Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

Back To SchoOL

Leave a comment

Salam semua..

Pagi tadi bermulalah sesi orientasi di sekolah anak saya  yang akan melangkah ke tingkatan satu.Ramai sungguh ibubapa yang hadir bersama2 anak mereka..utk urusan pembayaran yuran,beli buku dan macam2lah.Saya pun tak ketinggalan juga. Acara yang sepatutnya bermula pukul 8 pagi telah terlewat dari jadual asal>Biasalah tu..Lebih kurang pukul 8 lebih(lebih tu saya tak pasti berapa),ucapan dari pihak sekolah bermula.Dan bila guru besar berucap,biasalah mata pun dah mula mengecil sikit demi sikit..ngantuknye…tak boleh nak cakap..tapi terpaksa bersekang mata…nanti apa pulak orang kata….lepas seorang berucap,seorang lagi pulak berucap.Adush…tak tahan rasanya….Saya tengok orang lain segar bugar aje.Tegak kepala mendengar ucapan.Taklah macam saya,tengkuk dah mula macam ayam kena sembelih..terlentuk sana sini,sekejap tukar posisi tempat duduk…Agak2nya sebab umur dah meningkat…macam2 penyakit datang…

Alhamdullillah,urusan pendaftaran selamat dilaksanakan..(isshh..tak sedap pulak bunyi ayat ni.Macam ada yang tak kena pulak..tak kisahlah kan…asalkan faham takpe,kalau tak faham,buat2 faham ajelah..)

Kelas anak saya di tingkat 3.Jenuh jugaklah kaki mengira anak tangga…terketaq-ketaqlah lutut dibuatnya,sesak nafas  bila dahh sampai atas..tapi maintain macho…jaga imejlah katakan..macam artis pulak.Kesian betul saya tengok kelas anak saya.Tak ceria langsung .Dahlah catnya  pudar,meja2 utk murid 2 belajar macam zaman Jepun dulu.Meja guru macam tak ada aje..saya rasakan Kementerian pendidikan patut ambil inisiatif atau bagi peruntukan kpd sekolah2 yang catnya orang kata hidup segan mati tak mahu tu utk dicat semula supaya kelas2 kelihatan lebih ceria.Bila kelas ceria murid2 pun adalah semangat nak belajar..orang2 di kem.pendidikan tu rajin2lah adakan lawatan atau melancong ke tiap2 sekolah.Kalau2 ada yang patut ditukar tu,tukar le jgnlah sampai 20 tahun dok pakai perabut dan cat lama lagi.Kasihanilah budak2 yang nak menuntut ilmu…bagi semangat sikit pada diaorang..jgnlah dok nak bina bangunan sekolah baru aje.Yang lama tak diperdulikan.Macam orang beristeri dua.Ya tak?….

Lepas pendaftaran selesai,balik rumah terus terlentang kepenatan..petang pergi ofis lagi tu..cuti setengah hari…hai..beruntungnya bos2 yang dapat pekerja macam saya…rajiiinnnn……

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s