Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

Nasib Mualaf..

Leave a comment

Salam semua,

Akhbar Harian Metro hari ini menyiarkan berita mengenai sekeluarga 7 orang mualaf terpaksa tinggal dalam lori bagi mengelak diburu sanak saudaranya yang marah dgn pengislaman beliau sekeluarga.

Betapa bersyukurnya saya yg dilahirkan sebagai seorang Islam .Keinsafan tiba2 menerjah dlm diri ini .Walaupun kita dilahirkan dlm keluarga Islam, kadang2 kita lalai dalam mengerjakan setiap suruhanNya.

Dalam agama IslamMu’allaf adalah panggilan bagi individu yang bukan muslim atau bukan Islam yang mempunyai harapan masuk agama Islam atau orang yang baru masuk Islam yang imannya masih lemah. Pada Surah At-Taubah Ayat 60 disebutkan bahawa para mu’allaf termasuk orang-orang yang berhak menerima zakat.

Dalam sejarah Islam golongan mualaf merupakan orang yang paling penting dalam mengembangkan ugama Islam. Antaranya adalah golongan sahabat yang memeluk Islam dan mengembangkan Islam dengan sepenuh jiwa dan raga mereka.

Masalah yang dihadapi oleh Muallaf di Malaysia

1. Berkhatan

Kebanyakan orang bukan Islam mereka takut memeluk agama Islam walaupun mereka berminat kerana berkhatan. Masalah ini timbul terutamanya di kalangan orang tua. Sesetengah Jabatan Agama atau Majlis Agama mensyaratkan berkhatan sebelum dikeluarkan sijil Islam kepadanya.

2. Sebutan Saudara Baru

Kebanyakan sahabat kita yang baru memeluk agama Islam, membayangkan rasa tidak puas hati dengan panggilan muallaf atau saudara baru. Mereka berasa seolah-olah dalam Islam itu ada berperingkat-peringkat.

3. Tersisih dan Terpisah daripada Keluarga

Sahabat-sahabat kita dari keturunan Cina dan India, apabila mereka memeluk agama Islam maka keluarga mereka terus memutuskan hubungan kekeluargaan. Sahabat- sahabat kita ini yang bekerja dengan majikan bukan Islam pula akan dibuang kerja, sekiranya diketahui yang mereka telah memeluk agama Islam.

7 beranak sasaran bunuh

7 beranak sasaran bunuh

KUALA TERENGGANU: Hanya kerana memeluk Islam tanpa restu sanak-saudara kira-kira tiga tahun lalu, kehidupan seorang mualaf berusia 48 tahun bersama isteri dan lima anaknya kini umpama pelarian apabila terpaksa menyembunyikan diri dan identiti semata-mata bagi memastikan keselamatan terjamin.

KUALA TERENGGANU: Hanya kerana memeluk Islam tanpa restu sanak-saudara kira-kira tiga tahun lalu, kehidupan seorang mualaf berusia 48 tahun bersama isteri dan lima anaknya kini umpama pelarian apabila terpaksa menyembunyikan diri dan identiti semata-mata bagi memastikan keselamatan terjamin.
Lebih menyedihkan, mereka kini terpaksa tinggal dalam lori kerana selain dapat dijadikan tempat berteduh, ia memudahkan mereka melarikan diri jika diserang.
Menurut lelaki itu, mereka enam beranak memeluk Islam dengan mengucap dua kalimah syahadah di Rawang, Selangor manakala anak bongsunya dilahirkan sebagai seorang Islam, tujuh bulan lalu.
Katanya, berikutan tindakan itu, dia sekeluarga terpaksa melarikan diri ke negeri ini untuk meneruskan kelangsungan hidup dan bersembunyi daripada ahli keluarga dan kenalannya yang kurang senang dengan tindakannya memeluk Islam.
“Apa yang ingin saya ceritakan ini hanya untuk memberitahu keadaan sebenar. Tolong jangan siarkan nama atau gambar saya kerana nyawa kami boleh melayang bila-bila masa.

“Jangan tanya mengapa saya tak buat laporan polis, tapi jawab dulu soalan saya, adakah pihak yang mampu memastikan keselamatan keluarga saya 24 jam,” katanya dalam pertemuan dengan Harian Metro yang diuruskan Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) Terengganu, semalam. Menurutnya, dia tidak berani memberikan nama sebenar kerana mendakwa ahli keluarganya mempunyai ramai kenalan yang berkhidmat dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sehingga membolehkan mereka mengenalinya dengan hanya memeriksa nama baru pada kad pengenalan.
Katanya, selepas sekian lama memeluk Islam, baru-baru ini beberapa ahli keluarganya mengetahui mengenai perkara itu sebelum mereka meluahkan rasa kurang senang dengan tindakannya menyebabkan dia dicerca dan dihina ahli keluarga selain ada yang mengugut mahu mencedera dan membunuhnya dan keluarga.
“Saya sedih kerana adik-beradik yang saya tatang ketika mereka kecil dengan memberi wang dan pendidikan, kini sanggup mengugut kami sekeluarga, malah keadaan menjadi semakin tak keruan apabila keluarga saya turut menerima ancaman bunuh menyebabkan kami terpaksa melarikan diri ke Terengganu,” katanya ketika meluahkan rasa hatinya kepada Pengerusi Kimma Terengganu, Mohamed Salahudin Mohamed Shahabudin dan timbalannya, Shawkath Ali Mohamed Kassim.
Menurutnya, sejak tiga tahun lalu, dia terpaksa menyembunyikan diri di negeri ini dan melakukan pelbagai kerja bagi menyara keluarga selain menerima bantuan tahunan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) Terengganu.

Di RAWANG,pula seorang saudara baru Islam, Mohd Nizam Abdullaht erpaksa menumpang di rumah ayah dan ibunya selepas tidak mampu lagi untuk hidup sendiri selepas mengalami kemalangan jalan raya pada 16 Oktober tahun lalu.

Yang menyedihkan Mohd Nizam juga adalah beliau dan keluarga semacam menyusahkan ibu dan bapanya yang juga terpaksa menanggung ramai lagi adik-beradiknya yang masih tinggal di rumah itu.

Rumah keluarga bapa beliau Encik Veeramalai juga dihuni oleh lapan ahli keluarga selain dari ipar-duai yang turut tinggal bersama.

(GAMBAR: Nazir Masjid, Ustaz Eidil menyampaikan sumbangan bagi pihak masjid)

Mohd Nizam asalnya tinggal di Bandar Tasik Puteri, dekat sini. Namun selepas mengalami kemalangan tahun lalu, hingga kini beliau belum sembuh dan terpaksa menumpang di rumah ibu dan bapanya dekat Kuang.

Yang paling banyak tekanan kini adalah isteri beliau, Meharuwniza Mohamed Ali untuk mempertahankan akidah dan ibadah Islam beliau sekeluarga.

Beliau sangat berharap dapat kembali ke Bandar Tasik Puteri dan ingin hidup berdikari bersama keluarganya sendiri. Namun, apakan daya dengan apa yang berlaku kepada suaminya sekarang.

Ni baru dua kes .entah2 banyak lagi kes2 berkaitan dgn masalah saudara baru kita yg tidak kita ketahui.Kasihanilah mereka.Bukan senang nak menukar agama ini.Banyak ranjau duri yg terpaksa mereka lalui…Dan kpd jabatan2 yg berkaitan,seperti pusat zakat atau JKM atau yg sewktu dgnnya ,  pantau2lah golongan ini..kurangkanlah protokol2 yg menyusahkan mereka setiap kali mereka ingin memohon bantuan…

Jgnlah menunding jari menyalahkan orang lain jika mereka menukar ke ugama asal mereka nanti….tepuk dada tanyalah selera..

Advertisements

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s