Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

AlFatihah…

Leave a comment

Enam sekeluarga terbunuh apabila kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah treler di KM78 Jalan Kuantan-Segamat dekat Pekan pada 8.45 malam tadi.

Mereka dikenali Norfaizah Mansor, 31, dan empat anaknya Norsyahira Atika Saudi, 13, Norsufia Saudi, 10, Norsuhaila Saudi, tujuh, dan Mohd Shahrul Amir Saudi, tiga, serta adik Norfaizah, Mohd Saiful Anwar Mansor, 14.

Timbalan Ketua Polis Daerah Pekan DSP Amran Sidek berkata ketika kejadian, kesemua mangsa yang menaiki kereta Proton Iswara yang dipandu Norfaizah, dalam perjalanan pulang ke Pekan dari rumah ibu bapanya di Keratong 2, Rompin.

AlFatihah..semuga mereka ditempatkan bersama2 orang2 yang beriman dan beramal soleh…amin…

Semoga keluarga mereka tabah menghadapi dugaan dari Nya…

HANCUR … Keadaan kereta yang terperosok di bawah treler selepas terlibat dalam kemalangan maut di KM78 Jalan Kuantan-Segamat dekat Pekan pada 8.45 malam tadi, ketika tinjauan fotoBernama dekat sini, awal pagi tadi. Kereta proton Iswara yang dipandu oleh Norfaizah Mansor, 31, bersama empat anaknya Norsyahira Atika Saudi, 13, Norsufia Saudi, 10, Norsuhaila Saudi, 7, dan Mohd Shahrul Amir Saudi, 3, serta adik Norfaizah, Mohd Saiful Anwar Mansor, 14, cuba memotong sebuah kenderaan di hadapannya namun gagal dan bertembung dengan sebuah treler menyebabkan kesemua mati di tempat kejadian. -Foto BERNAMA.


PEKAN: Enam sekeluarga terbunuh apabila kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah treler di KM78 Jalan Kuantan-Segamat dekat Pekan pada 8.45 malam tadi.

Mereka dikenali Norfaizah Mansor, 31, dan empat anaknya Norsyahira Atika Saudi, 13, Norsufia Saudi, 10, Norsuhaila Saudi, tujuh, dan Mohd Shahrul Amir Saudi, tiga, serta adik Norfaizah, Mohd Saiful Anwar Mansor, 14.

Timbalan Ketua Polis Daerah Pekan DSP Amran Sidek berkata ketika kejadian, kesemua mangsa yang menaiki kereta Proton Iswara yang dipandu Norfaizah, dalam perjalanan pulang ke Pekan dari rumah ibu bapanya di Keratong 2, Rompin.

“Sampai di tempat kejadian yang berhampiran dengan Kampung Runchang, kenderaan yang dinaiki mangsa dari arah Segamat cuba memotong sebuah kenderaan di hadapannya namun gagal dan bertembung dengan sebuah treler,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Amran berkata kereta yang dipandu Norfaizah itu terperosok ke bahagian bawah treler berkenaan.

Beliau berkata kesemua mereka meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di bahagian kepala dan dada manakala pemandu treler yang berusia 44 tahun serta isterinya berusia 43 tahun cedera ringan di kaki.

Ayah Norfaizah, Mansor Hamid, 55, berkata kebiasaannya, cucu beliau yang paling kecil, Mohd Shahrul Amir, jarang ikut ibunya balik ke Pekan.

“Tetapi hari ini semua nak ikut balik,” katanya yang mengetahui kemalangan itu pada 11 malam sebelum terus bergegas ke tempat kejadian.

Beliau berkata anaknya sekeluarga berangkat pulang ke Pekan sekitar 7 malam tadi kerana Norfaizah, yang merupakan Ketua Pusat Amanah Iktiar Malaysia (AIM) kawasan Tanah Putih, terpaksa pulang ke rumahnya bagi membuat persiapan menghadiri satu mesyuarat AIM hari ini.

Ibu Norfaizah, Arfah Sulung, 54, pula berkata, anaknya itu pulang kerana mahu menemui suaminya yang jarang ditemui kerana bekerja di Bukit Ibam, Muadzam Shah.

“Menantu saya juga berhasrat untuk membawa arwah sekeluarga pergi bercuti di Melaka sempena cuti sekolah ini,” katanya.-BERNAMA

Advertisements

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s