Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

Runtuh..runtuh….

Leave a comment

Gambar2 kejadian bangunan runtuh dan tanah runtuh yang telah berlaku di negara kita Malaysia..Kenapa ya?

TRAGEDI bangunan Highland Towers runtuh pada Disember 1993highlandtower1.jpg

highlandtower2.jpgtow9.pngtow5.png

Pasaraya Jaya Supermarket,Petaling Jaya

PETALING JAYA, 28 Mei (Bernama) Sebahagian bangunan yang pernah menempatkan pasar raya, Jaya Supermarket, di Seksyen 14/20  runtuh menyebabkan lapan orang terperangkap.

Stadium Sultan Mizan,Kuala Trengganu

Dibina dengan nilai hampir mencecah RM 300 juta, usianya pun baru mencecah setahun, namun apa yang berlaku sungguh memeranjatkan dan memalukan imej negara kita.

Stadium yang boleh memuatkan kapasiti 50,000 orang penonton itu telah dibuka secara rasminya oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei 2008.

Tragedi jambatan runtuh di Kuala Dipang

Tragedi jambatan runtuh di Kuala Dipang ini berlaku kira-kira jam 10.30 malam ketika para peserta bergerak ke dewan makan untuk supper dan pada ketika itu sekumpulan peserta ini melintasi titi gantung yang menghubungkan 2 kawasan tersebut.Kejadian berlaku pada 27Okt.2009.

Kejadian ini meragut 3 nyawa kanak2 sekolah rendah.

Masyarakat Malaysia dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh yang berlaku di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang. Tanah runtuh itu telah menyebabkan enam unit banglo mewah di Taman Mewah dan lapan unit lagi di Taman Bukit Utama musnah. Kejadian itu dilaporkan berlaku pada pukul empat pagi ketika kebanyakan mangsa sedang lena diulit mimpi.

MUSNAH… Anggota Pertahanan Awam dan anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melihat tebing yang runtuh di kawasan parkir antara Bangunan CIMB dan Bangunan Amanah Raya di Jalan Semantan, Kuala Lumpur petang 5 December 2008

Sebanyak 11 kenderaan di kawasan parkir antara Bangunan CIMB dan Bangunan Amanah Raya di Jalan Semantan di ibu negara, tidak jauh dari kawasan Parlimen dan Jalan Duta, tertimbus dalam kejadian tanah runtuh itu.

Jalan Kuala Kangsar-Taiping antara Padang Rengas dan Bukit Gantang dan sebahagian Lebuh Raya Utara-Selatan ditutup kepada semua lalulintas akibat kejadian tanah runtuh dekat sebuah kilang simen pagi tadi menyebabkan seorang pemandu lori nyaris maut setelah kenderaannya itu terseret.

Timbunan tanah, batu dan pokok yang runtuh dari cerun bukit sebelah jalan berkenaan menutupi kedua-dua hala jalan serta lorong sebelah kiri Lebuh Raya Utara-Selatan di KM 231.6.

Jambatan runtuh di Kg.Masjid Solok.

Pada 20 Oktober 2008 berlakunya peristiwa jambatan runtuh di Kampung Masjid Solok, 71200 Rantau, Negeri Sembilan. Kejadian ini berlaku selepas hujan lebat pada malam 19 oktober 2008 yang menyebabkan hakisan tanah di kiri dan kanan jambatan. Antara faktor lain penyumbang kejadian tersebut kebarangkalian keadaan sungai yang cetek,berliku-liku dan keadaan benteng yang tidak seberapa kukuh.

17 Oktober, 2008Dua pekerja warga Indonesia maut setelah mereka terperangkap di dalam sebuah lori apabila tebing sebuah bukit tiba-tiba runtuh.

Kejadian berlaku di sebuah kuari di Hulu Langat, Selangor.

Dua dari mereka berada di dalam lori untuk kerja-kerja mengangkut tanah dari lereng bukit.

Yang terbaru

KEADAAN bumbung penghadang cahaya di Terminal Pengangkutan Awam di Kuala Berang yang runtuh semalam.

PENGIKAT panel pada bumbung penghadang cahaya yang tidak kukuh didakwa menjadi punca bumbung tersebut runtuh.

Advertisements

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s