Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

Salam

Leave a comment

Salam semua,

Semalam kita dikejutkan dgn berita pengeboman 2 stesen keretapi bawah tanah  metro di Lubvanka dan Park Kultury dekat Moscow, Russia pagi semalam.2 wanita telah di kenalpasti sebagai pengebom berani mati .Seramai 38 orang terbunuh dan 60 lagi cedera  termasuk 3 pelajar Malaysia yg menuntut di sana.

Kereta Api Metro di Moscow, Russia musnah dalam satu letupan hari ini. Letupan tersebut mengorbankan sekurang-kurangnya 38 orang setakat ini. Foto AP/ Life News.

Pasukan Mencari dan Menyelamat Russia mengangkat mayat mangsa yang terbunuh dalam kejadian pengeboman Kereta Api Metro yang berlaku di Moscow hari ini. Setakat ini 38 mangsa disahkan terbunuh dalam kejadian malang tersebut.Foto AFP

The bombings came after warnings on websites by Islamist leader Doku Umarov from Chechnya that Moscow would be their next target [AFP]

The wounded were loaded into ambulances and helicopters following the deadly attacks [AFP]

Moscow Metro Bombing

Diatas ni peta stesen keretapi di Moscow.Yg berkotak merah tempat berlakunya letupan tu…Letupan berlaku diwaktu kemuncak jam 8 pagi waktu tempatan..orang nak pergi kerja;ah,nak pergi belajarlah nak pergi pasarlah(kalau ada)dan macam2 aktivitilah..maklumlah pagi..

Ni mesti dia orang akan kaitkan dgn orang Islam …apalagi…macamlah orang Islam ni semuanya pengganas…

Kalau ya pun orang Islam yg buat,mest ada sebab2 tertentu….

Pihak berkuasa tempatan berkata, para saksi melihat sekurang-kurangnya dua orang wanita yang dipercayai pengganas telah meletupkan diri mereka dalam sebuah kereta api metro yang sarat dengan penumpang.

Dan Perdana Menteri, Vladimir Putin yang juga bekas presiden Rusia mengisytiharkan perang keatas pihak pengganas yang bertanggungjawab itu.

Ini adalah serangan pengganas yang terburuk di ibu kota Rusia sejak enam tahun lalu. Enam puluh lima lagi penumpang dilaporkan tercedera.

Ketua Agensi Perisikan Persekutuan Rusia (FSB), Alexander Bortnikov dipetik sebagai berkata, bom berkenaan diisi dengan batang besi dan juga punat skru.

Beliau dengan segera mengaitkan kejadian itu dengan pergolakan di Utara Caucasus, iaitu wilayah yang didiami oleh etnik Chechen dan tidak pernah menghentikan perjuangan menuntut kemerdekaan daripada Rusia sejak terpecahnya Kesatuan Soviet.

Putin menjadi popular pada tahun 1999 apabila beliau melancarkan perang ke atas puak pemisah Chechen dan menawan ibukota wilayah itu Grozny.

Inilah dia Vladimir Putin…hensem jugak mamat ni…

Para pejuang Chenchen…

Advertisements

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s