Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

Alam kubur

1 Comment

Salam,
Pagi tadi sempat jugak saya menonton siri “Tanyalah Ustaz”di TV9.Tetamu yang diundang utk memberi ceramah ialah Ust.Hassan Din.Tajuknya kali ni ialah “Di Alam Kubur”.Seronok mendngar ceramahnya..Tak mengantuk bila mendengarnya sebab ia diselangselikan dgn jenaka2 yg melucukan..bukan jenaka yang memboringkan kita…Walaubagaimana pun jenaka2nya penuh pengajaran mengenai bagaimana keadaannya bila berada di alam kubur…nikmat2 dan siksaan2 kubur .
Timbul pulak perasaan takut dalam diri saya..maklumlah kita ni kadang2 tertinggal jugak melaksanakan tuntutan2 agama lebih2 lagi yg wajib..Ya Allah,takutnya saya…
2 jenis manusia setelah dimasukkan ke alam kubur — (1) yang boleh menjawab soalan malaikat dan (2) yang tidak boleh menjawab.
.
Yang tidak boleh jawab akan disiksa, manakala yang boleh menjawab dengan baik dan sempurna (oleh amalannya), akan dimaklumkan oleh malaikat — tidurlah sperti tidurnya pengantin (hadis Nabi) — tidur yang tidak diganggu langsung. Al-Quran (dengan syafaatnya – bagi mereka yang kerap membaca Al-Quran) akan temani/hiburkan orang ini sehingga dibangkitkan di hari akhirat..

Rasulullah s.a.w. bersabda:”Apabila roh telah dikembalikan ke tubuhnya maka akan datang dua orang Malaikat yang berwibawa, mereka adalaah Munkar dan Nakir dan akan bertanya:”Siapakah Tuhanmu? hingga akhir”.Kemudian keduanya akan bertanya lagi:”Apakah yang kamu kata kepada lelaki ini yang mana ia diutus untuk kamu semua, yakni Muhammad”. Mayat akan berkata:”Muhammad adalah utusan Allah dan al-Quran adalah diturunkan kepadanya dan aku mengimaninya, maka akan kedengaran suara dari langit berbunyi”Memang benarlah hambaku itu, maka hendaklah kamu semua menghamparkan hamparan dari syurga dan pakailah pakaian-pakaian dari syurga untuknya serta bukakanlah pintu-pintu syurga untuknya.”Maka terbukalah pintu-pintu syurga untuknya dan datanglah bau yang harum dari syurga dan kuburnya menjadi luas sepanjang mata memandang.

Setelah itu datang seorang lelaki yang sangat cantik rupanya dengan pakaian yang cantik dan berbau wangi, lalu ia berkata:”Bergembiralah kamu dengan apa yang menyenangkan kamu.”Apabila mayat melihat orang yang tidak dikenali itu lalu ia bertanya:”Siapakah kamu!, Allah s.w.t. mengasihi kamu, aku tidak pernah melihat secantik kamu didunia.”Berkatalah lelaki itu:”Aku adalah amal kamu yang salih.Rasulullah s.a.w.. bersabda:”Kalau orang yang termasuk dalam golongan yang akan mendapat azab maka apabila telah sampai waktu ajalnya, maka malaikat akan turun dari langit dengan membawa pakaian azab dan mereka akan duduk jauh darinya, lalu datang malaikat maut duduk dekat kepalanya dan berkata:”Keluarlah kamu wahai nafsu yang jahat! dan keluarlah dengan kemurkaan Allah.”

Rasulullah s.a..w. bersabda:”Apabila berpisah roh dari badannya maka segala sesuatu yang di langit dan di bumi mengutuknya, semuanya akan mendengar kutukan tersebut melainkan manusia dan jin.”Kemudian malaikat akan membawa roh tersebut naik ke langit dunia, apabila mereka telah sampai kepada langit dunia, disebabkan roh tersebut roh jahat maka tutuplah pintu-pintu langit, lalu kedengaran suara yang berbunyi:” Pulangkanlah roh tersebut ketempat tidurnya.Lalu malaikat pun mengembalikannya kekuburnya, setelah itu datanglah munkar dan nakir dengan suara yang garang seperti guruh, matanya seperti kilat yang menyambar, lalu keduanya membakar bumi dengan kedua siongnya.

Kemudian keduanya duduk sambil bertanya:”Siapakah Tuhan kamu?.Jawab mayat:”Aku tak tahu”.Di waktu yang sama kedengaran suara dari kubur sebelah berkata:”WEahai Munkar Nakir pukul saja orang itu.”Maka Mukar dan nakir pun memukulnya dengan palu dari besi dan diterangkan andaikata kalau semua makhluk berkumpul sudah tentu tidak akan dapat mengelak dari pukulan tersebut, dengan pukulan tersebut maka menyalalah kuburnya dengan api dan kuburnya akan menjadi sempit hingga tersepit tulang-tulangnya.

Setelah itu datanglah seorang lelaki menghampirinya dengan rupa yang paling buruk dan hina, baunya cukup busuk dan berkata lelaki itu:”Allah s.w.t. telah membalas kejahatanmu, maka demi Allah tidaklah kamu melakukan suatu kebajikan, tapi kamu sentiasa lalai untuk taat dan sentiasa melakukan kemaksiatan kepada Allah s.w.t.”. Mayat bertanya:”Siapakah kamu?, Berkatalah lelaki itu:”Akulah amal perbuatanmu yang jahat.”Lalu dibukakan pintu neraka dan ia pun melihat tempat tinggalnya yang tetap hingga datangnya hari kiamat.

Ada diterangkan bahawa orang mukmin difitnah dalam kubur selama 7 hari dan orang kafir pula sampai 40 hari Rasulullah s.a.w. bersabda:”Sesiapa yang mati pada hari Jumaat Allah s.w.t. akan menyelamatkannya dari fitnah kubur.”


Satu kisah
tersebut al-kisah ( pembuka kata ). ada seorg lelaki tua yg sudah ada anak dan cucu. lelaki tua ini sering memikirkan nasibnya ketika berada di alam kubur nanti. bagaimana dia hendak mengingatkan semua soalan² dan jawapan² yg bakal diajukan dan dijawab oleh lelaki tua itu nanti.
setelah sekian lama berpikir, akhirnya lelaki tua itu mendapat satu idea yg sungguh bernas. dia membeli kain kapan dan menulis semua jawapan bagi soalan yg bakal diajukan kepadanya ketika di alam kubur nanti. lelaki tua itu memanggil anak sulungnya…”nak, kalau ayah mati nanti, tolong kapankan ayah dengan kain kapan ini…”
“baik lah ayah,” jawab anak sulung itu…
setelah beberapa tahun, meninggallah lelaki tua itu. anak sulungnya teringatkan pesanan ayahnya beberapa tahun yg lepas supaya mengapankan ayahnya dengan kain kapan yg dibeli oleh ayahnya. apabila anak sulung itu ingin mengambil kain kapan tersebut, dilihatnya kain kapan itu dah buruk lalu digantikannya dengan kain kapan yg baru yg serba putih dan berkualiti tinggi.
Ketika di alam kubur…..
<malaikat> ma robbu ka? ( sapa tuhan kamu? )
lelaki tua itu mencari-cari jawapan yg pernah ditulisnya dahulu pada kain tersebut. dilihatnya pada sudut kain tersebut ada satu tulisan lalu dijawapnya soalan itu berdasarkan tulisan itu…
<lelaki tua> made in taiwan…
pappppp~!! lelaki tua itu disebat oleh malaikat~~~ sekali lagi malaikat itu bertanya…
<malaikat> ma robbu ka? ( sapa tuhan kamu? )
lelaki tua itu mencari lagi tulisan yg lain dan akhirnya menjumpai satu tulisan di sudut yg lain…
<lelaki tua> 100% curton…
pappppppp~~!! sekali lagi lelaki tua itu disebat oleh malaikat kerana gagal menjawap soalan yg diajukan. begitu kisah seterusnya…lelaki tua itu disebat dan disebat dan disebat lagi…
Advertisements

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

One thought on “Alam kubur

  1. gelap2 dalam tanah takan boleh nampak,,, pinjam mata kucing kee

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s