Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

Pulau Pangkor Oh Pulau Pangkor..

Leave a comment

salam,…Alhamdulillah,kami selamat pergi dan selamat kembali dari Pulau Pangkor…Wow!!…cantik sungguh pemandangan disana.Macam gambar di atas nun..Airnya jernih sekali…Resort yang saya duduk ni terletak di hujung sekali…Kalau nak ke Pekan Pangkor,tambangnya $40/- pergi balik….Agak puas jugaklah kalau naik teksi sebab jauh….pemandangan sepanjang jalan ke pekan sungguh menarik mata memandang…

Pangkor Island Beach Resort ni boleh dikatakan hotel mahal jugaklah…Banyak mat2 Salih yang datang sini utk berjemur macam ikan masin…macam2 bentuk badan ada..tapi tak ada pulak yang body macam Angelina Jolie atau Cindy Kerepot (Crawford) atu macam David Bekam ke…puas jugaklah mencuci mata..jgn kata mat salih,org malaysia pun nampaknya lebih mat salih dari mat salih tu sendiri..

Malaysia bolehlah katakan….Tapi tandas dihotel ni tak mesra utk orang islamlah..kadang2 tak ada paip air..yang ada cuma kerta tisu aje…ish…tak kan nak lap aje….lepas tu kalau sudu makannya ya Allah punyalah besarnya..nak masuk dalam mulut pun terpaksa buka luas2 sikit…macam mulut buaya..agak2nya dia orang ni ingat mat2 salih aje yang datang…tu sebab sudu makannya besar2…cuba bayangkan mulut anak saya dahlah kecil terpaksa buka mulut luas2 kelakar pulak tengoknya…tak ubah macam hipopotamus…he,he,he..

Pekan Pangkor kira oklah..Kecil aje…macam2 ada jual..kerepek,baju T-shirt semua ada….Harga boleh tahanlah…

Lebih murah dari beli dikedai cenderahati di hotel..contoh key chain…saya beli di pekan pangkor 5 jenis $10/- tapi dihotel satu keychain aje harganya$6/- gitu….Kalau pi Pangkor,kalau kita nak beli cenderahati ke lebih baik beli di pekan..berbaloi-baloi…puas hati..

Bab kerepek-keropok macam2 ada…tepuk dada tanya selera…biasalah harganya 3 peket $10/-.Ikan bilis pun banyak jugak…ikan masin,sotong kering..ikan kering.semua ada…meriah sungguh suasana…..ceria gitu….tapi saya beli sotong dan sate ikan aje…jimat kos he,he,he…

Semalam pukul 8 malam baru saya sampai di rumah saya…home sweet home….rindunya lebih2 lagi pada bantal busyuk saya..he,he,he.

Pagi tadi Syasya tanya saya bila nak pergi pangkor lagi? Amboi..amboi…amboi..ingat mama ni cop duit?Insyallah,kalau ada duit lebih,jgn kata pulau pangkor,pulau DiSabah nun pun boleh kita pergi…hah!,simpanlah duit banyak2….

Tapi mama bukanlah kedekut macam mamat sorang dibawah ni ye..ni bukan kedekut ni dah kira kedekut tahi hidung masin macam Hj.Bakhil dalam cerita Labu Labi..

CHUNG memaut belakang sebuah bas di bandar Dongwan, China baru-baru ini.

DIDONGWAN seorang lelaki di China memaut belakang sebuah bas semata-mata kerana mahu berjimat daripada membayar tambang, lapor sebuah akhbar semalam.

Pengguna-pengguna jalan raya terkejut apabila melihat aksi Deng Chung, 33, itu selama 30 minit sebelum dia melompat turun setibanya di luar pejabatnya di sini, selatan China, baru-baru ini.

Susulan kejadian tersebut, polis China menyoal beberapa penumpang dan pekerja pejabat bagi mengumpul bukti untuk mendakwa lelaki itu kerana aksinya yang membahayakan keselamatan orang ramai. – Agensi

Advertisements

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s