Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

Innalillah..Alfatihah…

Leave a comment

Salam,

INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN “
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Ertinya : “Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali “.

alfatihah1qx5.jpg

Tanggal 11hbJanuari 2010 bersamaan 25 Muharram 1431,abang ipar saya Sheikh Said Ali atau lebih dikenali sebagai Abang Sheikh telah

pulang kerahmatullah akibat kemalangan jalanraya.Allahyarham meninggal dunia ditempat kejadian akibat kecederaan parah di kaki.

Allahyarham akan kami kenang sebagai seorang yang sentiasa mengejut kami bila waktu solat subuh dan waktu2 solat yang lain.Menunaikan solat di masjid menjadi amalannya tidak kira dimana beliau berada dan dalam keadaan apa sekali pun.

Beliau seorang yang sentiasa merendah diri. Tegas dgn anak2 lebih2 lagi bila tiba bab solat ,puasa dan cara berpakaian.

Melakukan solat tengah malam menjadi amalan Allahyarham.Pernah sekali saya terserempak dgn Allahyarham yang sedang sujud sambil menangis teresak2 memohon keampunan dari Allah swt..

Walaupun kami jarang berjumpa hanya bila Hari Raya atau cuti,pemergian Allahyarham amat kami rasai.

Saat beliau dikebumikan ratusan masyarakat setempat dan kenalan allahyarham datang menziarahi dan ingin menatap wajah Allahyarham buat kali terakhirnya.

Melihat kakak saya dan anak2 mengucup dahi Allahyarham meruntun jiwa saya.

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh Allahyarham dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh. Amin….

Dan buat kakak saya dan anak2 Allahyarham Ina,Faizin,Talha,Nor,Ani,Bakar dan RAfeah  semoga tabah menghadapi dugaan dari Allah  ini.

Mengenang pemergian Allahyarham, menjadikan saya terfikir “Di mana saya akan mati nanti?” Semoga kita semua dimatikan dalam keadaan husnul khatimah (pengakhiran yang baik).

Advertisements

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s