Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

TAZKIRAH Jumaat..

Leave a comment


Antara 9 sebab utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah
Sifat pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam
Sifat dendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki
Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain perkara dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama). Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah, tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia

5. Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut… walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis juga… lagipun org tamak selalu rugi.. Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

7. Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji.
Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn apa yg kita ada..

9. Cinta dunia
Tidak dapat menderita, …dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah… Cinta dunia merupakan “neraka dunia” kerana dunia itu “panas” akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan tetapi ialah sifat MAZMUMAH.

Makin tinggi sifar mazmumah seseorang, semakin dia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmumah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Jadi..sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain…andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.

Wallahualam”

Hi5 and Myspace Glitter Graphics: Dividers

Memotong kuku ada caranya. Kuku adalah sebahagian dari badan kita dan perlu kita hormati. Memotong kuku ada adabnya seperti ikut hari, aturan kuku yang dipotong dan buang kuku yang telah dipotong ke tanah kerana kita juga adalah dari unsur tanah.

Hari potong kuku:

Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Aturan potong kuku:

Mulakan potong kuku dengan Bismillah dan selawat Nabi. Potong kuku tangan bermula dari jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan akhir sekali ibu jari tangan kanan.

Untuk kaki pula, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya.

Hi5 and Myspace Glitter Graphics: Dividers

XX

Sesiapa yang rasa dirinya genius boleh menjawab soalan di bawah ni, bukan teka teki teka tekuk, bukan soalan trick tapi IQ test cara Islam. Siapa dapat markah penuh mmg gua tabik spring.

Soalan 1: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Soalan 2: Apa pula yang paling jauh dari kita di dunia ini?

Soalan 3: Apa yang paling besar di dunia ini?

Soalan 4:Apa yang paling berat di dunia ini?

Soalan 5: Apa yang paling ringan di dunia ini?

Saoalan 6: Apa yang paling tajam di dunia ini?

:
:
:

:
:
JawapannyaKata Imam Ghazali

1. Yang paling dekat dengan kita adalah “MATI”. Sebab itu sememangnya janji Allah swt bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)

2. Yang paling jauh dari kita di dunia ini adalah “MASA LALU”. Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

3. Yang paling besar di dunia ini adalah “NAFSU”. Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

4. Yang paling berat di dunia ini adalah “MEMEGANG AMANAH”. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah swt meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya sanggup dengan permintaan Allah swt, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak dapat memegang amanahnya.

5. Yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita dan kehidupan dunia, kita meninggalkan solat, gara-gara bermesyuarat dan berseronok-seronok, kita meninggalkan solat.

6. Yang paling tajam di dunia ini adalah “LIDAH MANUSIA” Kerana melalui lidah, Manusia selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Advertisements

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s