Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

Leave a comment

Salam….

GAMBAR menunjukkan Davey bersama keluarganya di Isle of Anglesey, Britain.

Isle of Anglesey

Cardiff, the Capital of Wales

Beach Court, Lon St Ffraid, Trearddur Bay, Holyhead, Isle of Anglesey,

Isle of Anglesey, north Wales

Di CARDIFF ,tau tak dkt mana,(hah…dkt Britain nun),seorang bapa kepada tujuh orang anak, Peter Davey enggan bekerja kerana dia menerima pendapatan lumayan menerusi hasil elaun sara hidup golongan penganggur kerajaan Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Walaupun dia dan isterinya, Claire, 29 menganggur, elaun sara hidup lebih £42,000 (RM207,765) setahun yang diterima mereka mencukupi untuk keluarga itu tinggal di rumah berkembar dan memiliki sebuah kereta Mercedes Benz selain sebuah kenderaan pelbagai guna.

“Mengapakah saya perlu bekerja kerana jika saya bekerja, saya belum tentu memperoleh pendapatan sebanyak ini, lebih baik kami menganggur,” kata Peter, 35.

Di rumah berkembar mereka di Isle of Anglesey itu, keluarga tersebut memiliki televisyen skrin rata besar, sebuah permainan video Wii, tiga permainan video Nintendo dan sebuah komputer di samping empat telefon bimbit.

Namun, dia dan isterinya yang kini mengandung anak kelapan, masih tidak berpuas hati dengan elaun kebajikan tersebut dan mahukan kerajaan menaikkannya ekoran kos sara hidup yang semakin meningkat.(ikhsan akbar Kosmo)

Best nye mcm ni,tak payah belajar tinggi2(pening3 kepala buat assignment lah,buat tesis dan apa2 bagai).Jadi penganggur lagi best mcm mamat di atas ni…

Duk rumah dpt elaun sara hidup..bukannye sikit jumlahnye…boleh beli mercedes lagi tu….boleh tengok anak2(tak payah hantar rumah orang),ada TV LCD lagi you….sape tak nak jadi penganggur..ni baru di panggil penganggur terhormat..ada klas gitu…

Di Malaysia ada tak elaun macam ni?Surirumah2 dikira menganggur juga ke?

Advertisements

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s