Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

Sabtu…yeah!!

Leave a comment



Macam mata antu lah plak..terkebil2…

Salam…

Hari Sabtu hari ni…Cadang nak pergi mana hari ini atau hanya duduk rileks aje dirumah?Jimat duit dan jimat tenaga..betul tak?

Duduk rumah bukan bermakna kita duduk goyang kaki ..kerja ghumah kena buat jugak…Oklah sambil duduk goyang kaki,goyang kepala atau goyang ape2lah,jom kita layanz citer lucu dibawah ni…rilekskan kepala selepas seminggu bekerja…

Termalas didunia

Pada masa dahulu, ada sebuah negeri dimana semua rakyatnya amat RAJIN belaka tidak ada yang malas.
Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku

Katanya : “saya adalah yang paling malas”

Raja pun bertanya : “apa tahap malas awak?”

Lalu jawab lelaki tersebut :”kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya”.

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : “Saya lebih malas lagi dari dia tuanku”.

Tuanku pun bertanya kepadanya : “sampai mana pulak tahap malas awak?”

maka jawabnya : “Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan”.

Maka raja pun terdiam…..
Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata:

“saya adalah yang paling malas tuanku”.

Raja pun bertanya: “bagaimana pula tahap kemalasan awak?”

budak itu pun menjawab : “Nak cite pun malas”.

Solat 3 Remaja

Di sebuah kampung ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali, sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menyebabkan tok imam x senang duduk. Pd satu hari tok imam tu dtg dgn niat nak tarbiyah depa ni.

Maka berlakulah bbrp insiden cabar-mencabar.

Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekoq tu ke surau waktu Maghrib nnt.

Si Alipun berkata, “Tok imam ingat kami ni jahil sangat ka~? Takpa2, nnt ptg sat g kami buktikan yg kami bkn la jahil sgt spt yg disangkakan” .

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekoq tu ke surau.

Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, “Allah Ta’ala… Allah Ta’ala…” Dgn segera tok imam merampas mikrofon drp Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali x khusyuk, angkat 2x pun x khusyuk jgk lg..

Masuk ja kali ketiga, Budin panggil tok imam. “Tok, tok duduk kat belakang nuu, biaq saya jadi imam.”

Tok imam pun unduq la ke belakang.

Budin pun angkat le takbiratul ihram. “Allahu akbar!” Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat.

Tiba2 je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, “Aa, tengok! Sekali jaa tokkkk!!”

Lalu batal lah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawa terbahak2.

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang.

Siap dgn wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii…

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji laa si Ciko ni… Tapi dgn bongkaknya si Ciko berkata,

“He he he, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tak, lagi dassat aku semayang.

He he he he…”

Tok imam pun terkedu & terpana..

Cerita ngeri

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya
utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane
kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya,pemilik kancil tu
sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.tidak
ada sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta evo
7 berhenti di sebelah kancil tadi.

“Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?”tanya pemuda
berusia dalam lingkungan 20an.”a’ha rosak “jawap pakcik tu simple
aje….

“Ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta
saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol”mamat nie bagi idea.

“worrait gak tu…”, tapi….nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju
pakcik akan hon dan bagi high beam”

“Ok pakcik”..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta
kancil didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye.
dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima
kilometer mamat nie laju le sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi
high beam la kat mamat tu.Mamat tu pun slowkan balik..

Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan
press minyak kat mamat evo7.apa lagi,jiwa muda patang dicabar,
dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie…lupa la pulak dia
dengan kancil org tua yg diikat kat belakang kereta dia.

Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam
bagai nak rak.Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal.
Kebetulan plak polis ada buat speed trap kat
bawah jambatan.

Vrooommm……bedesup peginye… ini dah lebih speed limit nie…kate polis nie..cecah
250kmj memasing nie… Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman
kereta-kereta yg laju nie…

“Over..over,ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah
ferrari,sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak
percaye punye………sebuah kancil putih tengah cucuk angin evo7 tu
dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!’

Advertisements

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s