Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

Jom…membeli belah di SOGO…

Leave a comment

salam,

Kenal bangunan dibawah ni?Mesti kenal kan?


Semalam saya pergi shopping..apa?pergi shopping?…Maklumlah dah dekat nak raya ni…aik!! posa belum lagi dah shopping..nilah orang Melayu….(termasuklah saya ni…)beli baju anak2 aje…senang.siap dari awal..eh?kata suka shopping last minit?.betul.ingatkan malas nak shopping cepat2,tapi entah macam mana kaki ni tiba2 melencong ke arah SOGO…pelek jugak…hajat hati nak cari buku cerita utk anak saya Syasya di Kedai buku Minerva yg kebetulan tak jauh dari SOGO..tiba2 macam ada kuasa magnet plak bila saya di tarik ke arah bangunan 4 segi tu…alah…alasan zaman Korealah tu!!”

Aduhai…mak datuk,cucu cicit,cuit2,oneng2…ramainya orang….tak boleh nak habaq..bak kata orang utara)macam semut hurung gula2 gamaknya…terutama ditingkat 4 bahagian pakaian kanak2.Padahal jam baru menunjukan pukul 11 pagi….nak cari baju anak2 pun tak cukup ruang nak menyelit….ada sales pulak tu….tu yg buat suasana haru biru ditambah pulak dgn tangisan budak2 kecik lagi….cuba tuan2 dan puan2 bayangkan…..tapi ditingkat lain suasana aman damai aje….pelanggan tak ramai…tenang aje suasananya…dalam masa 2 jam saya di situ 2 kali pengumuman kehilangan anak2 kecil kedengaran….nilah yg paling saya takuti kalau membelibelah dgn anak2,,,kita dok sibuk memilih baju,diaorang pulak dok sibuk berlari kesana kemari…last2 yg susahnya mak bapak diaorang jugak…

Lupa pulak saya nak bawa kamera saya.Maka nak tak hendak dan dgn berat hati saya terpaksa meminjam gambar ni yg diamabil dari blog http://www.syamsulariff .com.Harap saudara syamsul tak marah ye..

ingat tak kesah budak Yin yg hilang di Sogo dulu?Tahun berapa ya?Nanti kejap ya,saya nak check dgn pakcik Google kita ni….tunggu…

Oh…dah dapat tahun 2007…dah 3 tahun peristiwa itu berlaku…semua akhbar2 menyiar berita pasal kehilangan Yin ni…

Didoakan ditemui segera & diselamatkan ibu bapanya dari syirik

Yin hilang ketika mengikut ibu bapanya membeli-belah di Kompleks Sogo di sini, kira-kira jam 2 petang, 31 Mac lalu sebelum dia dijumpai wanita warga Myanmar yang mendakwa membawa kanak-kanak itu pulang ke rumahnya di Sentul Pasar.

Yin ditemui selamat — Budak hilang 15 hari dijaga pasangan Myanmar

Oleh: SYED MOHD. RIDZUWAN SYED ISMAIL dan ZULKIFLI MANZOR

KUALA LUMPUR 14 April – Penderitaan hebat kerana kebimbangan dan menanggung rindu kepada Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali, 5, atau Yin yang hilang sejak 31 Mac lalu, berakhir buat ibu bapanya apabila kanak-kanak itu ditemui semula dalam keadaan selamat, petang ini.

GEMBIRA…Muhammad Nazrin yang hilang sejak 15 hari lalu ceria ketika didukung oleh bapanya, Shamsul Ghazali Shamsuddin di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, semalam. – Gambar DJOHAN SHAHRIN SHAH.

Pertemuan penuh bermakna itu menjadi kenyataan selepas seorang wanita Myanmar, Noor Shida Nur Islam, 27, yang menjaga Yin sepanjang tempoh kehilangannya, memulangkan semula budak itu sejurus ternampak poster pencariannya pagi ini.

Detik-detik pertemuan bersejarah Shamsul Ghazali Shamsuddin, 34, dan isterinya, Nor Amizah Ahmad, 25, dengan Yin berlangsung dalam suasana penuh kegembiraan bercampur hiba di rumah seorang rakan mereka di Setiawangsa, di sini, kira-kira pukul 6 petang.

Ketika itu, kedua-dua mereka tidak dapat menahan kerinduan masing-masing lalu terus memeluk dan mencium anak sulung mereka itu yang wajahnya sedikit berubah kerana kepalanya dibotakkan.

“Kali pertama kami nampak semula Yin, kami terus pegang, kami peluk dia kuat-kuat, cium dia sambil air mata mengalir kerana gembira dan kesyukuran… susah nak gambarkan kegembiraan kami dengan kata-kata.

“Bayangkanlah, kami memang tak sangka akan jumpa semula Yin. Tetapi berkat doa dan sembahyang hajat kami dan umat Islam lain di seluruh negara, akhirnya Alhamdulillah, Allah makbulkan doa kita semua.

“Terima kasih rakyat Malaysia. Semua ini berlaku selepas doa dan pertolongan anda, kami sangat bersyukur.’’

Itulah kata-kata penuh emosi yang diluahkan oleh Shamsul dan Nor Amizah kepada pemberita ketika ditanya mengenai detik-detik pertemuan semula mereka dengan Yin di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, malam tadi.

Episod pertemuan semula Yin dengan keluarganya bermula dengan panggilan telefon suami Noor Shida, Mohd. Abdul Rahman Ali Rahman, 37, kepada seorang rakan Shamsul, Mohd. Baharuddin Hassan, yang tinggal di Setiawangsa tengah hari ini memaklumkan mengenai Yin ada dalam jagaan isterinya.

Apabila Mohd. Baharuddin menemui Mohd. Abdul Rahman di rumahnya di Sentul Pasar, kira-kira pukul 2.20 petang, dia kemudian menghubungi Shamsul yang ketika itu sedang berada di Ipoh untuk memaklumkan penemuan Yin di situ.

Selepas mengesahkan budak itu adalah anaknya berdasarkan nyanyian lagu Twinkle Twinkle Little Star oleh Yin menerusi telefon, kanak-kanak itu kemudian dibawa ke rumah Mohd. Baharuddin di Setiawangsa sementara menunggu kedatangan Shamsul dan isterinya dari Ipoh.

Bila tengok lautan manusoa manusia di SOGO semalam,peristiwa kehilangan YIN ni tiba2 menerjah dlm fikiran saya…semoga peristiwa ini tidak berlaku lagi…

Dan kpd ibubapa2 yg nak bershopping tu,ingat2lah pada anak kita ya…jgn leka bershopping tak hengat donia pulak..

Ok…Selamat Berpuasa..

ingat tak kesah budak Yin yg hilang di Sogo dulu?Tahun berapa ya?Nanti kejap ya,saya nak check dgn pakcik Google kita ni….tunggu…
Advertisements

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s