Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

Jom ke sekolah…….

Leave a comment

Semalam anak saya Syasya tak sekolah.Dapat Mc 2 hari.Badan gatal2 macam kena alergik.Wah,seronok dapat MC 2 hari..Saya pun Mc jugak semalam.Kurang sihat..Bab ambil MC hari Isnin ni rasa tak seronok plak.Maklumlah walaupun kita betul2 tak sihat, tapi sebab jatuh pada hari Isnin pulak tu,maka timbullah  persepsi …mcm… alah nak pontenglah tu,NAK PERGI SHOPPING LAH TU DAN MACAM2 LAGILAH (walaupun pada hakikat nya,persepsi ni ada kebenarannya),tapi walau apapun pandangan orang,saya tak kisahlah…yg penting saya bahagia….
Dlm paper kosmo dan metro hari ini ada disiarkan satu artikel pasal budak2 yg terpaksa merintangi berbagai2 halangan dalam usaha menuntut ilmu.Contohnya macam dibawah nilah.Tak taulah saya nak cakap apa kalau anak2 saya terpaksa berkeadaan begini setiap kali ke sekolah gerun sya melihatnya.Tak sekolah pun takpe rasanya drpada bergadai nyawa.Heran jugak saya,kenapa kerajaan diaorang tak bina satu sekolah utk anak2 ni.Kedekut tahi kucing punya kerajaan…nak save budgetlah kunun….bukan saja di Columbia malah dinegara kita pun ada jugak keadaan macam ni cuma tak lah sampai kena bergayut atas cable..
apa2 hal kita bacalah artikel dibawah ni…
Bergayut untuk ke sekolah
Daisy Mora
School run: Nine-year-old Daisy Mora makes the trip every day to get to lessons, with her five-year-old brother riding in a cloth bag
BOGOTA – Beberapa pelajar sekolah rendah bergayut pada talian kabel dengan ketinggian lebih 396.24 meter semasa menyeberangi gaung di Rio Negro, Colombia untuk berulang-alik ke sekolah, lapor sebuah akhbar semalam.
People crossing above Rio Negro
Pelajar-pelajar itu bergayut pada kabel yang direka supaya mereka menuruni dari sebuah bukit untuk menuju ke sebuah bukit lain selaju 64 kilometer sejam ke sebuah pekan berdekatan.
Pengguna-pengguna kabel itu menggunakan sejenis peralatan kayu seperti garpu untuk mengawal kelajuan.
Kemudahan itu disediakan untuk sejumlah keluarga yang tinggal 63.37 kilometer dari ibu negara Colombia, Bogota di Amerika Selatan.
Petani-petani turut menggunakan kabel itu bagi mengangkut barangan sejauh hampir satu kilometer kerana ia cuma satu-satunya akses untuk pergi ke sebuah pekan berhampiran.
Jurugambar yang juga seorang penulis, Christoph Otto telah merakamkan gambar-gambar pelajar sekolah rendah yang menggunakan talian kabel itu dan disiarkan di sebuah akhbar di Britain. – Agen
Gambar dibawah ni diambil di Sabah atau Sarawak..tak ingat plak saya…tak ubah macam stuntman anak2 ni….
Kepada anak2 ni tabik springggggggg utk mereka..

Al Fatihah buat Allahyarham Siti Surianie Julkarim atau Yanie Mentor, 24 yang telah menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 4 petang semalam di Hospital Keningau, Sabah.

Allahyarham yang dikenali menerusi Program Mentor dikatakan telah menderita ketumbuhan di paru-paru sejak empat bulan lalu. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sembulan, Kota Kinabalu pada hari ini.

Allahyarham dikenali menerusi lagu duet bersama Didie, Saling Terpesona dan adalah anak didik Ning Baizura menerusi program Mentor lima tahun lalu. Allahyarham telah berkahwin pada November 2007 dengan Irfin Abdul Manan dan meninggalkan seorang anak.

Sama-sama kita sedekahkah Al-Fatihah kepada Allahyarham. Semoga ditempatkan di kalangan insan yang beriman dan diredhai Allah. Al-Fatihah.

Kepada keluarga Allahyarhamah Yanie semoga tabah menghadapi dugaan dari Allah ni.Semoga arwah dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang yang mendapat rahmat dariNya.Begitu juga kepada keluarga2 yang  diduga olehNya  samada kematian disebabkan oleh kemalangan atau sakit…Alfatihah…
Advertisements

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s