Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

Insaflah…..

Leave a comment

Bersyukurlah kita kehadrat Allah s.w.t diatas segala nikmat yang dikurnianya pd kita dari dulu hinggalah sekarang ini.Lihatlah wajah2 kanak2 dibawah ni .Satu pemandangan di Haiti yang telah musnah akibat gempa bumi dua minggu lepas.Insaf dan bersyukurlah kita pada Allah s.w.t.Bagaimana kalau di takdirkan satu hari nanti anak2 kita berada dlm situasi dibawah ini?

/index.php/world/51196-mobs-disrupt-some-haiti-quake-food-handouts

Rakyat Malaysia mati disebabkan oleh berlebihan makanan tetapi bagaimana pula rakyat seperti di atas? Mereka mati disebabkan kebuluran dan kekurangan zat makanan. Mereka merempat untuk mencari sesuap makanan dan berperang dengan kebuluran untuk meneruskan kelangsungan hidup. Masyarakat di negara kita dilihat tidak pernah surut dengan makanan malah segala rezeki yang ada lebih mirip kepada pembaziran. Ya, pembaziran yang jelas dilihat setiap daripada makanan itu, ada insan lain yang amat memerlukan. Sungguh ketara apa yang berlaku di negara kita dan negara dhaif di luar sana. Ramai di antara kita yang menanti maut disebabkan berlebihan makanan tetapi masyarakat miskin di luar sana di ambang maut kerana kebuluran. Krisis kekurangan makanan melanda masyarakat di benua Afrika seharusnya menimbulkan keinsafan di setiap lubuk hati kita. Di merata tempat, pembaziran terus berlaku dan kadangkala ia tidak dipandang sebagai pembaziran kerana sudah menjadi kebiasaan. Kelaziman dalam berlebihan makanan, telah menjadikan diri manusia tidak pernah bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan. Malah, lebih jauh untuk menginsafi akan nasib malang yang melanda rakyat negara lain.

Kisah kehidupan masyarakat yang terdesak dengan kekurangan dan kegersangan makanan wajar menimbulkan keinsafan dan kesyukuran dalam hati kita. Jika dibandingkan dengan kehidupan mereka dengan kita yang makmur di negara ini, ia ibarat langit dan bumi. Sungguh ketara dan jauh perbezaannya. Walaupun negara kini mengalami kegawatan ekonomi dengan harga barangan melambung tinggi dan kemungkinan bakal memberi kesan kepada kehidupan rakyat, belum ada lagi di antara kita yang tidak mampu membeli makanan, tidak dapat makan, terpaksa mengikat perut berhari- hari dan terpaksa berebut- rebut apabila mendapat makanan. Kesyukuran perlu dipanjatkan kepadaNya dengan keadaan kehidupan kita pada hari ini, biar pun tidak diulit kemewahan namun kehidupan kita tidak pernah disaluti kebuluran

HAITI DI AMBANG KEBULURAN

Seharusnya, iktibar daripada apa yang berlaku di negara- negara miskin dan negara yang mengalami peperangan perlu digarap dalam hati kita. Menginsafi nasib mereka yang kebuluran mengajar kita tentang nikmatnya setiap rezeki yang dianugerahkan dan menjadikan kita lebih bersyukur. Di kala sesetengah negara di benua Afrika ataupun di Palestin yang mengalami peperangan menghadapi krisis kekurangan makanan dan kanak- kanak mati kebuluran, kita umpama berpesta dengan makanan yang sedap dan lazat. Musim cuti sekolah yang lazimnya dimeriahkan dengan kenduri kahwin dan pelbagai sambutan perayaan, kita disogokkan dengan kemewahan makanan. Sudah menjadi budaya masyarakat kita, apabila menghadiri majlis, makanan diambil penuh pinggan tetapi yang dimakan hanyalah sedikit sahaja dan selebihnya dibuang. Paling memburukkan lagi sikap orang kita ialah mencebik pula makanan yang dihidangkan adalah tidak sedap.


Advertisements

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s