Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

Salam….

Leave a comment

Salam semua,

Dah lama betul saya tak update blog ni..sejak cuti tahun baru cina minggu lepas sampai la ni…Apa cerita?.Buat diri saya Alhamdulillah sihat walafiat cuma ada sikit sengal2 badan Maklumlah dah berumur..

Cuti Raya cina saya dan keluarga balik ke kolo Pilah menziarah abang saya dan keluarganya..,kg saya Alhamdulillah baik2 semuanya….hilang rasa rindu sebaik saja saya menjejaki kaki di Pokan Pilah..tak banyak perubahan…cuma kereta aje yg semakin banyak….agaknya orang ramai yg balik kg sempena cuti panjang macam saya ni..

Pernah dengar Hutan Lipur Serting Hulu tak? Saya baru first time dengar tu pun anak buah saya yang beritahu..Katanya lebih cantik dari Air terjun di Tengkek,Batu Kikir.Kalau nada pembaca dari Kolo Pilah mesti tau tompek2 ni.Maka kami pun tak sabar2lah nak pergi..maklumlah first time nak pergi…tak sabar2 rasanya…

Siap pakai pakaian mandi dari rumah…bukan pakai bikini atau swimming trunk tau..kalau pakai mau pengsan makcik2 yg ada disitu nanti…hebohlah satu kg….he,he,he.Cuma pakaian yg bersesuaian ..baju t-shirt dan seluar panjang…selesa gitu.Tak adalah mata2 liar yg memandang..

KAmi bertolak pada pukul 3 petang sampai di Hutan lipur dlm pukul 3.45 ptg..Jauh juga.

Artikel dibawah ni saya ambil dari blog http://tintakeris.blogspot.com

Artikel ni ditulis 3 tahun lepas.

mainpix2serting.jpg

Keindahan Hutan Lipur Serting Ulu, Hutan Lipur De Bana masih belum tercemar

HUTAN Lipur Serting Ulu, adalah satu daripada pelbagai tempat menarik di daerah Jempol, Negeri Sembilan yang wajar dilawati. Ia terletak di bahagian Utara kira-kira 20 kilometer dari Bahau dan kawasan ini mula dimajukan pada 1986.

Jalan masuk ke hutan lipur ini agak sempit dan hanya sebuah kereta boleh melaluinya. Keadaan ini menguji kesabaran pemandu kerana sebuah kereta perlu berhenti untuk memberi laluan kepada kenderaan dari arah bertentangan untuk melepasinya dalam satu masa.

Bagaimanapun, yang pasti perjalanan ke kawasan itu menawarkan keindahan alam semula jadi dan suasana kehidupan kampung yang penuh harmoni. Kebanyakan rumah di sini dibina berasaskan seni bina Minangkabau. Pengunjung boleh melihat keistimewaan seni bina rumah berkenaan di Teratak Za’ba atau Zainal Abidin Ahmad.

Ada sebuah chalet bagi memenuhi kehendak pengunjung yang ingin bermalam di kawasan ini. Chalet yang dibina itu tidak mengganggu ekologi dan merosakkan keindahan alam semula jadi serta habitat.

Sebuah blok bangunan yang mempunyai empat kedai disediakan untuk menjual makanan dan minuman sebagai satu cara memudahkan pengunjung untuk mendapatkan bekalan air dan makanan yang diperlukan. Suasana sekeliling yang indah, damai dan tenang pasti membuatkan pengunjung tidak sabar-sabar menikmati suasana di kawasan itu dan melakukan aktiviti masing-masing.

Ketika masuk ke hutan, pengunjung pasti terkejut kerana kawasan sekitarnya terlalu bersih, tanpa sampah-sarap seperti di kebanyakan kawasan rekreasi lain. Satu lagi perkara menarik yang pengunjung boleh lihat ialah papan tanda yang melarang pengunjung membawa makanan yang tidak halal ke kawasan ini.

Ni 3 tahun lepas. Sekarang apa yang saya lihat adalah sebaliknya.

Chaletnya macam perpatah melayu hidup segan mati tak mau..kesian saya tengok….Ada kolam dkt depan chalet ni…

Blok bangunan empat kedai tu dah ditutup..Dah tak ada sape yg berniaaga.Kalau ada pun cuma budak jual burger dan kakak jual goreng pisang.Surau dan tempat salin baju pun dah terlalu uzur.Macam dah lama tak diselenggarakan…

Mungkin masa saya pergi tu musim panas.Jadi airnya adalah setakat buku lali…nak mandi macam mana….punah harapan kami…dah tu kalau nak mandi kita terpaksa

turun menuruni bukit sebab air sungai disini terletak nun  jauh dibawah….di sebalik batu2 besar…tak sesuai utk anak2 kecil….

Jadi sebab dah terlanjur sampai nak tak hendak mandilah jugak dalam air cetek tu…

Anak buah saya yg rekomen air terjun ni teruklah kena kutuk kaw…kaw…..apo nak buek….

Hutan Lipur Serting Hulu ni akan kami letak paling bawah sekali dalam list perjalanan kami….Bye,bye Hutan lipur serting Hulu….

Advertisements

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s