Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

Leave a comment

Assalammualaikum w.b.t,s

Alhamdullillah ,12 rakyat Malaysia yang ditangkap semasa tentera Israel menawan kapal Mavi yang membawa misi kemanusiaan ke gaza semuanya selamat dan telah dibebaskan semalam..

Jurukamera Astro Awani, Shamsul Kamal Latif (depan, tiga dari kiri) dan 11 lagi rakyat Malaysia tiba di Amman, Jordan Rabu selepas dibebaskan oleh Pasukan Pertahanan Israel. Ketibaan mereka diiringi oleh Duta Malaysia di Jordan Datuk Abd Malek Abd Aziz (depan, empat dari kiri) dan disambut oleh pegawai Kedutaan Malaysia di Jordan termasuk Setiausaha Pertama Wong Chia Chiann (depan kanan). Mereka berada di atas kapal Mavi Marmara, yang dalam misi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza ketika diserang Israel pada Isnin. – Foto BERNAMA

Pagi tadi sempat jugak saya tengok Buletin Tv3.

Aktivist2 yg ditangkap bukan sahaja terdiri dari orang2 muda tapi juga orang2 tua dan wanita2 dan juga kanak2.Ada yang mendukung bayi dalam lingkungan umur 6 bulan gitu…Semangat perjuangan yg ada pada mereka amat2lah saya kagumi…Walaupun misi ini boleh dikatakan tidak berjaya kerana tidak dapt menghantar bantuan ke Gaza tapi telah berjaya membuka mata dunia tentang kekejaman Israel .

Semoga apa yang terjadi tidak mematahkan semangat mereka utk terus berjuang membantu penduduk Gaza dan menentang Israel laknatullah

A detained activist places their hands on a bus window, as the vehicle leaves a prison in Beersheba

Dibawah ini adalah pengalaman yang diceritakan oleh wartawan penyiaran Astro Awani, Ashwad Ismail, 25 yang juga merupakan salah seorang daripada rakyat Malaysia yang turut berada di atas kapal itu semasa ia diserang.

Kami diserang bertubi-tubi oleh komando yang naik ke atas kapal. Saya dan Shamsul (jurukamera, Shamsul Kamal Abdul Latip) terselamat tetapi dua sukarelawan yang berada di tepi kami terkena tembakan di tangan dan bahu.”

Dalam satu lintas langsung dengan stesen itu pagi ini, beliau memberitahu, tentera Israel mengepung konvoi Flotila Pembebasan itu di setiap sudut dengan menggunakan 19 bot, lapan kapal laut dan tiga helikopter perang, Apache.

Katanya, kejadian itu bermula apabila tentera Israel mengepung kapal mereka ketika ia berada kira-kira 68 batu Nautika di luar perairan Israel pada pukul 4.30 pagi.

“Tentera Israel menggunakan peluru hidup ketika menyerang kapal itu dan berdepan dengan sukarelawan yang hanya menggunakan peralatan bukan senjata.

“Jadi saya tidak nampak apa senjata tajam yang digunakan. Melainkan mereka sudah mula melepaskan tembakan, itulah senjata yang terpaksa mereka gunakan iaitu besi-besi yang terdapat di atas kapal bukan senjata berbentuk pisau, parang, pedang samurai dan sebagainya tetapi menggunakan pisau sahaja,” ujarnya.

Beliau menambah, para sukarelawan hanya menggunakan air pili bomba bukan meriam air bagi mengelak komando-komando Israel menaiki kapal melalui bot-bot kecil yang telah pun mengepung Mavi Marmara.

Tambahnya, mereka diserang bertubi-tubi oleh komando yang naik ke atas kapal, bagaimanapun beliau dan Shamsul berjaya menyelamatkan diri.

“Hanya dua orang Turki di sebelah kiri dan kanan saya ditembak di bahagian tangan dan juga bahu.

“Kami kemudian lari ke kawasan lebih selamat… kami lihat ada sukarelawan yang berlumuran darah… ini pengalaman memeritkan yang berjaya membuka mata dunia apa yang berlaku. Tak sangka Israel bertindak demikian sedangkan koncoi ini membawa orang awam. Ini satu isytihar perang atas kemanusiaan,” tambah beliau.

Ditanya keadaan Shamsul, Ashwad berkata, beliau selamat tetapi kedua-dua mereka terpisah selepas mereka ditahan dan digari oleh tentera Israel dan hanya ditemukan selepas dibebaskan di sempadan Israel-Jordan.

“Shamsul diarahkan duduk di tepi dan saya diarahkan turun ke bawah dan kami terpisah sejak itu dan kami dipenjarakan di Beersheba. Kami dibawa ke Ashdod. Dari Ashdod kami dibawa ke penjara di Beersheba dan dari itu kami tidak bertemu,” tambahnya.

Dalam pada itu, Ashwad berkata, mereka kini berada dalam keadaan selamat tetapi keletihan.

Mereka dihantar dengan bas bersama sukarelawan dari beberapa negara lain ke sempadan Israel-Jordan dan kini dalam perjalanan ke Amman.

“Kami berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia, pihak kedutaan (di Jordan) dan masyarakat antarabangsa yang banyak berusaha untuk keluarkan kami,” katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mendoakan agar mereka selamat dan mengadakan sembahyang hajat.

Mavi Marmara, sebuah kapal Turki ialah salah satu kapal konvoi Flotila Pembebasan yang membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza.

Ketika ditanya pengalaman sepanjang insiden itu, Ashwad berkata, layanan yang diterima dalam tempoh 28 jam itu mengambarkan konflik enam dekad yang dialami oleh rakyat Palestin yang tertindas.

Beliau berkata, kesemua 12 rakyat Malaysia itu akan bertemu dengan Duta Malaysia di Jordan, Datuk Abdul Malek Abdul Aziz sebelum mengatur rancangan pulang ke tanah air.

Advertisements

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s