Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

Al- Fatihah..

2 Comments

SAlam,

Alfatihah .

Semoga Suhaimi Ghazali, 41, dan isterinya, Norfadhilah Isenin, 32,

anak-anak mereka iaitu Nurul Natasha Huda, 11, Muhammad Danial Iskandar, 10, Muhammad Hanif Iman, 6, dan Adi Putra, 2 ditempatkan bersama2 orang2 yang diberi rahmat oleh Nya.Amin..

Keluarga ini rentung apabila kereta jenis BMW 7 Series yang dinaiki meletup dan terbakar selepas merempuh belakang sebuah treler rosak yang diletakkan di lorong kecemasan.

Kesemua mereka maut dalam satu kemalangan ngeri di Kilometer 252.3 Lebuh Raya Utara-Selatan di sini semalam.

Suhaimi merupakan pengasas syarikat Fadhilat Herbs Sdn. Bhd. yang mengusahakan sejenis minuman kesihatan tradisional di Telok Mas, Melaka.

“Mereka sekeluarga bertolak dari Melaka untuk bercuti dan berjumpa stokis di Bukit Merah Lake Town Resort, Perak pada Sabtu lepas, dan kemalangan itu berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang ke Melaka.

Akibat rempuhan itu, kereta mangsa yang baru dibeli sebulan lalu terperosok di bawah treler yang membawa muatan pasir granit manakala sebahagian enjin serta tayar hadapan kereta yang dinaiki enam sekeluarga itu terpelanting sejauh 100 meter dari tempat kejadian.

Semoga keluarga mereka tabah menghadapi ujian dari Allah ini..

Anggota bomba dan penyelamat serta polis mengusung mayat yang rentung dalam satu kemalangan di KM252 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Senawang dekat sini kira-kira pukul 1.30 pagi tadi. Anggota bomba bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 dan Senawang hanya dapat mengeluarkan mangsa kira-kira tiga jam kemudian selepas sebuah kren digunakan untuk mengangkat treler bagi mengeluarkan mangsa-mangsa yang terperosok di dalam kereta yang hangus di bawah treler. – foto BERNAMA

Advertisements

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

2 thoughts on “Al- Fatihah..

  1. al-fatihah….rapat ke dengan keluarga suhaimi dan fadilah ni…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s