Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

Oh…Sekolah Agama …

Leave a comment

SAlam,

Hari ini merupakan hari kelima Syasya tak ke sekolah ugama…Dah seminggu ni…kenapa agaknya?Tiap2 pagi saya akan cuba mendapatkan kepastian dari Syasya..Mungkin dia kena buli ke?tapi jawapan yg diberikan adakalanya mencuit hati saya…contoh jawapan seperti Ustaz/Ustazah garanglah,selalu kena marah,badan gatal2lah,sakit perutlah(aik..takkan ikut alasan mama kalau tak nak pergi kerja..)ni sah2 mama borek anak rintik…dan mcm2 alasanlah…

Sayang juga kalau Syasya ingin menamatkan alam persekolahan agamanya.Terus terang saya tak pandai bahasa Arab..maksud saya bahasa Arab utk percakapan hari2…kalau Syasya bersekolah Agama boleh jugak dia ajar saya…malu tak adalah tapi segan juga bila Syasya ajar tapi tak kisahlah…Tu sebabnya bila Syasya ajar saya dia akan kata tulah mama dulu tak nak sekolah ugama…Bukan tak nak Syasya oi..tapi zaman mama dulu mana ada sekolah agama ni..kalau  belajar pun  tulah matapelajaran Agama Islam…pandai sendirilah kalau nak belajar Arab ni..Bila Syasya taknak sekolah agama lagi, sedih juga saya dan asben saya.Peluang dah ada..lepas tu teringat pulak duit yuran yang dah dibayar…

Nak buek camno yo?Macam2 pujukrayu saya dan suami menyuruh Syasya sekolah…tapi hampa..Ibarat air di daun keladi.walaupun tergenang tetapi tak meninggalkan bekas..macam lagu kumpulan D’LLoyd pulak..

Tiap2 pagi ada aje alasan yg diberikan…AKhirnya kami terpaksa akur Sekolah Agama akan menjadi kenangan sahaja..Tapi masih terlalu awal..saya akan tunggu minggu depan dan tengok apa pula jawapan yg akan diberi.

Sabar,…sabar…..

Advertisements

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s