Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

Gelaklah…..

Leave a comment

Petang2 ni dgn cuaca mendung diluar menambahkan lagi kemengantukan mata ni,apa kata kita gelak ketawa sikit dgn cerita2 dibawah ni..Kalau tak gelak pun senyum pun jadilah…jom…
Mamat
Atas saranan doktor,Mamat dihantar untuk berubat di USA kerana penyakitnya yang agak kritikal. Sesampainya di Hospital New York,Mamat dibawa ke bilik bedah dan dipasangkan tiub getah kiri dan kanan.
beberapa jam kemudian,seorang pesakit dari UK yang kelihatannya lebih parah dibawa masuk dan diletak bersebelahan katil si Mamat.Si Mat Saleh ini walaupun kelihatannya lemah,dia masih mencuba untuk berkomunikasi dengan Mamat.dia mengangkat tangannya dengan susah payah dan berkata:”United Kingdom…”
Mamat yang juga sedang lemah, menjawab:”Malaysian…”
setelah itu dua-duanya pengsan karena keletihan.beberapa jam kemudian mereka kembali sedar dan cuba berkomunikasi lagi.
Si Mat Saleh berkata dengan lemah:”James…”.dijawab dengan susah payah oleh Mamat:”Mamat…”.
habis itu mereka pengsan lagi.beberapa jam kemudian setelah sedar,mereka berdua masih mencuba melanjutkan percakapannya.”Birmingham…” kata si Mat Saleh.
dijawab Mamat:”Kuala Kangsar…”.pengsan lagi.
tak lama kemudian mereka sedar dan masih mencuba untuk berbual.Si Mat Saleh yang sudah hampir kehabisan nafas berkata:”Cancer…”
dan dengan sisa-sisa nafas yang ada Mamat menyahut: “Capricorn!”
Haji Ahmad
Ada seorang suami yang hidupnya tertekan kerana isterinya kuat berleter. Setiap hari isterinya akan berleter tak kira masa. Balik kerja lambat setengah jam, berleter. Bangun tidur lewat, berleter. Rumah berselerak sikit, berleter. Oleh kerana sudah tidak tahan dengan leteran isterinya itu, si suami berjumpa dengan Hj. Ahmad, imam di kampungnya selepas solat jumaat. Hj. Ahmad ni memang terkenal dengan warak dan kepandaiannya mengubat pelbagai penyakit.
Bila diceritakan oleh si suami tentang perangai isterinya, Hj. Ahmad ni tersenyum dan bagitau pada si suami. “Betoi ka hang ni dah tak larat dengaq bini hang berletiaq?”.
“Betoi haji. Saya minta tolong sangat pada pak haji ni”.
“Kalau macam tu, hang bagi ubat ni kat minuman bini hang, biaq dia tidoq lena. Lepas tu hang pi buang dia kat dalam satu lubang yang dalam”.
“Itu saja ke haji?”
“Itu saja. Hang pi buatlah apa yang aku suruh. Tapi hang jangan menyesal di kemudian hari.”
“Terima kasihlah haji, tengoklah nanti macam mana”.
Si suami ni rasa tak tergamak nak buat apa yang Hj. Ahmad tu suruh. Tapi bila tiba di rumah saja, si isteri terus berleter. “Orang lain pun sembahyang Jumaat juga, tapi tak ada lah balik sampai lewat sangat. Awak ni merayau ke mana?. Lain kerja tak ada, asyik merayau, merayau, merayau. Cubalah ingat sikit orang kat rumah ni.”
Oleh kerana tak tertahan dengan leteran si isterinya ni, si suami ni pun nekad nak buat apa yang Hj. Ahmad ajar pada dia tadi. Waktu maghrib tu, lepas saja selesai sembahyang, si suami ni bancuhlah ubat yg diberi oleh Hj. Ahmad tu tadi. Dia pun beri kat isterinya.
Si isterinya pun sambil mengambil air itu sempat lagi berleter, “Ni buat-buat baik ni ada lah sebabnya tu. Mesti ada hati nak tambah bini lagi. Tu yang konon-konon buat baik ni”.
Selesai saja minum air tu, si isteri terus tertidur tak sedarkan diri. Si suami pun angkat si isteri ni tadi dan bawak ke belakang rumah. Di sana ada sebuah perigi buta yang dah 20 tahun tidak digunakan. Sampai kat perigi buta tu, si suami ni pun terus campak isterinya ke dalam.
Si suami pun pulang ke rumah. Keesokkan harinya, si suami ni rasa aman. Tak ada orang berleter dia bangun lewat. Balik kerja pun tak ada orang berleter. Dia rasa selesa duduk di rumah. Masuk hari kedua, si suami ni rasa lain macam. Rasa rindu pulak pada leteran isterinya. Dia dah mula rasa gelisah. Sepanjang hari tu asyik teringat aje pada isterinya. Masuk hari ketiga, si suami tahu dia tak boleh hidup tanpa isteri dia.
Selepas saja solat maghrib kat masjid, dia pun berjumpa dengan Hj. Ahmad. “Haji, saya rasa menyesallah haji sebab buang isteri saya dulu. Boleh tak saya dapatkan balik isteri saya tu?”.
“Itulah hang. Aku dah bagitau kat hang. Kalau hang nak buat, jangan menyesal. Laa ni aku pun tak tau apa nasib bini hang. Aku nak tolong pun aku tak jamin bini hang selamat atau tidak. Tapi hang boleh pi cuba. Malam ni juga, hang kena pi tempat hang buang bini hang tu, hang bawak sekali tali panjang. Hang campak tali tu masuk ke dalam lubang tempat hang buang bini hang, lepas tu hang selawat 3 kali. Lepas selawat 3 kali, hang tarik tali tu ke atas. Hang cuba 3 kali. Kalau lepas 3 kali pun bini hang tak keluaq, maknanya bini hang dah mampuih la.”
Si suami pun tanpa berlengah terus balik ke rumah, ambil tali panjang dan terus pergi ke perigi buta tempat dia mencampakkan isterinya 3 hari yang lepas. Sampai saja di perigi buta tu, si suami tu terus mencampakkan tali ke dalam perigi buta tu…. Selepas saja selawat 3 kali, si suami tu tariklah bini dia naik ke atas.. Selepas habis tali tu di tarik ke atas, tiada isterinya keluar. Si suami cuba buat kali yang kedua. Kali ni dia selawat 7 kali pulak. Tapi usahanya masih hampa.
Si suami ni pun mulai risau. “Dah mati ke bini aku ni?”
Si suami cuba buat kali yang ketiga. Kali ni dia selawat 11 kali. Bila ditarik tali tu ke atas, dia terasa berat. Hati si suami begitu gembira. Selepas habis tali tu ditarik ke atas, yang keluar dari perigi tu bukan isterinya tapi satu jembalang yang berbulu amat lebat.
“Siapa kau ni? Mana bini aku? Celaka lah kau kalau kau makan bini aku!”
Jawab si jembalang tu, “Aku ni penunggu perigi buta ni. Dah bertahun aku duduk kat sini. Tapi sejak bini kau datang, aku jadi tak senang duduk. Hari-hari, pagi, petang, siang, malam asyik berleter, berleter, berleter. Aku sampai naik berbulu satu badan. Aku dah tak tahan. Aku ingat nak pindah pergi ambil angin diluar.. tp memandangkan kau dah ada kt sini, kau ambillah dia kat bawah tu cepat2 sket. Aku pun dah tak tahan lagi dah”.
Mc’Donalds
Suatu hari Pak Pandir yang baru lepas dapat duit raya ingin makan di Mc’Donalds. Bila dia sampai dia tak tahu nak order apa..maklumlah tinggal terpencil di hujung kampung. Sedang dia berfikir, datang seorang lelaki lingkungan 30’an ditepinya. Ahmad namanya. Pak Pandir pun merancang untuk meminta seperti apa yang Ahmad minta.
Ahmad : Bagi Big Mac satu..
Pak Pandir: Bagi Big Mac satu…
Ahmad: Air…Bagi air coke yer…
Pak Pandir: Air…Bagi air coke yer…
Ahmad pun menjeling pada Pak Pandir namun Pak Pandir buat tak tahu ajer…
Ahmad: Ooo yer cik..bagi ash-tray satu yer (masa tu McD boleh merokok lagi)
Pak Pandir : Ooo yer cik…bagi ash-tray satu yer…
Ahmad mula meradang lalu memarahi Pak Pandir…
Ahmad : Hoi…yang kau pesan sama macam aku tu kenapa hah…takder otak ker?
Nak tahu apa Pak Pandir jawab? lebih kurang begini:
Pak Pandir: Aper..kau ingat kau sorang jer ker makan ash-tray?!?
Budin
Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu.
Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin bertemu jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada Kucing. Bukan itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada membela seekor kucing siam.
Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya. Apa tidaknya, Gayah lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan sehari-hariannya.
Hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok berbanding dengan dirinya.
Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat rancangan untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya, Gayah. Maka, bermulalah dengan rancangan jahat Budin.
Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi , Budin dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Tompok, disumbat dalam karung beras Mehsuri. Tanpa berlengah terus merempit motor kapcainya sehingga jauh dari rumahnya , lebih kurang 10 km lalu dihumbanlah si Tompok tanpa belas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumah dengan siulan mengikut rentak lagu Cindai nyanyian Siti Nurhaliza.
Tapi, kegembiraan hanyalah sementara bila tiba di rumah si Tompok dengan sombong bongkaknya melanggok depan pintu lagaknya menyambut kepulangan Budin. Sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan.
Besoknya, Budin meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini lebih jauh dibawa si Tompok, 20 km dari rumahnya. Tetapi seperti semalam Tompok berjaya mendahuluinya pulang ke rumah. Budin tidak putus asa begitu sahaja, alang-alang peluk pekasam, biar habis basah sampai ke pangkal lenggan.
Maka nekadlah Budin, kali ini dia bukan sahaja hendak buang Tompok lagi jauh tapi dibawanya Tompok pusing-pusing dahulu. Habis semual jalan ditempuh, sekijap ke kiri, sikijap ke kanan, yang lurus, yang bengkok, segala kona, segala selekoh habis dirempitnya dan akhirnya si Tompok dibuang begitu sahaja.
Selang berapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah.
Budin: Ayang, Tompok ada kat dalam rumah tak, tanya Budin dengan penuh suspen lagi berdebar-debar.
Gayah: Ada, ada dekat depan pintu tu ha, Kenapa? tanya Gayah kehairanan.
Budin: Panggil dia jap! herdik Budin dengan nada yang tinggi.
Gayah: Kenapa? tanya Gayah lagi.
Budin: Aku nak tanya dia, bagaimana nak balik ke rumah. Aku sesat ni.
Advertisements

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s