Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

Banci oh banci….

Leave a comment

Salam,

Rumah anda dah dibanci ke belum?Saya Alhamdulillah dah selamat dibanci minggu lepas..Nasib baik saya cuti..tapi yang

yang saya geram tu diaorang datang waktu tengahari,time orang nak beradu dalam pukul 3 gitu…baru saya lelapkan mata yang sentiasa mengantuk ni ,kedengaran suara dan ketukan diluar…Banci….ish,ish,ish,,nak buka pintu ke tak nak ni?..adalah dlm 3 kali dia ketuk pintu..disebabkan saya ni seorang rakyat Malaysia yg bertanggungjawab pada negara,cewahh…maka dgn berat kaki dan mata,saya pun membuka pintu..dan terlihatlah saya seorang pembanci sedang berdiri didepan pintu sambil memegang fail dan beg itamnya…’Ada apa dik?’Buat2 tak tau le…nak bancilah kak”…oh ya ke…disebabkan budak tu hensem…ehwah…maka saya dgn baik hati menjemput dia masuk…tapi dlm hati hanya Allah yang Maha Mengetahui…
Macam2 soalan yg ditanya,yg saya tak tahan tu ada ka patut dia tanya saya pakai tandas jenis apa?Mestilah jenis  pam takkan lah saya guna tandas jenis angkut kot macam orang dolu2,,,atau jenis jamban tepi sungai…ish budak ni sehat ke tak sehat?.Kalau ya pun nak tanya pasal jenis tandas,tengoklah dulu kawasan mana yang dibanci…kan…Tapi tak pe,dia cuma menyoal apa yang ada dlm borang tu…saya faham,don’t worry…..
MAcam2 soalan cepumas ditanya….macam nak korek rahsia pulak….
Oklah,kepada yang belum dibanci,selamat dibanci dan jangan tutup pintu plak bila pembanci2 ni datang.Mereka ni cuma menjalankan tugas aje..kesian mereka..mereka cuma dapat elaun aje yang tak seberapa dibanding dgn tugas mereka…yang terpaksa masuk ke kawasan2 pendalaman,ada yg dikejar anjinglah dan macam2 lagi…macam tempat saya,mereka terpaksa menaiki beberapa anak tangga utk sampai ke tingkat atas..maklumlah takada lift…mau mengigil lutut dibueknyo…
Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia merupakan satu pembancian semua tempat kediaman dan penduduk di seluruh negara. Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 adalah banci kelima yang akan dijalankan sejak tertubuhnya Malaysia pada tahun 1963. Banci dijalankan mengikut peruntukan yang terkandung dalam Akta Banci 1960 (Disemak 1969). Akta Banci mewajibkan orang awam menjawab semua soalan banci dan akta ini menjamin bahawa maklumat individu adalah sulit dan tidak akan dihebahkan.
Banci yang lalu telah dijalankan pada tahun 1970, 1980, 1991 dan 2000. Pelaksanaan Banci 2010 telah diluluskan oleh kabinet dalam Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 22 April 2009 dengan peruntukan sebanyak RM200.2 juta bagi tahun 2010. Banci kelima ini akan dilaksanakan pada Julai 2010.
Data yang dikumpul semasa Banci Penduduk dan Perumahan 2010 akan membekalkan satu set maklumat berstatistik yang komprehensif mengenai arah aliran dan corak ciri-ciri isi rumah dan penduduk. Data dan penemuan penting mengenai stok perumahan, jenis dan corak pemilikan juga diperoleh. Maklumat ini dapat membantu dalam perancangan, penggubalan dan pelaksanaan polisi oleh Kerajaan dan digunakan oleh para penyelidik dan individu lain.
Banci 2010 meliputi tiga kategori yang utama iaitu penduduk, isi rumah dan tempat kediaman. Pecahan bagi kategori adalah seperti berikut:
1.
Penduduk
• Ciri-ciri Geografi
• Ciri-ciri Demografi dan Sosial
• Kesuburan dan Kematian
• Ciri-ciri Migrasi
• Ciri-ciri Pendidikan
• Ciri-ciri Ekonomi
2.
Isi rumah
• Ciri-ciri isi rumah
3.
Tempat Kediaman
• Jenis tempat kediaman
• Bilangan tingkat
• Jumlah keseluruhan tingkat bangunan
• Bahan binaan dinding luar
• Taraf didiami
• Bilangan bilik
• Status pemilikan
• Kemudahan bekalan air minuman
• Kemudahan bekalan elektrik
• Kemudahan tandas
• Kemudahan kutipan sampah
Advertisements

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s