Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

Leave a comment

Free Orkut and My Space islam Graphics Glitters

Assalammualaikum w.b.t

SAya rasa belum terlambat(dah terlambat pun) utk saya mengucapkan tahniah pd pasukan Malaysia yang menewaskan Vietnam 1-0 dan memenangi pingat emas selepas kempunan selama 20 tahun.Dan tahniah juga pada penyokong2 pasuka n Vietnam kerna semangat kesukanan mereka yang tinggi….

3 hari dapat duduk rumah rasa seronok sangat.Minggu depan dan minggu seterusnya cuti lagi hari Jumaat..Bestnya kalau tiap2 minggu ada cuti umum..kerja cuma 4 hari aje. Lepas cuti ni akan bermulalah era persekolahan iaitu pada 4hb Januari2010.

Nilah sekolah anak2 saya.Sebelah kiri tu sekolah Syasya manakala disebelah kanan sekolah Kamarul.Sebelah menyebelah aje..

Anak saya Kamarul akan mula melangkah ke alam sekolah menengah manakala adiknya Syasya akan menjejakan kaki ke darjah 2.Pasti sibuk pada minggu pertama persekolahan bermula.Yalah,nak daftar dan bayar yuran sekolah dan macam2 lagilah.Hari persekolahan bukan saja utk anak2 tapi utk para ibubapa jugak.Kembali ke sekolah…seronok jugak.Nostalgia masa zaman persekolahan dulu2 tiba2 menerjah dalam kotak fikiran saya..suasana dulu2 taklah sesibuk sekarang ni..masa daftar dulu rileks aje ibubapa bayar yuran sekolah.Tapi sekarang macam nak pergi berperang pulak.Terkejar sana,terkejar sini nak kejor masa lah katakan….bayar itu,bayar ini dan macam2 lagi.

Minta2 anak2 saya tak lah macam budak diatas ni….

oklah apa kate kita senyum2 hari ini .Almaklumlah hari Isnin..

Free Orkut and MySpace monday Graphics Glitters
Free Orkut and My Space smile Graphics Glitters

Advertisements

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s