Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

Leave a comment

Salam,

Dgn resminya diumumkan disini Syasya dah tak bersekolah agama….hu,hu,hu…sedih..sedih…alahai Syasya…

Pagi ni

Oh ya,baru saya tau pasal kejadian didepan HSBC Jalan Ipoh semalam…kes samun rupanyer..

TERBUJUR KAKU...anggota polis Unit Forensik memeriksa mayat Chui di tempat kejadian, semalam.

Berdasarkan MyKad ditemui, mangsa dikenal pasti sebagai Chui Fook Lim, 32, berasal dari Alor Setar, Kedah. Setakat ini polis mengenal pasti identiti lain mangsa serta motif dia berada di tempat kejadian ketika awal pagi itu,” katanya.

Difahamkan, lelaki berusia awal 30-an berkenaan sebelum itu diserang dua perompak dipercayai anggota geng curi kenderaan mewah yang menikam mangsa sebelum melarikan kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton.
Dalam kejadian itu, mangsa ditikam penjenayah di paha kanannya selain turut dipukul menyebabkan kecederaan serius pada tulang rusuk yang dipercayai menjadi punca kematiannya di tempat kejadian.
Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata, hasil siasatan, mangsa sebelum itu berada dalam kenderaan pacuan empat roda miliknya di hadapan sebuah bank di Jalan Ipoh di sini.
Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa dipercayai dihampiri dua lelaki yang cuba untuk merampas kenderaan mangsa sebelum berlaku pergelutan.
“Bagaimanapun, suspek yang bersenjatakan pisau menikam kaki mangsa sebelum mencampakkan mangsa keluar dari kenderaan.

“Kejadian itu menyebabkan tulang rusuk mangsa patah, sekali gus mengakibatkan mangsa mati di tempat kejadian. Malah, kesan tikaman terbabit turut mengakibatkan pendarahan serius pada kaki mangsa,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Yg best nye,dkt situ ada sebuah kedai minuman yg masih beroperasi dgn pelanggannya rileks aje minum sambil menikmati pemandangan diatas..macam tak ada ape2 berlaku…cayalah…

Ni pulak dlm hmetro.kes penderaan kanak2..ada ke patut dicelupnye tangan kanak2 tu dalam sup panas..sampai tertanggal kuku budak tu..tak lak otak punya olang..

SAKIT...Chen Hui menunjukkan jari anaknya, Wee Leong yang melecur teruk.

Hati mana yang tidak sebak tatkala melihat kedua-dua tangan seorang kanak-kanak comel berusia dua tahun melecur teruk hingga tertanggal kulit dan kuku selepas didera pengasuhnya yang dipercayai mencelupkan tangan mangsa dalam sup panas.

Bagaimanapun, rahsia penderaan itu hanya terbongkar dua hari selepas kejadian sebelum kanak-kanak terbabit dimasukkan ke wad kecemasan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras di sini, akibat parah.

Lebih serius apabila doktor tidak menolak kemungkinan mangsa, Chua Wee Leong, 2, bakal cacat kekal pada jari tangan manakala luka luarannya pula mengambil masa lebih tiga bulan untuk pulih.

Bapa mangsa yang juga seorang pemandu teksi, Chua Chen Hui, 45, berkata kejadian menyayat hati itu hanya diketahui selepas pengasuh terbabit menghubunginya dan isteri pada 18 April lalu.

Saya pun tak fahamlah dgn sesetengah orang ni(..mestilah orang takkan monyet kot…)Mcmana diaorang boleh tinggalkan anak diaorang utk di jaga oleh pengasuh upahan ni..Macam ibu angkatlah konon…sekali sekala misalnya seminggu sekali baru pi tgk .Dia orang tak ada rasa kesian ke tgk anak2 ditinggalkan dgn orang lain…lainlah kalau dgn keluarga sendiri…kalau saya kan,saya tak sanggup..susah macamana pun saya akan tetap jaga anak2 saya…lebih2 dlm peringkat umur bawah 12 thn….atas 12 thn pun saya takan serahkan pada mana2 pengasuh…biar saya yg jaga mereka…tgk anak membesar depan mata kata orang..

Hai,tak taulah.diaorang ni.pada sayalah kalu alasannak kerja cari duit sampai anak pun diserahkan pada orang lain,itu merupakan satu alasan yang yg tak boleh diterima oleh akal…Orang lain kerja jugak dan boleh jaga anak sendiri…camno ni….Ni macam kes ada anak serupa macam tak ada anak…

tak faham,tak faham…

Advertisements

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s