Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

Betul atau scam???

1 Comment

salam,
Sebelum lunch tadi ,saya menerima satu panggilan telefon dari no.yg tak ada dalam simpanan h/p saya.Eh..sape pulak call ni?Kemudian kedengaran suara seorang gadis..hello,ni..puan. dot..dot ke? (nama saya bukan dot..dot ya) Haah..knape?Mcm ni puan,saya dari Eon CArd Centre(ayat biasa yg sering diucapkan diawal perbualan),akak terpilih menerima kad VIP dari Mbf …
bla bla.
.Hah..kad VIP  musti la excited semacam….Wow  kad Vip,dpt 5 voucher –  50% diskaunlah kalau menginap dkt hotel 2 ke 5 star,50%diskaun kalau naik kapalterbanglah (dia sebutlah kalau pergi umrah),servis kereta freelah bla,bla,bli,bli…macam2…wah ni dah cukup bagus ni…macam2 diskaun dioffernya… kekadang susah bebenor nak tepis.. kalo dah kata tak mau, dia paksa2 jugak…
Lepas tu sikit2 dia minta kita punya  maklumat.,bila kad kita tamat,kita kerja apa,pakai kereta apa dan macam2 lagilah…..masa ni saya masih lagi teruja sebab dpt VIP card katakan…. yang pelik tu, dia kata semua maklumat kita dia tau dan ada dalam database diorang.. tapi bg alasan nak konfemkan data kita, dia minta kita sebut detail kita balik.
Kita ni kan lurus bendul maka dgn rela hati bagilah kat minah ni detail2.kad kita….tup..tup.. tiba2 orang lain ambilalih,hello! saya Aziz,aik…mana pi minah tadi(nama Ikin-mcm isteri Mawi pulak,tak taulah nama betul ke nama tipu)
Maka Aziz ni ulangtayang lah pasal kelebihan kad VIP ni..last2 dia sebut kena bayar $598/-..hello..tadi minah tu tak ada plak sebut kena bayar $598/-..Saya dah naik hangin satu badan dah..yalah ingatkan bagi free sebab kita pembayar tegar kad EON ni..tak pernah miss pun..last2 kena bayar plak…ape kes…Si Aziz ni pun cakaplah $598/-utk sekali bayar aje tapi saya dpat 5 voucher yg berharga $3 ribu lebih..ye lah tu…saya pun cancel lah tak jadi nak ambil kad ni….(marah sgtlah ni…hai..tak dapeklah voucher hotel tu hu,hu,hu,….).Cepat2 saya tipon EON card Center suruh block kad saya..takut scam…niaya saya…
Kalau asben saya tau,siaplah saya kena leter…nilah harga yg perlu diambil bila kita ni terlalu mempercayai orang.
(tak nak buruk sangkalah katakan)
SYarikat ni dkt Sunway sana…
Sekiranya anda menerima panggilan telepon daripada individu yang
mengaku sebagai wakil syarikat kad kredit Visa dan Mastercard. Awas,
ini adalah satu usaha mendapatkan maklumat kad kredit anda.
Jangan dedahkan apa-apa maklumat.
Syarikat kredit kad Mastercard dan Visa dan pihak Bank sendiri tidak
akan membuat panggilan telepon dan email untuk mendapatkan maklumat.
Sekira ini berlaku, ini bermaksud nombor kad kredit anda mungkin telah
diketahui. Langkah membuat panggilan telepon oleh pihak tidak
bertanggung jawab ini adalah untuk lebih mendapatkan maklumat lanjut
bagi tujuan memudahkan mereka membuat urusan pembelian terutamanya
melalui Internet.
Untuk makluman, dengan hanya nombor kad kredit masih belum cukup
membolehkan mana-mana pihak menggunakan kad kredit anda. Akan tetapi
dengan mendedahkan tarikh luput (Valid Thru) atau (Expired Date) sudah
cukup untuk membolehkan pihak tidak bertanggung jawab mempergunakan ia
untuk membuat pembelian di Internet.
Jangan sesekali dedahkan Nama tertera di atas Kad, bank pengeluar,
Tarikh luput kad dan nombor yang ditulis dibelakang. Jangan sesekali
benarkan mana-mana pihak dapatkan semua maklumat ini sama ada melalui
telepon ataupun email.
Yang paling penting jangan dedahkan Nombor dibelakang kad kredit anda.
Nombor tersebut yang dipanggil Card Verification Value or Code (CVV or
CVC). Nombor ini bagi tujuan pengesahan tanpa kehadiran pemilik kad.
Jangan sesekali dedahkan.
Sekira anda menerima panggilan sebegini, langkah yang boleh dilakukan.
(1) Cuba dapatkan maklumat pemanggil. nombor telepon, nama individu
dan nombor daftar syarikat.
(2) Jangan dedahkan maklumat anda. And boleh palsukan bagi tujuan
merosakkan data mereka. Contoh berikan nama bank berlainan, tarikh
luput yang berlainan, no CVV yang berlainan.
(3) Segera laporkan kepada bank. Sila dapatkan maklumat tentang akaun
anda dengan segera untuk sebarang masalah.
(4) Sampaikan email ini kepada orang ramai bagi mendedahkan wujudnya
usaha penipuan ini.
Advertisements

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

One thought on “Betul atau scam???

  1. aku pon terkene dah…siap bg segalenye..tgk kt bank lesap rm299!!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s