Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

A Famosa dalam kenangan

Leave a comment

Salam,
A Farmosa ,Here we come.Selamat Datang ke A Farmosa..Kalau sebelumnya kami cuma nampak dari luar aje(kalau kita melalui lebuhraya Utara-Selatan)tapi pada hari Jumaat lepas kami telah berjaya menjejakkan kaki kami ke dalamnya.Seonoknya anak2 saya termasuklah saya.(tapi masih boleh control tahap kesronokan saya.Jgn bagi asben kaita nampak yang sebenrnya saya yg terlebih seronok dari anak2 saya,he,he,he.).Nak pergi A Farmosa Resort ni kita kena masuk melalui Tol Simpang Ampat,Alor gajah.Lebih kurang 20 min aje dari Tol ni.Kalau nak ke tampin pun dokek amek2.
Bila nampak aje pintu gerbang A Farmosa yang macam bangunan A Farmosa di Bandar Melaka tu,tersangatlah gumbiranya hati tak boleh nak cakap.Maklumlah First time ….dah tu free pulak.Sape tak seronok….
Pukul 2 ptg saya check-in di Condominium D Savoy..Sunyi aje Condo ni.Tak ramai orang pun.Soram sojuk jugak.Lebih2 lagi bila terinagt cerita2 pasal hotel yang ada penghuni lain selain dari kita manusia.Tapi tak kisahlah…
Ok jugak blilk saya..kira selesalah  utk saya anak beranak..Lepas tengok2 bilik kami,kami pun bergegaslah pergi ke Safari team park.
Macam tak cukup masa aje rasanya…lebih2 lagi Safari ni tutup pukul 5 ptg.Sokojap aje dapat tengok nanti.Nanti rugi plak tiket yang kami beli tu..hah..macam lipas kudunglah kami berjalan…kalau suami saya bawa kereta macam pemandu F1.Kami masuk Safari pun dalam pukul 3 lebih….Sesampai aje di Safari kami disambut oleh seekor harimau belang..Mak oii…besarnya…Milo namanya..Kalau dia punya taring..seriau kita melihatnya..takut juga saya..mana taukan tiba2 aje dia naik minyak..tak ke niaya namanya..tapi penjaga dia sentiasa ada disisinya…nampak macam manja aje..
Kemudian kami pun meronda2lah dalam zoo ni.Persekitarannya agak bersih…bau bahan buangan binatang2 pun taklah berbau sangat…taklah macam setengah2 zoo tu…dari jauh kita dah boleh bau ..
Ada animal show pertunjukan burung dan gajah..saya tabik springgggggggg pada jurulatih binatang2 ni….berkat kesabaran mereka,binatang2 seperti burung telah menununjukan satu pertunjukan yang amat kagum saya menontonnya…masing2 tau tugas masing2…jurulatih cuma memtik jari mereka sahaja….bestlah tengok burung2 membuat aksi menarik macam mengayuh basikal,menguti sampah,meniru suara manusia melukis…dan sebagainya…Kalau gajah pulak,mereka dilatih utk bermain bola, menari,bermain basketball ,melukis dsb…
Berbaloi juga dgn harga tiket yang agak mahal tu..Lepas tu kami dibawa menaiki tren menziarahi binatang2 yang dibiar bebas…macam di Safari,Afrika tu…
Cuma kami terkilan  tak dapat melawat pulau kera sebab masa melawat dah habis….insyallah lain kali ajelah..kalau umur panjang…
Pada sebelah malamnya,kami pergi menyaksikan pertunjukan ala2 koboi….ada Red Indian main api,perarakan binatang2,
Keesokan harinya kami menghabiskan satu hari tu dgn mandi manda di Water World.Seronoknya…maklumlah masa kami sampai orang taklah ramai sangat…macam Water World tu ana yang punya..Tapi yang tak dapat sya lupa bila saya dan anak sya Syasya menaiki ..ish..lupa pulak namanya………….
Dahlah naik bukit lepastu kena naik tangga lagi utk sampai ke puncak menara…terketaq2 jugaklah lutut ni….Bila tiba giliran kami aduhai..kecutnya perut…Nak tak nak saya pun masuklah kedalam pelampun tu bersama2 anak saya dan sepasang makwe pakwe….satu pelampung boleh muat 4 orang…bila aje pelampung kami menuruni …apa ya…apo ko bondo nyo…
tak tau pulak saya nak sebutnya,rasa macam nak terbalik pelampung kami….punyalah lajunya…saya tengok Syasya rileks aje sambil tersengeh tengok saya…jerit pun tak ada…isshhh..budak ni..tak takut rupanya…tak padan dgn badannya yg keding…he,he,he…
Sesampai aje dibawah,fulamak leganya raa hati….Alhamdulillah..Syasya boleh ajak saya naik sekali lagi…naik terbeliak mata saya…lebih2 lagi bila teringat ada lebuhraya di sebelah kami tadi….seram sejuk dibuatnya….manalah taukan….malang tak berbau….tau2 aje kami dah berterbangan atas lebuhraya macam naik tikar terbang,siap boleh lambai lagi dekat pengguna lebuhraya dibawah tu….macam superman… ishhhhh..tak boleh nak bayangkan….macamnana diaorang boleh buat dekat sangat dgn highway…
Bila suami tanya macamana…saya kata best nak naik lagi………..tapi dalam hati Allah saja yg maha mengetahuinya…
Tapi yg seronoknya di A Farmosa ni,makanan tengahari di bagi percuma siap dgn air dlm tin lagi.YAlah,tiket masuknya pun dah mahal lagi pun mana ada istilah free dlm dunia ni..mungkin harga makanan ni dah masuk sekali dgn harga tiket…betul tak?betul..betul..bak kata Upin Ipin…
Puas jugaklah kami berendam dlm swimming pool…tambah2 cuaca panas…nyaman rasanya.Lepas tu siap ada ombak buatan manusia lagi tu..sebelum tu siren (macam bunyi siren amaran sebelum berperang)akan dibunyikan.Bila siren dibunyikan kita yg dok berendam dlm air pun bersiap sedialah.Tapi ombak dia taklah membahayakan….setakat melambung2 manja tu adalah….
Sifat2 anak2 bila nampak air aje mulalah tak tentu arah…teruja semacam…sekejap nak main dkt swimming poollal,sekejap nak main gelongsorlah dan macam2 lagi…kalau dkt tak pe jugak,ni terpaksa menapak utk ke sesuatu tempat tu….nak kata jauh taklah jauh sgt,tapi kita ni dah berumur,mengigil2 juga kaki dibuatnya…dah tu terpaksa usung pelampung kesana kemari..Nasib baik ringan….
Alhamdulillah…setelah puas bermain dgn air kami pun dgn berat hati meninggalkan AFarmosa dan Insyallah kalau umur panjang dan ada rezeki lebih boleh datang kesini lagi….Insyallah..dgn izinNya juga….
Advertisements

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s