Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

Malam terakhir Pudu Jail….

1 Comment

Artikel dibawah ni saya ambil dari MAlaysian Insider utk tatapan kita semua.

Amin Iskandar adalah Pengarah Eksekutif National Institute for Electoral Integrity (NIEI), sebuah badan bukan kerajaan yang aktif dalam program pendidikan pengundi dan pemantauan pilihanraya. Beliau juga adalah pemilik bloghttp://aminiskandar.com

Al-Fatihah buat Penjara Pudu

June 23, 201023 JUN — Tanpa mempedulikan kritikan dan penentangan, penjara Pudu akhirnya dirobohkan. Dengan angkuhnya jentolak dan traktor merobohkan sebahagian daripada tembok yang mengelilingi penjara yang telah berusia 115 tahun itu.

Akhirnya, kekuatan modal berjaya mengalahkan nilai warisan sejarah.

Penjara Pudu yang pernah dijadikan muzium pada tahun 1997-2005 dan tempat tarikan pelancong satu ketika dahulu, dirobohkan untuk memberi laluan kepada “pembangunan” yang akan menyaksikan Jalan Pudu bakal dilebarkan, hotel dan kondominium akan dibangunkan.

Penjara Pudu, mula dibina oleh penjajah British pada tahun 1891 dan siap sepenuhnya pada tahun 1895. Semasa perang dunia kedua, Jepun telah menggunakan penjara tersebut untuk menyeksa dan memenjarakan tentera bersekutu.

Tiada apa yang boleh dibanggakan?

Charles Edwards bekas tahanan perang dunia kedua dari Australia memberitahu AFP pada tahun 2008 bahawa penjara Pudu harus dikekalkan.

Beliau berkhidmat dengan Divisi ke 8 tentera Australia yang merupakan sebahagian dari tentera Komanwel — mempertahankan Malaya sebagai jajahan British daripada serangan Jepun.

Charles Edwards ditahan oleh Jepun dan diseksa di penjara Pudu bersama-sama dengan ribuan tahanan perang yang lain. Ramai juga tahanan perang yang dibunuh oleh Jepun di penjara tersebut.

Selepas merdeka, ia terus berfungsi sebagai sebuah penjara sehinggalah ditutup pada tahun 1996. Di penjara Pudu juga, “Robin Hood” Malaysia, Botak Chin pernah dipenjarakan dan dihukum bunuh.

Penjara Pudu dijadikan muzium dari tahun 1997 sehingga 2005. Mengapa muzium penjara Pudu ditutup pada tahun 2005, tidak saya ketahui sebabnya.

Menurut laporan dari New Straits Times (NST) pada 23 Disember 1997 dalam sebuah berita yang bertajuk “Pudu Jail museum is a family crowd-puller”, semenjak muzium penjara Pudu dibuka pada bulan Mei 1997 sehingga bulan Disember tahun yang sama, muzium tersebut telah menarik 400,000 orang pelawat.

Menurut laporan itu lagi muzium Penjara Pudu dijadikan oleh ibubapa untuk membawa anak-anak mereka pada musim cuti sekolah agar pengajaran dapat diberikan terhadap hukuman yang bakal diterima jika melakukan jenayah.

Di Dewan Rakyat baru-baru ini, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek memberitahu bahawa kerajaan menganggap bahawa tidak ada apa yang boleh dibanggakan dengan penjara Pudu.

Beliau menyatakan demikian ketika menjawab soalan tambahan dari ahli parlimen DAP Bukit Bintang, Fong Kui Lun.

Menurut Awang Adek, kerajaan telah mengkaji dan memutuskan bahawa penjara Pudu bukan tapak warisan dan tidak akan dijadikan sebagai tapak warisan.

Beliau yang dilantik sebagai senator selepas kalah di kerusi parlimen dan DUN pada PRU 12 lalu berkata terdapat banyak lagi benda yang boleh dibanggakan daripada sebuah penjara walaupun usianya telah tua.

Robben Island di Afrika Selatan

Jauh beribu batu dari Malaysia di Afrika Selatan tempat sedang menjadi tumpuan dunia kerana sedang berlangsungnya pertandingan bolasepak Piala Dunia 2010, terdapat sebuah penjara di negara tersebut yang telah dinamakan sebagai “World Heritage Site” oleh Unesco.


Penjara tersebut kini telah menjadi sebuah muzium.

Penjara Robben Island yang pernah memenjarakan bekas presiden negara tersebut, Nelson Mandela dizaman pemerintahan “Apartheid”. Mandela merengkok di Robben Island selama 18 tahun daripada 27 tahun tempoh dipenjarakan.

Nelson-Mandela-42yo_681489nmandela_last

Penjara Robben Island digunakan oleh pemerintah “Apartheid” di Afrika Selatan pada satu ketika dahulu untuk memenjarakan dan menindas penentang-penentang mereka.

Walaupun penjara Robben Island adalah simbol kepada kekejaman pemerintah “Apartheid” satu ketika dahulu, ianya tidak dirobohkan. Menurut Ahmed Kathrada yang pernah menjadi pengarah muzium penjara Robben Island, “Robben Island mewakili kesemua tahanan politik”.

“Mesej utama daripada Robben Island adalah kemenangan dan kejayaan”.

Selain daripada menjadi tempat tahanan reman bagi pelbagai kesalahan, penjara Pudu juga mempunyai sejarah menyimpan ramai tahanan politik.

Ramai aktivis yang ditahan kerana berdemonstrasi di Kuala Lumpur, pernah merasa direman di penjara tertua dan bersejarah itu.

Malahan ada diantara aktivis yang pernah “menginap” selama berberapa malam di penjara Pudu telahpun menjadi ahli perlimen dan Adun.

Satu demi satu warisan sejarah terhapus

Penjara Pudu kukuh binaannya oleh kerana sewaktu dibina, rasuah dan penyelewengan belum berleluasa di tanah ini. Walaupun sudah berusia 115 tahun, tidak pernah kedengaran penjara tersebut runtuh.

Tidak seperti binaan-binaan terkini. Kita tentu belum lupa bagaimana stadium yang baru sahaja siap pembinaannya runtuh di sebuah negeri di Pantai Timur. Kalau bukan rasuah dan penyelewengan, apa lagi namanya?

Alasan “pembangunan” seringkali digunakan untuk membunuh nilai warisan sejarah. Penjara Pudu telah terkorban. Telah kedengaran usaha untuk memindahkan bangunan parlimen ke Putrajaya. Oleh kerana ramai pihak yang bising, idea tersebut dihentikan seketika.  Percayalah, idea pemindahan bangunan parlimen akan ditimbulkan kembali apabila keadaan sudah reda.

Istana Negara akan dipindahkan tak lama lagi. Istana yang baru telahpun dibina. Dikatakan Istana Negara yang lama akan dijadikan muzium selepas berpindah ketempat baru.

Penjara Pudu satu ketika dahulu dijadikan muzium sebentar sebelum dirobohkan pada hari ini. Apa jaminannya Istana Negara tidak mengalami nasib yang sama?

Semasa pemerintahan Tun Abdullah Badawi, terdengar cerita Universiti Malaya, universiti yang pertama di Malaysia mahu dipindahkan. Oleh kerana terdapat kritikan dan amarah dari ramai pihak, projek jahat tersebut dihentikan.

Idea jahat ini pasti akan muncul kembali oleh kerana pada hari ini, komisen dan keuntungan lebih penting daripada nilai warisan sejarah.

Stesen Keretapi Lama, Masjid Negara, Muzium Negara, Bangunan Sultan Abdul Samad, Pasar Seni, Sekolah St.John, Sekolah Convent Bukit Nanas dan banyak lagi berada dalam keadaan bahaya.

Bahaya kerana bangunan-bangunan dan tempat-tempat ini berada dikawasan yang strategik dan telah lama diidamkan oleh kaum-kaum pemodal untuk di”bangunkan”.

Jika ada yang masih ingat, kawasan pusat membeli belah Pavilion di Bukit Bintang adalah tapak kepada sekolah Bukit Bintang Girls School (BBGS). Kini lihatlah, sekolah yang telah melahirkan ramai “orang-orang hebat” itu telah tiada lagi dan digantikan dengan pusat membeli-belah.

Jangan terkejut jika satu hari nanti, ada menteri akan berkata, “tidak ada apa yang boleh dibanggakan dengan Dataran Merdeka” dengan alasan untuk membangunkan jalan disekeliling Dataran Merdeka.

Maka pada satu hari nanti, Kuala Lumpur hanya akan mempunyai, jalanraya, pusat membeli-belah, bangunan tinggi dan kondominium. Tidak ada apa lagi yang boleh dibanggakan untuk ditunjukkan kepada generasi akan datang dan pelancong asing.

Semua nilai warisan sejarah akan terhapus oleh kerana kerakusan dan ketamakan yang sering menggunakan pembangunan sebagai alasan.

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

Advertisements

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

One thought on “Malam terakhir Pudu Jail….

  1. yes..aku btl2 sokong..tunggu lah suatu hari nanti…..semua yang bersejarah di kuala lumpur ini akan tinggal kenangan sahaja…percayalah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s