Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

Tahniah….

Leave a comment

Dari ehsan mStar:

Thank u very2 much…

Tahniah kepada pemenang2 semua…..

Aizat bersama dua trofi kemenangan yang diraihnya menerusi dua buah lagu, Pergi dan Kau Aku – foto THE STAR oleh AZMAN GHANI

Alunan lagu menyentuh perasaan, Pergi nyanyian Aizat telah berjaya mengungguli gelaran juara dalam Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24) di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini malam tadi.

Dengan kemenangan lagu ciptaan Pete Teo dan lirik oleh Amran Omar itu, mereka telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak RM35,000 berserta trofi.

Aizat juga berjaya memenangi kategori Persembahan Terbaik menerusi lagu Kau Aku dan sekaligus merangkul wang tunai berjumlah RM10,000 dan trofi.

Sementara bagi tempat kedua, lagu Dan Sebenarnya nyanyian dan ciptaan sepenuhnya oleh Yuna telah berjaya meraih kemenangan dan membawa pulang wang tunai RM15,000 serta trofi.

Dalam pada itu, tempat ketiga pula berjaya dimenangi oleh lagu Bencinta ciptaan Audi Mok serta lirik dan nyanyian oleh Faizal Tahir. Mereka memenangi wang tunai RM12,000 dan trofi.

Juara Mentor musim ketiga, Black pula dinobatkan sebagai pemenang Vokal Terbaik menerusi lagu nyanyiannya Aku Rindu Sayang Kamu, ciptaan sepenuhnya oleh Yuzai. Black membawa pulang wang tunai RM10,000 dan trofi.

Lagu-lagu lain yang bertanding pada AJL24 ini ialah Aurora (ciptaan sepenuhnya oleh Estranged), Tak Mungkin Kerana Sayang (Alyah/ Ajai/ Habsah), Cinta Adam & Hawa (Misha Omar/ Azmeer/ Loloq), Masih Jelas (Hafiz/ Aidit Alfian/ Ad Samad), Situasi (Bunkface/ ciptaan sepenuhnya oleh Sam), Pakai Buang (Stacy/ ciptaan sepenuhnya oleh Edry KRU),Aku Skandal (Hujan/ ciptaan sepenuhnya oleh Noh Hujan), Bengang (Akim/ Amir/ Sheikh Qalam) dan Rindu Terhenti (Tomok/ Aubrey Suwito/ Tinta).

Barisan pemenang AJL24…(dari kiri) Yuna, Aizat, Black dan Faizal Tahir
Tapi kenapa AJL selalu dipentaskan pada hari AHad?Maklumlah besok tu nak kerja….Tapi saya taklah menonton sampai ke akhir rancangan.
Mengantuk…..Saya syorkan lain kali,tahun depan ke buatlah pada hari Sabtu…boleh tengok sampai habis….ya….muaahhhh…….
Lagu Aizat kalau kita dengar boleh tertidur dibuatnya…jgn marah……..
Sumbangsih.jpg image by luhur81
Penyokong Nogori….
Dan tahniah juga pada basukan bolasepak Negeri Selangor kerana menjuarai Piala Sumbangsih di Paroi,Soromban,N9 Sabtu lepas. hu,hu,hu…Nogori

kalah 2 – 1.Takpolah…cubo laei tahun dopan.Dan tahniah jugak pada penyokong2 N9 sobab menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.Walaupun kalah 2-1,tapi tak ada yang baling mercun ke,bom asap ke atau ape2lah yang sewaktu dgnnya…Macam tulah orang Nogori….eden banggo sekali jadi orang nogori….

Advertisements

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s