Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

Sekolahku dalam kenangan

10 Comments

Ntah macamana saya terjumpa blog ni

http://tms92-96.blogspot.com/.Pasal sekolah saya dolu2.Sek Men.Tuanku Muhammad(TMS),K.Pilah..Hai.teringat sekolah lama saya….2 tahun aje saya bersekolah disini .Masa tu saya dapat masuk tingkatan 6.Tahunnya….rahsia….dah lama dahh…Bila tengok badge ni,memori saya terflashback masa saya disekolah ni.Maklumlah first time masuk sekolah campur2.Malu ada…suka pun ada.Sebelum ni saya bersekolah di Sek.Men.Tunku Kurshiah.Badge nya yg warna hijau dibawah tu.Tak jauh dari sek.men,tuanku muhammad.ni.Sekolah perempuan…

Bila dah  masuk TMS ni rasa banggalah jugak..masuk terus jadi senior…jalan pun dah mula tukar rentak gaya.Cewah..cayalah…….Lebih2 lagi banyak mata yg memandang….murid barulah katakan…ada rupa plak tu…(alamak..perasan pulak).Maklumlah umur tengah meningkat remaja…Semuanya manis mata memandang.Tu cerita 30 thn lepas…Sekarang he,he,he…dah tua dah…nak kata manis tu manis lagilah tapi taklah semanis dulu….

Ooppsss….dah melalut pulak.Ok…tandas sekolah TMS ni letaknya agak jauh jugak.Kalau nak ke tandas tu terpaksalah melalui kelass tingkatan 5.Apalagi bila melintas aje kelas ting.5 ,berphewiit,phewiit lah kedengaran…hai..glamerlah sekejap…Jalan pun rasa macam tak betul aje…tapi masih control macho…tu yang penting…

Tapi sekarang,jgnkan phewiit,phewoot pun tarak..Namun ku sedar sape daku sekarang ni.Zaman glamer glamot dah berlalu…Bagi can pada generasi baru plak…

Banyak kenangan manis saya disekolah ni..Guru2 yg mengajar saya yg masih saya ingat ialah cikgu Hamzah,En.Zakaria(seorang yg pemalu).En.Bakar,Cik Asmah , En.Ismail dan En .Yasin.Sekolah ni sekolah lama,jadi lantainya pun drpd kayu.Bila ada guru2 yg lalu kami boleh dengar derap kasut mereka.Bertukar jadi budak baiklah sekejap. Amat malang bagi kelas yg berada betul dibawah kelas saya.Agaknya pening juga mereka dengar hentakan kaki kami.Kuat dan padat.He,he,he…

Macam2 ceritalah yg saya dengar pasal sekolah ni.Ada yg nampak api turun dari bukit pada waktu malamlah,ada hantu dlm tandaslah dan mcm2 lah.Adatlah sekolah lama. Bila melalui sekolah ni,saya lihat banyak bangunan baru dibina….hai,sekolah….. sekolah…akan ku kenang sampai akhir hayatku……

LOGO SMK TUANKU MUHAMMAD

Logo Seolah Menengah Tuanku Muhammad

Logo sekolah Menengah Tunku Kurshiah.

Saya bersekolah di Sek.Men Tunku Kurshiah dari Thn 1975 hingga 1979.Terletak di atas bukit dan tak jauh dari TMS.Bas sekolah pun hantar setakat bawah bukit aje.Lepas tu kami terpaksa menapak memanjat bukit utk sampai kesekolah.Mencungap dibuek nyo….Tapi bab turun bukit,jgn cakaplah..laju semacam…kalau terjatuhlah ,hah.. tergoleklah sampai bawah macam filem hindustan..cuma tak ada lagu background aje…

Bangunan Sek.Men.Tuanku Muhammad.Kelas saya ditingkat atas nun sebelah kiri,bersebelahan tangga.Dulu bangunan kuning belakang tu tak ada.

Almarhum Tuanku Muhammad ibni Almarhum Yamtuan Antah (gambar),

LAGU SEKOLAH (TMS)

Megah teguh berdiri
menjulang cita pertiwi
membentuk jiwa peribadi
Tuanku Muhammad sekolah kami.

Ilmu teramat teguh setianya
cogankata sntiasa tersemai di dada
maki berjanji serta bersedia
menimba ilmu berakhlak mulia.

biru putih warna
berkibar megah sentiasa
bersatulah kita semua
dibawah lambang keagungannya

Memories to be treasured

Wah!!!!!!!!!!!.dah ada bas sendiri….cAYALAH…….

P/S,kepada saudara Iwan(gambar diatas)minta maap byk2 ya sebab guna gambar u…
SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH TUANKU MUHAMMAD

Penubuhan Sekolah Tuanku Muhammad bermula dengan kelas Bahasa Inggeris yang telah dibuka oleh Encik Pyne, seorang kerani. Kelas ini bertempat di sebuah bangunan lama berhampiran dengan Bangunan Union iaitu Bangunan Syarikat Bas United pada masa ini. Pada tahun 1908, Kuala Pilah English School telah dibuka sebagai sebuah sekolah persendirian. Sekolah ini bertempat di Bangunan Mahkamah di Pejabat Daerah Lama. Kuala Pilah English School ini telah dibiayai oleh seorang dermawan tempatan iaitu mendiang En. Tung Yen. Guru besarnya ketika itu ialah Mr. De Witt.

Pada tahun 1914, Government English School telah dibuka. Guru besarnya yang pertama ialah Mr. J. W. Moore. Semasa dibuka, pelajar-pelajarnya ialah seramai 21 orang dan sehingga akhir tahun tersebut pelajar-pelajarnya telah meningkat kepada 51 orang. Adalah dipercayai bangunan Government English School ini pernah didiami oleh Martin Lister.

Pada tahun 1918, bangunan baru telah pun siap dibina. Bangunan itu ialah Sekolah Kebangsaan Kuala Pilah yang kini diduduki oleh Pejabat Pendidikan Daerah KPJJ. Pelajar-pelajarnya berpindah ke bangunan baru ini. Guru besarnya ialah En. Nonis. Sekolah ini terus berkembang dan pada tahun 1924, pelajar-pelajarnya telah meningkat kepada 200 orang dengan 6 orang guru. Pada tahun itu juga, pelajar-pelajar sekolah ini telah ditawarkan untuk mengambil Peperiksaan Junior Cambridge.

Pada tahun 1929, bilangan pelajar telah meningkat kepada 331. Pertambahan bilangan pelajar inilah yang membawa kepada pembinaan Sekolah Tuanku Muhammad yang ada sekarang ini. Tapak bangunan baru ini telah dicadangkan oleh En. Gordon Hall. Dengan itu, terbinalah Sekolah Tuanku Muhammad pada tahun 1930 yang dapat menampung 300 orang pelajar dengan kos binaannya kia-kira $105,995.00.

Selepas kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Tuanku Muhammad pada tahun1933, Givernment English School ini ditukar namanya kepada Tuanku Muhammad School bagi memperingati Al-Marhum. Bangunan asrama putera pula telah dibina pada tahun 1938 dan dapat menempatkan kira-kira 26 orang penghuni.

Semasa pemerintahan Jepun, Tuanku Muhammad school telah digunakan sebagai perkhemahan Tentera Jepun. Segala peralatan sekolah, buku-buku teks dan perpustakaan telah dimusnahkan atau dibakar. Adalah dipercayai askaraskar Jepun ini telah menanam mangsa-mangsa yang dibunuh di bahagian belakang asrama. Sementara itu, padang sekolah digunakan untuk menanam sayur-sayuran dan ubi kayu.

Setelah tamat pemerintahan Jepun, Tuanku Muhammad School dibuka semula pada 7hb. September 1945 dan Mr. Francis menjadi Guru Besarnya. Sekolah Tuanku Muhammad terus bekembang maju selepas Perang Dunia Kedua. Dalam tahun 1948, bilangan pelajar yang didaftarkan ialah kira-kira 760 orang. Pada tahun yang sama, sekolah rendah iaitu Tuanku Muhammad Primary, sekarang ialah Sekolah Rendah Tuanku Munawir telah dibuka.

Pada tahun 1951, bangunan tambahan telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Pada tahun 1952, bangunan makmal ditepi Jalan Tampin telah dibina. Serentak dengan itu, sekolah Tunku Kurshiah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ampuan untuk menempatkan pelajar perempuan. Dengan itu, Sekolah Tuanku Muhammad menjadi sekolah untuk pelajar lelaki.

Pada tahun 1953, sebuah lagi blok bangunan telah dibina untuk menempatkan pelajar-pelajar yang akan mengambil peperiksaan School Certificate iaitu yang pertama di Daerah Kuala Pilah tetapi malangnya tidak ramai pelajar yang berjaya memasuki sekolah ini. Sehingga tahun 1955, bilangan pelajar terus meningkat sehingga 1000 orang. Tahun 1956 merupakan tahun pramerdeka dan terdapat banyak perubahan dalam sistem pendidikan pada masa itu. Sekolah Tuanku Muhammad, untuk kali pertamanya mengadakan Peperiksaan Lower Certificate Of Education untuk pelajar-pelajar tingkatan tiga. Dalam pada itu, Bahasa Melayu menjadi matapelajaran wajib bagi semua pelajar.

Pada tahun 1958, kelas-kelas peralihan diadakan untuk membolehkan pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah bukan Inggeris untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah. Pada tahun 1959, pendidikan Vokasional diperkenalkan bersama-sama dengan pembukaan blok seni perusahaan.

Kedai buku sekolah telah dibuka pada tahun 1970 dan pada tahun yang sama peperiksaan Higher School Certificate (Arts) dimulakan. Pada tahun 1972, bilik-bilik darjah dan makmal-makmal sains tambahan telah dibina untuk mengelakkan daripada mengadakan kelas-kelas sesi petang. Dalam tahun 1974, dua perkara penting telah dicatatkan iaitu pembukaan dewan sekolah yang baru dan permulaan kelas-kelas tingkatan enam sains.

Gelanggang sukan yang mengandungi gelanggang tennis, bola keranjang, sepak takraw dan bola tampar telah pun dibina dan dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Jaafar pada 28 Ogos 1985.

Sekolah Tuanku Muhammad merupakan satu-satunya sekolah yang terkemuka lagi tentua di Daerah Kuala Pilah dan menjadi tumpuan pelajar dari setiap golongan dan peringkat. Ramai bekas pelajar sekolah ini telah berjaya menjadi pemimpin dan pentadbir terkemuka di negara ini. Jubli Berlian telah disambut pada 1989 bagi memperingati nostalgia 1914-1989.

Sekolah ini telah banyak mengeluarkan cerdik pandai yang menjadi pegawai tinggi kerajaan dari peringkat daerah, negeri dan pusat. Antaranya yang dapat dikesan ialah Dato’ Amiruddin bin Kaharudin, Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Awam, Dato’ Dr. Mohd. Ghani, Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Awam, Dato’ Ismail Mansor, Ketua Setiausaha Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Dato’ Dr. Napsiah Omar, Menteri Perpaduan dan Kebajikan, Tn. Hj. Sudin b. Kamari, Pegawai Pendidikan Daerah KPJJ, Tn. Hj. Hamzah b. Hj. Ghazali, Pegawai Daerah Jelebu.

Nama-nama seperti Dr. Baharudin b. Yatim, Dr. Abd. Aziz b. Abdullah, Dr. Teng Seng Chong, Tan Sri Datuk Dr. Abdullah Sanusi bin Ahmad, Datuk Baharudin bin Ali, Dr. Karim b. Mohd. Nor, Dr. Anuar b. Mad Nor, Dr. Mohd Nordin b. Hj. Keling, Dr. Shamsul Amri b. Baharudin dan lain-lain ahli akademik yang terkemuka tercatat di dalam lembaran sejarah Sekolah Tuanku Muhammad. Boleh dikatakan semua ADUN kawasan Kuala Pilah, Juasseh, Johol dan Seri Menanti adalah bekas anak didik sekolah ini. Antaranya ialah YB. Tn. Hj. Abu Zahar b. Dato’ Andika Ujang, YB. En. Mohd Darus Salim bin Bulin, YB. Tn. Hj. Muhammad bin Hj. Ahmad, YB. Dato’ Napsiah bt. Omar dan Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Mansor bin Othman.

Bahkan ADUN Kawasan Luaran Kuala Pilah seperti En. Anuar Rashidin, Pn. Hjh, Derma Taksiah bt. Mohd Jalil, YB. Ibrahim Ali pernah terdidik di sekolah ini. Tiga orang bekas SUK NS juga adalah bekas pelajar sekolah ini iaitu Dato’ Ismail bin Mansor, En. Kamarudin b. Abd Rahman dan En. Karim b. Ineh.

Semoga lintasan sejarah Sekolah Tuanku Muhammad kekal menjadi sumber dan ilham masyarakat pendidik.

“ILMU TERAMAT TEGUH SETIANYA”

Sekolah…sekolah…rasa macam nak sekolah semula….

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

10 thoughts on “Sekolahku dalam kenangan

  1. anda kawen kat skolah ke, knape bgambar di bas skolah

  2. last aku kat sekolah ni tahun 1980. memori dah kabur2.

  3. Penglmn saya di TMS banyak phit dari manisnya. Kesalan menebal hingga ke hari ini. Jikalah saya belajar di sekolah lain mgkin saya lebih berjaya. Manakan tidak dari sek kampung belajar di sini dgan guru yang kurang prihatin akan kekurangan pelajar Melayu saya rasa angkatan saya klu sekaramg ini mereka cemerlang pn mungkin atas usaha selepas keluar dari TMS, Guru physic bercakap dgn bangsa dia saja, guru Chemistry di import dri Uk, haram tak faham slang nya. Guru Add Maths dgn kelajuan melampau gya cakapnya. Tak ada tempat nk mengadu waktu itu (1973-1974). Akhirnya kami pelajar Melayu rasa nya tak ada yang cemerlang. Kesal…..

  4. salam masa belajar kt kolej tunku kurshih dulu….kenal x seorang pelajarbbernama YUSNILAWATI MOHD YUSOFF,asal negeri sembilan.lahir tahun 1960

  5. Kenapa la sy tk blh tgk tms ni. Sebak sangat rasa. Banyak sgt pahit manis kat sekolah ni. Tup2 sek ni dh menyambut ulang thn ke 100 pd thn 2014. Thn ni plk dh ada tugu sendiri sendiri sempena 100 thn walaupn dh terlebih 2 thn dh jd 102 thn plk dh. Semua abg2 sy, anak2 buah sy ramai sek kt sini tp sy terkilan anak2 sy tk nk sekolah kt sini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s