tangan seorang daripada umatku, kemudian orang itu berkata Alhamdulillah, maka ucapan Alhamdulillah itu lebih berharga daripada seluruh harta itu. Ini kerana harta dunia akan habis, tetapi ucapan Alhamdulillah
itu akan berkekalan selama-lamanya hingga akhirat.”
4. Ucapkanlah Bismillahir-rohmanir-rahim ketika hendak memulai sesuatu pekerjaan.
Rasulullah s.a.w. bersabda bahawa setiap pekerjaan baik yang tidak dimulai dengan menyebut nama Allah, maka pekerjaan itu tidak mendapat keberkatan daripada Allah.
5. Ucaplah “Astaghfirullahal-azim wa atubu ilaih” apabila terbuat dosa.
Rasulullah s.a.w. bersabda, “Perlukah aku beritahu kepadamu tentang suatu penyakit dan ubatnya kepada kamu? Sesungguhnya penyakit manusia itu adalah dosa, dan ubatnya adalah istighfar.” Sebagai manusia kita tidak sunyi daripada melakukan salah dan dosa, maka cepat-cepatlah beristighfar dan bertaubat kepada Allah. Dalam hadis lain Rasulullah bersabda, yang bermaksud, “Barang siapa yang membiasakan dirinya membaca istighfar, Allah akan melepaskannya daripada segala macam kesempitan dan terlepas daripada setiap kesusahan dan Allah memberi rezeki kepadanya dengan tidak disangka-sangka.” Hadis riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah.
Mudah-mudahan panduan ini dapat diamalkan untuk mendapatkan kehidupan yang diredai oleh Allah dan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Advertisements

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s