Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

26 Disember….

Leave a comment

Free Orkut and My Space islam Graphics Glitters

Selamat Hari Jadi utk diri sendiri..dah…thn…dah tua bebenor saya ni. 26 hb Disember genaplah saya berumur tut..tut..tahun.(sensitiflah konon..).

Ya ALLAH, panjangkanlah usiaku,
agar lebih lama dapat ku mentaati Mu,
Jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang,
moga di akhirat kelak ku mengutip hasilnya.
Ya ALLAH, tambahkanlah amalan ku di saat bertambah usiaku,
Jadikanlah cahaya Mu yang bersinar menyinari jalanku,
Rehatku adalah rantaian zikir,
Rantai yang ku kalungkan pada leherku,
Sebagai tanda cintaku pada Mu,
Ya ALLAH, Engkau tidak mensia-siakan segala usahaku,
Mencari haruman Syurga ciptaanMu,
Tempat rehat dan nikmmat abadi…….

Amin..amin ..ya rabbil alamin…

Terima kasih kepada anak2 buah,adik-beradik saya yang bertungkus lumus mengadakan sambutan hari jadi saya yang bertempat di rumah adik saya di Kelana Jaya. Semoga tahun hadapan buat lagi ya..insyallah..

Rupa2nya banyak bencana yang berlaku pada tarikh 26 Disember ni.

Allah berfirman dalam Surah Mariam ayat 88-91:

88 Dan mereka yang kafir berkata: “(Allah) Ar-Rahman, mempunyai anak.”

89 Demi sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya!

90 Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian, dan

bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh

ranap, –

91 Kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak.

Kemudian kita lihat pada peristiwa Tsunami dan lain2:

Pada 26 Disember 1932 gempabumi berlaku di China membunuh 70,000 nyawa.

Pada 26 Disember 1939 gempabumi 7.9 Richter berlaku di Wilyah Erzincan, Turki membunuh 41,000 nyawa.

Pada 26 Disember 2003 gempabumi 6.5 Richter berlaku di Wilayah Bam, Iran membunuh 45,000 nyawa.

Pada 26 Disember 2004 gempabumi berlaku di Sumatera membunuh 35,000 nyawa dan jumlahnya terus meningkat..

Tsunami waves

Jangan kita lupakan ribut Greg di Keningau, Sabah juga berlaku pada awal pagi 26 Disember 1996 yang meragut beratus nyawa.

Mudah-mudahan Allah memberi taufiq dan hidayah kepada kita semua. Tidakkah sebelum berlaku peristiwa2 tersebut, orang Kristian sedang menyambut perayaan yang mengatakan Allah itu mempunyai anak (25 Disember, raya Xmas). Malah yg lebih menyedihkan lagi ada dikalangan org islam turut serta bersama2 ziarah menzairahi org kirstian pada hari mereka menyatakan bahawa Allah itu mempunyai anak.

setengahnya akan menjadikanya peringatan dan setengahnya hanya melihat ianya sebagai bencana alam yang kebetulan berlaku pada hari itu.

Tidak terlewt utk saya mengucap takziah kepada keluarga Shaharin Mohd Nor, 61, dan Supiah Adam, 46, kedua-duanya dari Taman Setia, Klang, Selangor; Musa @ Ismail Abdullah, 64, dari Gurun, Kedah; Mohd Shukri Mohd Ali, 22, dari Sungai Besar, Selangor dan Noor Jasmi Noordin, 25, dari Kangar, Perlis. Mohd Bilal Osman, 22, dari Sungai Besar, Selangor; Ng Kah Kit, 14, Ng Poh Ngoh, 23, dari Alor Setar, Kedah dan Sharifah Raheel Al-Junid Syed Harun, 21, dari Sungai Petani, Kedah.

Mereka diatas adalah mangsa kemalangan bas Ekpress Sani pada 26hb disember 2009.Semoga keluarga mereka sabar dan tabah menghadapi dugaan yang maha berat ni….

Alasan pemandu bas ‘saya terlelap’…hai entahlah…

Sama2lah kita berdoa semoga Allah menempatkan mereka dikalangan roh orang yang beriman dan beramal soleh. Kepada semua marilah kita menyedekahkan bacaan Al Fatihah…

Advertisements

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s