Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

Rileks sekejap….

Leave a comment

Petang2 ni kita rilekskan minda.Tarik nafas panjang2 …lepaskan …..huwaa…..amacam?rileks tak?Oklah taknak membuang masa lagi apa kata kita layan cerita2 lucu dibawah ni…kebanyakannya saya copy dari blog2 orang lain.Almaklumlah nak buat cerita lucu sendiri tak tau..nanti bukan ceritah lucu nanti jadi cerita lain plak…he,he,he…

oklah….joom layanzz….

Cerita 1

Sebelum lupa Selamat Hari Guru kepada semua guru2 di Malaysia ni..Jasa kalian takkan dapat kami lupa dan kami balas..

Terima Kasih cikgu….

Cerita 2

Seorang penjual roti di langgar sebuah bas. Akibatnya, dia tercampak dari motor rotinya dan masuk ke dalam longkang..

Sementara itu rotinya bertaburan di atas jalan.. Sambil menyapu darah yang mengalir dari kepalanya.. dia terus merintih kesakitan.

Tak lama kemudian datanglah pihak polis menghampirinya dan bertanya..

“Ada apa encik..? Ada apa ?”

Dengan suara yang perlahan dan dengan merintih kesakitan.. penjual roti itu berkata,

“Adaaaaaa rotii kejuuuuuuu … Adaaaaaa rotii coklaaaattt …”

Ha,ha,ha…mamak,mamak…teringat penjual roti ditempat saya…

Apa khabar mamak jual roti…Mereka2 ni menjual roti dengan penuh dedikasi….


Cerita 3

Nenek saya pernah bercerita. Dia adalah seorang penari ballet sejak berusia 7 tahun.

dan dia telah meraih banyak anugerah dalam pelbagai pertandingan tarian ballet.

Tarian ballet telah menjadi pekerjaan nenek. Nenek pandai lakukan…

berdiri … atas ibu jari…

berpusing atas angin…

[ballet+funny+pic+4.png]

dan… mengembangkan kaki atas angin.

Sekarang… nenek saya terlalu tua untuk menari ballet…
susah juga untuk menghentikannya!!..

Lihatlah gambar nenek saya yang terkini…

Cerita 4

Nak Kaya Tak?


Sewaktu si mamat dalam perjalanan manaiki kereta untuk pulang ke KL daripada JB melalui lebuhraya, beliau berhenti rehat di salah sebuah hentian. Sewaktu berehat maka datanglah kepadanya seorang tua yang berpakaian agak compang-camping lalu menegurnya,

“Anak nak ke mana?”.

Si mamat menjawab ringkas, “KL”

Orang tua itu bertanya lagi, “Boleh pakcik tumpang sampai ke Pagoh” dan dijawab oleh si mamat tadi “Ehm… bolehlah.” Lantas orang tua itu masuk dan duduk di dalam keretanya.

Dalam hati si mamat berkata, “Hai, siapalah orang tua nii, orang ke atau???” Beliau meneruskan perjalanannya.

Sebaik menghampiri Pagoh,orang tua tadi bertanya, “Anak nak kaya tak?” Si mamat tersentak dan berkata dalam hati, “Nak buat lawak lah orang tua ni. Nak bagi aku kaya
pulak. Orang tua ni nak bagi aku nombor agaknya. Atau nak menguji aku?”

Si mamat pun jawab, “Tak apalah pakcik, hidup sederhana pun cukup.
Kalau kaya nanti lupa diri pulak”

Orang tua tu tak bertanya lagi. Dalam hati si… mamat berkata mungkin jawapannya adalah yang terbaik takut-takut itu hanya ujian daripada orang tua tadi.

Kemudian orang tua tu tanya lagi, “Anak nak kaya tak?”

Si mamat jawab serupa yang tadi, “Tak apalah pakcik, saya lebih senang hidup sederhana”.Bila sampai di Pagoh, orang tua itu minta diturunkan lalu berkata, “Tu, pakcik ada tinggalkan satu botol kaya cap kipas udang untuk anak sebagai tanda terima kasih kerana tumpangkan pakcik.

Terima kasih, ya nak.” lalu orang tua tu turun dari kereta.

Si mamat tersipu-sipu malu lalu menjawab…. .

“Terima kasihlah pakcik” lalu meneruskan perjalanan.. …

Kuang..kuang…kuang….

Advertisements

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s