Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

Selamat Hari Ibu….

Leave a comment

Salam,
Selamat Hari Ibu….hari ini 9hb Mei 2010 kita akan menyambut hari Ibu..
SELAMAT HARI IBU buat semua ibu,mama,mummy,ummi,ama,samada di Malaysia maupun diluar negara
Kpd yg masih mempunyai ibu bersyukurlah kerana anda masih lagi boleh memanggil dan merasai kasih sayang mereka..Dan pada yg telah kehilangan kasih sayang mereka ,doa dan ingatan buat mereka yg akan membuat mereka dekat dgn kita.AlFatihah utk mereka yg telah pergi  dan semoga mereka ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh…
YA ALLAH, DI PAGI YANG INDAH INI  KAMI SERAHKAN DIRI DAN SEGALA URUSAN KAMI KEPADA-MU KAMI HADAPKAN WAJAH KAMI KEPADA-MU  SERAYA MENGHATURKAN SEGALA PUJI DAN SYUKUR KE HADIRAT-MU  ATAS SEGALA NIKMAT YANG TELAH ENGKAU LIMPAHKAN KEPADA KAMI   JANGAN JADIKAN KAMI  UMAT YANG LUPA AKAN SELURUH NIKMAT-MU
YA ALLAH   PADA PERINGATAN HARI IBU SA’AT INI  KAMI TENGADAHKAN TANGAN KAMI  MEMOHON KEPADAMU   AMPUNILAH DOSA-DOSA IBU KAMI   DOSA-DOSA KAMI  YANG MUNGKIN TELAH SERING MEMBUAT HATI MEREKA SEDIH DAN KESAL
YA GHAFFAR, YA RAHIM  ENGKAU TELAH MELETAKKAN KAMI DI DALAM RAHIM IBU    TERCINTA INI    ENGKAU AMANAHI IBU KAMI  AGAR SENANTIASA MEMBERI LINDUNGAN KASIH-SAYANG PADA KAMI   ENGKAU PERCAYAKAN JIWA KAMI  PADA BIMBINGAN RUHANI IBU    ENGKAU HANGATKAN TUBUH KAMI   DENGAN DEKAPAN CINTA IBU    ENGKAU BESARKAN BADAN KAMI  DENGAN ALIRAN AIR SUSU IBU
YA ALLAH  YA JABBAR  YA GHAFFAR  ANUGERAHKAN KEPADA IBU KAMI  KE’ARIFAN UNTUK MENDIDIK KAMI DALAM KESALEHAN   BISIKKAN KEPADA IBU KAMI  HIDAYAH DAN TAUFIK-MU  AGAR IBU KAMI SENANTIASA MENJADI SURI TELADAN BAGI KAMI   LIMPAHKAN KEPADA IBU KAMI  PERLINDUNGAN-MU  SUPAYA IBU KAMI DAPAT MELINDUNGI KAMI DENGAN KEADILAN-MU   JAUHKAN IBU KAMI DARI KEMUNAFIKAN,, KUFUR NIKMAT DAN KEZALIMAN  SEHINGGA MEREKA DAPAT MENGABDI KEPADAMU DENGAN IKHLASH, TENANG DAN TENTRAM
YA RABB  BERILAH KAMI PELUANG UNTUK MENDEKAP TUBUH MEREKA  DENGAN SENTUHAN KASIH SAYANG   BERILAH KAMI KESEMPATAN UNTUK SELALU DEKAT DENGANMU  DAN MENYAMPAIKAN DOA KAMI KEPADAMU  UNTUK KESELAMATAN  KESEJAHTERAAN  DAN KEBAHAGIAAN IBU KAMI   BANGUNKAN KAMI DI TENGAH MALAM  UNTUK MEMANGGIL LIRIH NAMA-MU  MENGADUKAN DERITA DAN PETAKA YANG MENIMPA IBU KAMI   IZINKAN KAMI MEMBASAHI TEMPAT SUJUD KAMI  DENGAN AIR MATA TAUBAT DAN PENYESALAN AKAN KHILAF DAN ALFA KAMI
YA RAHMAN YA RAHIM  INDAHKAN KEHIDUPAN IBU DENGAN KESALEHAN KAMI  PELIHARALAH ANAK-ANAK KAMI YANG KECIL  SEHINGGA BISA MENJADI PELITA KEBAHAGIAAN MEREKA   KUATKANLAH IBU KAMI YANG LEMAH  SUCIKAN KALBU MEREKA  BERSIHKAN DAN JAGA KEHORMATAN MEREKA  SEHATKAN BADAN DAN INDAHKAN AKHLAK MEREKA  GABUNGKANLAH MEREKA  BERSAMA ORANG-ORANG YANG BERTAKWA KEPADA-MU   YANG MENCINTAI NABI-MU  KELUARGANYA YANG SUCI   DAN SAHABATNYA YANG MULIA
YA ALLAH  TERIMALAH DO’A DAN PERMOHONAN KAMI
CERITA TIGA BERADIK: TIADA LAGI HARI IBU
akh husain
editor: azzahra_solehah
“assalamualaikum.. along, angah, adik, bangun.. subuh dah ni..” Mak memberi salam dan mengetuk pintu untuk mengejutkan Si Tiga Beradik seperti biasa.
“eh? tak berkunci pintu ni..” getus hati Mak kehairanan lalu menguak pintu bilik kayu itu.
“ASSALAMUALAIKUM MAK! SELAMAT PAGI! SELAMAT HARI IBU!” teriak Si Tiga Beradik serentak, memecah sunyi pagi subuh itu. Mak yang masih di muka pintu tersenyum lalu mendekati Si Tiga Beradik dan memeluk mereka.
“terima kasih.. sayang anak-anak mak..” Mak meluahkan rasa hatinya kepada Si Tiga Beradik, namun hanya Allah sahaja yang mengetahui perasaan dan kasih sayang seorang ibu kepada anak-anaknya.
Melihatkan anak-anaknya dah bangun, mak pun kemudiannya berlalu pergi untuk menunaikan solat subuh. Si Tiga Beradik memandang sesama sendiri sambil mengenyitkan mata.
“MISI SUPRISE BERJAYA!” serentak lagi teriakan mereka sambil menunjukkan ibu jari masing-masing.
***
Selesai solat subuh secara berjemaah, Si Tiga Beradik masuk ke bilik. Abah juga terus bangun meninggalkan sejadah. Mungkin ada kerja yang ingin dilakukan. Namun, Mak seperti biasa tidak berganjak dari kain sejadahnya dan masih dalam telekung putih yang dihadiahkan oleh Si Tiga Beradik setahun yang lepas.
Tidak lama kemudian kedengaranlah alunan ayat-ayat suci al-Quran oleh suara merdu Mak. Dibaca ayat demi ayat dengan penuh khusyu’, tadabbur, dan bertajwid. Dan seperti kebiasaannya, alunan merdu yang menghiasi seisi rumah itu ditamatkan tatkala jam menunjukkan pukul 7 pagi.
“sodaqallahul azim..” Mak menamatkan bacaannya dengan iringan ‘alarm clock’ yang berbunyi sebanyak tujuh kali. Selepas melipat kain telekungnya, Mak bergegas ke dapur untuk menyiapkan sarapan. Suasana pagi masih belum terang. Matahari masih belum naik. Mak memetik suis menghidupkan lampu dapur yang dalam kesamaran.
“SARAPAN DAH SIAP!” tiba-tiba Si Tiga Beradik muncul. Dapur menjadi terang benderang. Si Tiga Beradik tercongok di tepi meja makan sambil menunjukkan ke arah meja. Mak yang tadinya terkejut dengan teriakan Si Tiga Beradik mengalihkan pandangannya ke meja. Beberapa pinggan kuih muih sudah terhidang di atas meja. Satu jag air teh pun telah siap dibancuh.
“jom makan, sayang..” Abah pula tiba-tiba muncul di belakang Mak dan memegang bahu Mak lembut. Abah memimpin tangan Mak ke meja bagaikan raja yang mengiringi permaisurinya ke meja santapan. Romantik sungguh. Mak tersenyum lagi. Hampir-hampir matanya berkaca-kaca. Namun keterharuan itu diluahkan dengan lisan penghargaan.
“terima kasih, bang..” sambil Mak mendakap Abah. “terima kasih along, angah, adik..” Mak mengusap kepala Si Tiga Beradik pula.
*******
Si Along memberhentikan lamunannya. Kalau boleh plot di atas yang dirancangnya tadi dapat dijayakan bersama-sama Si Angah dan Si Adik pada Hari Ibu esok. Tapi….
***
Si Angah meletakkan pen dan merenung kertas di hadapannya. Kalau boleh cerita di atas yang ditulisnya dapat menjadi kenyataan pada Hari Ibu esok bersama-sama dengan Si Along dan Si Adik. Tapi….
***
Si Adik terjaga daripada tidurnya. Kalau boleh mimpinya di atas tadi dapat menjadi realiti pada Hari Ibu esok bersama-sama Si Along dan Si Angah. tapi….
***
Tapi…. Si Tiga beradik sedar. Apa yang dilamunkan bukanlah untuk Hari Ibu esok. Tapi Hari Ibu yang lepas-lepas. Apa yang ditulis bukanlah cerita untuk Hari Ibu esok. Tapi Hari Ibu yang lepas-lepas. Apa yang dimimpikan pun bukanlah realiti untuk Hari Ibu esok. Tapi Hari Ibu yang lepas-lepas.
Kini.. Si Tiga Beradik sedar. Tiada lagi layanan dan hadiah Hari Ibu yang dapat mereka berikan. Hanya satu sahaja tanda kasih sayang dan terima kasih mereka kepada Mak yang dapat mereka buktikan. Hanyalah dengan menjadi anak-anak yang soleh yang tidak kan pernah lupa untuk terus mendoakan ibu mereka di sana.
Si Tiga Beradik berpandangan sesama sendiri, dengan mata yang berkaca, dan dengan suara yang tersekat-sekat menahan kesedihan mereka berdoa…. Ya Allah, rahmatilah ibu kami!
doa ibu
Advertisements

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s