Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

Lampu pijar dalam kenangan

Leave a comment

Lampu pijar?? Apo tu?bBondo ko binatang?? Ish..makcik ni,kalau dah namanya lampu pijar,mestilah bondo…apo pulak binatang lak…
Ha, ah ya..ni first time saya dengar lampu pijar.Kalau tangan pijar sebab lada tu selalu lah dengar…rupa2 nya lampu pijar ni lampu yg kuning cahayanya..Selalu buat lampu bilik air gitu…kalau rumah2 dikampung banyak yg menggunakan lampu pijar ni…lebih2 lagi diletakkan di tangga atau bilik air…sesuai dgn cahayanya yg kesuram2an gitu…
sesuai juga digunakan didalam bilik tidur..tambah romantis bilik tu dan tambah menyeramkan..he,he,he….
Berita dalam suratkabar hari ini  memberitahu yang kerajaan akan menghentikan penggunaan lampu pijar (incandescent) secara berperingkat bermula tahun depan bagi menggalakkan penggunaan lampu yang lebih cekap tenaga, itu kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.
Beliau berkata, langkah yang selaras dengan komitmen kerajaan untuk mengurangkan pengeluaran karbon sebanyak 40 peratus menjelang 2020 itu membolehkan pengguna menjimatkan sebanyak RM336 juta setahun dalam penggunaan elektrik. Dasar itu juga, katanya, boleh mengurangkan penggunaan tenaga elektrik di negara ini sebanyak 1,074 GigaWatt sejam (GW/h) setahun atau bersamaan dengan penjimatan satu peratus keperluan bekalan elektrik negara.
Beliau berkata, penggantian lampu pijar dengan lampu cekap tenaga boleh mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 732,000 tan karbon dioksida setahun atau bersamaan dengan 0.25 peratus kuantiti keseluruhan gas itu yang dilepaskan di negara ini.
Entahlah..saya pun bukannya faham sangat pasal giga watt ni…yang saya tau lampu pijar ni dah sebati dalam kehidupan saya.sejak saya kecik sampai la ni,saya masih menggunakan lampu pijar baik di kampung saya mau pun dirumah saya sekarang…ok aje…kalau kita nak suasana romantik pakailah yg watt nya rendah aje atau kalau kita nak cahaya yg terang benderang,pakailah yg berwatt 100..torang bendorang ghumah dibueknyo….
Nampaknya lampu pijar ni akan tinggal menjadi kenangan …elok simpan lampu ni banyak2.Nanti boleh jadi barang antik..boleh buek harto pusako….botul tak?
Advertisements

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s