Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

Perginya seorang negarawan…ALfatihah..

Leave a comment

Innalillahi wainnailaihi rajiun.

Negara kita telah kehilangan seorang negarawan iaitu bekas Menteri Dalam Negeri Tun Ghazali Shafie yang meninggal dunia di kediamannya di Subang Jaya di sini kira-kira jam 7.45 malam ini. Kematian Ghazali, 88, disahkan oleh cucunya Farah ketika dihubungi.Semoga keluarga Allahyarham tabah menghadapi ujian dari Allah ini.Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh..amin..

TERHARU...Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (tiga dari kanan) diiringi Datin Yuhani Shafie (dua dari kanan) menziarahi Jenazah Allaryarham, Tun Ghazali Shafie di Damansara Utama. - Gambar Sairien Nafis

USUNG...Jenazah bekas Menteri Dalam Negeri, Allahyarham, Tun Ghazali Shafie diusung oleh pegawai-pegawai daripada Angkatan Tentera Malaysia keluar dari rumah adik perempuannya, Datin Yuhanis Shafie untuk disembahyangkan di Masjid Al-Mujahiddin Damansara Utama sebelum dibawa ke Masjid Negara. - Gambar Sairien Nafis

BERSEMADI...Sultan Pahang, Ahmad Shah menyiram air mawar di atas pusara Allahyarham Tun Ghazali Shafie, diikuti anak sulung Allahyarham, Bachtiaer Ghazali, adiknya Datin Yuhani Shafie (dua dari kiri) dan Tan Sri Khalil Yakob di Makam Pahlawan, Kuala Lumpur jam 2.30 petang tadi. - Gambar Ghazali Bujang

Ghazali Shafie

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Tun Ghazali Shafie (22 Mac 1922-24 Januari 2010) merupakan ahli politik Malaysia era Tunku Abdul Rahmanhinggalah era Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu dari 1970-1984. Beliau lahir di Kuala LipisPahang pada 22 Mac 1922 dan meninggal dunia pada 24 Januari 2010 di kediamannya di Subang Jaya kerana sakit tua.


Pendidikan

Ghazali mendapat pendidikan awal di beberapa sekolah Melayu dan Inggeris di sekitar RaubKuala LipisBentong danPenjum sebelum melanjutkan pelajaran di Clifford School, Kuala Lipis pada 1939 hingga 1940.

Pada 1941, beliau melanjutkan pendidikan di Raffles College Singapura sebelum ke London di mana beliau menerima Ijazah LLB (Kepujian) di University College of Wales dan kemudian mendapat ijazah dalam bidang pengajian antarabangsa di London School of Economics pada 1954.

Politik dan Kerjaya

1941-1946 beliau berkhidmat dalam Pasukan Sukarelawan Malaya dan Pasukan Gerakan Menentang Jepun. Kemudian menjadi kerani di Selangor. 1957 menjadi Pesuruhjaya Tinggi Malaya ke India .1959 menjadi Ketua Setiausaha di Kementerian Luar Negeri .

Ghazali mula berkecimpung dalam bidang politik dengan menyertai Persatuan Melayu Pahang pada 1946 yang pada mulanya melakukan kerja-kerja kebajikan sebelum diserap memasuki UMNO.Pada tahun 1958 beliau dipilih menjadi Ahli Jawatankuasa Politik Umno sehingga 1978. Beliau pernah beberapa kali menjawat jawatan Ahli Majlis Tertinggi Umno dan merupakan Naib Presiden Umno pada 1981. Ghazali pernah dilantik sebagai Senator pada tahun 1970 hingga 1972. Beliau bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1974 di kawasan Parlimen Lipis dan menang tanpa bertanding. Beliau pernah bertanding jawatan naib presiden UMNO tetapi tewas pada 1972 dan 1975. 1981 beliau menang jawatan jawatan Naib Presiden UMNO.

Beliau berkhidmat di bawah empat perdana menteri bermula dari zaman Tunku Abdul Rahman sehingga era Tun DrMahathir Mohamad.

Perkhidmatannya dalam kabinet agak lama bermula pada tahun 1970 apabila dilantik sebagai Menteri Tugas-tugas Khas (1970). Kemudiannya sebagai Menteri Tugas-tugas Khas dan Penerangan pada April 1972. Sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas merangkap Menteri Penerangan Malaysia, beliau bertanggungjawab membentuk , merangka dan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru serta merangka Rancangan Malaysia Kedua 1970-1975.

Kira-kira 16 bulan kemudian beliau diberikan kepercayaan sebagai Menteri Dalam Negeri dan Penerangan, di mana jawatan Menteri Dalam Negeri itu dipegangnya sehingga Julai 1981 apabila beliau bertukar ke jawatan Menteri Luar.

Ghazali menjadi Menteri Luar Negeri dari Julai 1981-Julai 1984. Dasar luar semasa zaman Tun Abdul Razak diperkukuhkan dengan pembentukan ICG iaitu Majlis Antara Kerajaan-Kerajaan.

Beliau pernah menjadi pegawai kerajaan dan duta kanan ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Peranan beliau amat berkesan bagi menghadapi kebanjiran pendatang haram Vietnam ke Pulau BidongTerengganu pada 1975.

Kepakarannya dalam bidang perhubungan antarabangsa amat terserlah serta dihormati dan ini dapat dilihat melalui jawatan-jawatan yang disandang termasuk Pengerusi Persidangan Asia mengenai persoalan Palestin pada 1983, ahli Suruhanjaya Selatan dan juga pengerusi suruhanjaya yang ditubuhkan bagi membuat cadangan mengenai rombakan dan pengukuhan mekanisme Asean.

Sumbangan

Satu lagi penghormatan ialah terpilih sebagai ahli dalam Pasukan Eminent Persons Komanwel untuk Afrika Selatanbagi memberi sokongan kepada proses rundingan pelbagai parti pada 1981, ahli Kumpulan Pemerhati Komanwel untukPilihan Raya Umum Afrika Selatan, ahli Kumpulan Pemerhati Pilihan Raya Sri Lanka, dan Pilihan Raya Bosnia Herzegovina serta Pengerusi Kumpulan Pemerhati Komanwel untuk Pilihan Raya Bangladesh.

Setelah meletak jawatan daripada kabinet pada Julai 1984, beliau menumpukan perhatian pada bidang lain yang menyaksikan beliau menjawat jawatan penting dalam sektor swasta dan pertubuhan antarabangsa. Antaranya menjadi Pengerusi Landmarks Holding Bhd ,MUI Finance, Pengerusi Paremba, Pengerusi Lembaga Penasihat Rolls-Royce Asia Tenggara, Pengerusi Westmont Bank Manila, Filipina, Pengerusi Intermega Energy NL, Australia.

Beliau pernah menjadi Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (MAAU) dari 1962-1988. Dari 1993-1995 beliau menjadi Karyawan tamu di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau menjadi pengasas dan presiden pertama Galeri Seni Negara pada 1959, Ahli Majlis Pengelola Universiti Malaya, Ahli Majlis Gerakan Negara (Mageran), Pengerusi Majlis Pengelola Institut Teknologi Mara, dan ahli pengasas Malayan Forum, United Kingdom. Beliau pernah dilantik sebagai penasihat khas kepada Perdana Menteri Malaysia mengenai hal ehwal luar, serta bertugas sebagai perunding World Bank Economic Development Institute.

Tun Ghazali menjadi Presiden Kehormat Seumur Hidup Kelab Penerbangan Diraja Selangor serta Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (1962-1988), sehingga beliau diberikan Anugerah Tokoh Sukan pada tahun 2002.

Pembentukan Malaysia

Beliau menjadi penasihat tetap Suruhanjaya Cobbold bagi meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak untuk menyertai Malaysia. Peranan beliau dalam pembentukan negara Malaysia dengan penyertaan Sabah dan Sarawak cukup signifikan.

Beliau bertanggungjawab terhadap pembentukan Rukunegara iaitu satu prinsip perpaduan negara selepas Peristiwa 13 Mei. Cogan kata Bersatu Bertambah Mutu bagi Malaysia juga adalah hasil inisiatif beliau sebagai Menteri Peneranganpada tahun 1970.

Terselamat dalam nahas Cessna

Pada 10 Januari 1982, pesawat Cessna 206 yang dipandu Tun Mohd Ghazali Shafie, ketika itu Menteri Luar Negeri Malaysia terhempas di Kampung Janda Baik.Mereka dari Kelab Pnerbangan Diraja SelangorKuala Lumpur dalam penerbangan ke Kuala Lipis, kawasan pilihan raya yang diwakilinya.Bagaimanapun Mohd Ghazali terselamat kerana jatuh di atas rimbunan pokok buluh.Manakala pembantu juruterbang dan pengawal peribadinya (ASP Charon Daam dan co-pilot Vergis Chacko) terbunuh. [1] Dua mayat ditemui dalam helikopter yang terhempas jam 3.00 petang dan diterbangkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur.Isteri Tun Ghazali iaitu Puan Sri Khatijah Abdul Majid ,anaknya Sharifuddin dan Bakhtiar menanti di Kuala Lumpur.

Pada 22 Jun 1983, coroner Abdullah Sidek di Mahkamah Majistret BentongPahang memutuskan kematian dua orang penumpang itu kerana kemalangan udara. Perbicaraan berlangsung dari 14-18 Mei 1983. Juruterbang membuat keputusan merempuh awan di Waterworks Gap. Vergis patah di leher dan pendarahan dalaman. Sementara Charon cedera teruk di tengkorak dan leher[2]

Peristiwa 13 Mei

Kajian / hipotesis oleh Kua Kia Soong terhadap Peristiwa 13 Mei mendapati bahawa nasionalis Tun Abdul Razak cuba melakukan rampasan kuasa terhadap Tunku Abdul Rahman dengan sokongan daripada Dato’ Harun bin Idris, Tun DrMahathir Mohamad dan Tun Ghazali Shafie.

Trivia

1. Ghazali dikenali sangat tegas dalam segala kerja yang dibuatnya sehinggakan beliau digelar ‘King Ghaz’.

2. Beliau dikenang oleh wartawan yang bertugas pada zamannya sebagai sangat garang kerana sikapnya yang sentiasa mengharapkan para wartawan mempunyai pengetahuan lengkap mengenai sesuatu isu atau perkara yang ingin ditanya kepada beliau. Ini menyebabkan ramai wartawan cukup berhati-hati apabila berdepan dengan beliau ketika membuat liputan.

Anugerah

Beliau mendapat anugerah kehormat kerajaan asing termasuk dari SingapuraPerancisRepublik KoreaIranFilipina,JepunTunisiaThailandAustria dan Korea Utara.[3]

Hasil tulisan

  • Ghazali Shafie’s Memoir on the Formation of Malaysia (2nd printing). 2004. Ghazalie Shafie. Penerbit UKM: Bangi ISBN 967-942- 364-6 (paperback)
  • Ghazali Shafie: Malaysia, Asean and the New World Order. 2000. Ghazalie Shafie. Penerbit UKM: Bangi ISBN 967-942-479-0/ 967-942-487-1 (international Edition).
  • Tamadun Melayu: Menyongsong Abad kedua Puluh Satu. 1997. Ismail Hussein, Wan Hashim Wan Teh & Ghazali Shafie. Penerbit UKM: Bangi ISBN 967-942- 379-4 216 hlm.
  • Rumpun Melayu dan Bangsa Malaysia Menjelang Tahun 2020. 1995. Ghazali Shafie. Penerbit UKM: Bangi ISBN 967-942-326-3.

Keluarga

Isterinya Toh Puan Khatijah Abdul Majid meninggal dunia pada April 2008. Anak lelakinya Bachtiaer dan Sheriffudin.

Meninggal dunia

Beliau meninggal dunia meninggal di rumahnya di Wangsa BaiduriSubang Jaya jam 7.45 malam , Ahad 24 Januari 2010 akibat sait tua. [4]Kemudian dipindahkan ke rumah adik perempuannya Datin Yuhanis Shafie di Damansara Utama.Jenazah disembahyangkan di Masjid Al-Mujahiddin Damansara Utama. Dikebumikan di Makam Pahlawanbersebelahan Masjid Negara.

Turut hadir ialah Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil YaakobMenteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

istighfar

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s