Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

Ahlan wahsahlan Pulau Pangkor

Leave a comment

Salam

Besok,saya akan ke Pulau Pangkor.Ofis trip.Bestnye.Tak sabar saya dan keluarga hendak menjejakkan kaki ke sana. First timelah katakan.tapi yang paling best sebab ianya F>>R>>E>>E>>>.Ape ajelah asalkan free mesti best.Betul tak? Tapi saya cukup risau bila nak naik bot.Maklumlah tengah2 laut.Tapi doakan kami ya selamt pergi dan selamat kembali…Nanti kalau ada duit lebih,saya belikan ole-ole utk anda pembaca yang budiman,…he..he..he….

Pangkor Island Beach Resort

Nilah hotel yang bakal kami duduki.Pulau Pangkor Beach Resort.Cantik nye..Jgn jelez….

Pangkor Island Beach Resort Garden of Pangkor Island Beach ResortPangkor island beach resort

Fikir punya fikir sape ya penduduk sal P.Pangkor ni ya?

Di petik dari http://ppikpulaupangkor.blogspot.com.

Agak panjang jugak….tapi layan ajelah…..

Terdapat Dua Versi Asal Usul Nama Pulau Pangkor
Versi pertama

Pada zaman dahulu pedagang-pedagang tongsan dari negara cina telah belayar ke serata dunia dan salah satu tempat yang disinggahi ialah Pulau Pangkor. Semasa mereka belayar ,mereka membawa bersama isteri dan anak-anak. Dengan cara tersebut mereka boleh belayar dalam jangka masa panjang.
Semasa pelayaran ke Pulau Pangkor,ribut dan ombak besar telah melanda pulau pangkor.lalu tiang layar yang dipanggil “PANG” telah patah dan sebutan “KOR”yang bermaksud patah adalah dalam bahasa cina. Apabila perkataan tersebut sering disebut.maka sepakat menamakan pulau tersebut Pangkor sempena kejadian tersebut.

VERSI KEDUA
Pada zaman dahulu Pulau pangkor tidak mempunyai penghuni,hanya pedagang yang datang singgah untuk berehat. Pulau ini digunakan sebagai “tempat percutian Di raja”sejak lama dahulu. Raja-raja dan pembesar yang belajar di Selat Melaka sering singgah di pulau ini untuk beristirehat. Oleh itu,pulau ini dahulu dipanggil “Pulau Singgah”.
Sultan Perak tertarik dengan keindahan pulau ini sehingga baginda membina sebuah istana disitu.Istana itu di panggil Istana Hinggap. Setahun sekali baginda berkunjungke istana tersebut. Pada masa itu,tiada orang menetap di Pulau Singgah. Namun lama-kelamaan tergeraklah hati beberapa penduduk persisiran pantai untuk berkampung di pulau tersebut.
Orang yang mula-mula berpindah ke situ ialah Pak Pangkor dan keluarganya.dia berasal dari Pantai Remis. Kehidupan di sini amat susah dan Pak Pangkor terpaksa berusaha untuk hidup. Mereka sekeluarga telah sepakat untuk berpindah ke Pulau Singgah.
Pak Pangkor mendirikan pondok kecil untuk mereka bertiga berlindung dan bermalam. Keesokkan harinya dia berjalan-jalan meninjau di sekitar pulau mencari tapak untuk mendirikan pondok yang lebih baik.akhirnya Pak Pangkor menjumpai suatu tempat bermata air lantas terpikat dan mendirikan pondoknya di situ.
Setiap hari mereka mengembleng tenaga untk membersihkan kawasan hutan yang berhampiran pondok mereka. Apabila hutan telah dibersihkan mereka mula menanam ubi kayu,pisang,jagung serta pokok buah-buahan..tanah di situ subur dan tanaman menjadi.
Pada suatu hari.Sultan Perak dan rombongan singgah di pulau itu. Pada mulanya rombongan Diraja tidak menyedari bahawa pulau itu sudah ada penghuni. Ketika rombongan sultan pergi berburu , seorang pembesar telahterpandang akan kebun Pak Pangkor dan beliau segera memberitahu rakan-rakannya.


Mereka amat terkejut kerana pada kunjungan yang lalu,tiada penduduk di pulau ini dan mereka memaklumkan kepada baginda sultan. Pak Pangkor telah dijemput untuk menghadap sultan. Pak pangkor telah membawa hasil tanamannya untuk dipersembahkan kepada sultan. Selepas peristiwa itu ramai ornag dari tanah besar mula berpindah ke situ. Mereka menamai kampung yang baru berkembang ini dengan nama Pangkor sempena nama orang yang mula-mula menerokanya.
Pak Pangkor mempunyai seorang anak lelaki bernama Awang yang gagah perkasa dan amat disenangi oleh penduduk kampung keran sifatnya yang peramah dan suka menolong orang.
Pada suatu ketika, Sultan dan rombongan baginda sekali lagi belayar ke Kampung Pangkor, dalam pelayaran itu kapal baginda telah dipukul ribut. Keadaan sangat mencemaskan,laut bergelora,langit dicakar petir dan hujan turun mencurah-curah. Mereka amat ketakutan dan berusaha keras menyelamatkan kapal daripada tenggelam.
Bagi mengelakkan kejadian tidak diingini,mereka mebuang barang-barang ke laut. Semasa Sultan hendak membuang sebuah peti,tengkolok baginda baginda telah tertanggal dan terjatuh ke dalam laut. Tengkolok yang bertatah emas itu merupakan lambang kuasa dan kebesaran negeri tidak sempat disambar.Setelah sekian lama barulah ribut berhenti.Air laut kembali tenang.Sultan dan anak-anak kapal gembira kerana semuanya telah selamat.Namun baginda amat bersedih keran tengkoloknya telah jatuh ke dalam laut.
Rombongan Diraja meneruskan perjalanan ke Kampung Pangkor. Mereka keluar beramai-ramai menyambut ketibaan baginda. Namun meraka berasa hairan kerana anak-anak kapal semuanya kelihatan letih.Setelah diberitahu bahawa kapal Sultan dipukul ribut kencang dan Sultan selamat,penduduk kampung bergotong-royong memperbaiki kapal baginda yang rosak.pada malam itu Sultan dan rakyatnya berkumpul,lalu baginda bertitah kepada sesiapa yang mendapat atau menemui tengkolok diraja, akan diberi hadiah yang lumayan dan dilantik sebagai pembesar daerah.
Ramailah yang cuba mencari tengkolok tersebut termasuklah Awang anak Pak Pangkor. Namun ,tiada yang berjaya. Pada suatu hari baginda bermimpi bahawa tengkolok itu sedang dijaga oleh seekor naga berkepala tujuh.Awang juga bermimpi yang sama seperti baginda.
Awang yakin bahawa mimpinya itu benar. Dia segera menempah pedang bermata tujuh dan membuat persiapan untuk mencari tengkolok tersebut. Orang kampung berasa hairan melihat pedang Awang yang ganjil itu.
Keesokkannya baginda memberitahu orang ramai tentang mimpi baginda. Rakyat yang mendengar cerita itu telah berputus asa dan tiada sesiapa yang berni berhadapan dengan naga itu.apabila mengetahui hal sedemikian,baginda segera mengeluarkan tawaran baru. Baginda akan mengahwinkan puteri baginda kepada yang berjaya mengembalikan tengkolok tersebut.
Semangat Awang membara apabila mendengar tawaran sultan. Setelah selesai semua persiapan,Awang menaiki perahunya menuju ke tempat kapal baginda dipukul ribut. Apabila tiab,Awang terus terjun ke laut.
Di dasar laut Awang menjumpai sebuah gua yang besar dan Awang terjumpa seekor naga berkepala tujuh dan dapat melihat tengkolok sultan disisi naga itu. Awang bersembunyi disebalik batu sambil mencari akal untuk mendekati naga itu. Apabila naga menjulurkan salah satu kepalanya dengan pantas Awang nenetak kepala naga itu. Kepala naga itu putus dan darah memancut dengan banyaknya sehingga air laut dalam gua itu bertukar menjadi merah.
Hari itu Awang hanya dapat memotong satu kepala saja.Keesokkannya,Awang pergi ke gua itu lagi mengulangi usahanya. Kali ini Awang menggunakan mata pedangnya yang kedua dan begitulah dilakukannya pada setiap hari. Menjelang hari ketujuh,setelah Awang berjaya membunuh naga berkepala tujuh itu dia mengambil tengkolok raja dan membawanya ke istana.
Awang disambut sebagai seorang pahlawan oleh rakyat jelata. Sultan juga sangat gembira dengan keberanian Awang. Sultan telah menunaikan janjinya dan Awang dilantik menjadi pembesar negeri dan mengahwinkan puteri baginda dengan Awang. Tidak lama kemudian Awang diberi gelaran Datuk Maharaja Awang Pangkor. Dia dihadiahi tanah yang luas,iaitu keseluruhan Pulau singgah termasuk Kampung Pangkor dan untuk mengenang bakti Awang,Pulau Singgah ditukar namanya kepada Pulau Pangkor.

Jumlah Penduduk

bangsa bilangan
melayu :6503
cina :9124
india :665
jumlah keseluruhan:16929

peratus pekerjaan

bil jenis peratus
1. nelayan 50
2.kakitangan kerajaan 30
3.peniaga 15
4.lain-lain 5

Sumber diperolehi dari Balai Polis Pulau pangkor.

SEJARAH PERPUSTAKAAN

Perpustakaan Awam Pulau Pangkor telah dibuka kepada orang ramai pada 2 Januari 2001 . Tapak asalnya ialah tanah bersebelahan rumah Penghulu Pulau Pangkor dan telah dipersetujui sebuah bangunan perpustakaan awam akan dibina di tapak ini. Bangunan ini telah dibina dua tingkat dengan keluasannya 100 x 100 kaki persegi. Dua orang kakitangan ditugaskan mengendalikan perpustakaan ini.
Bangunan perpustakaan ini belum dirasmikan lagi. Antara perkhidmatan yang disediakan ialah koleksi buku-buku pinjaman dan rujukan untuk dewasa dan kanak-kanak. Majalah dan surat khabar juga disediakan untuk tatapan pengguna.Perpustakaan ini juga ada menyediakan perkhidmatan komputer dengan kemudahan internet untuk pengunjung yang datang.
Pada masa ini jumlah koleksi yang terkumpul di Perpustakaan Awam Pulau Pangkor ialah sembanyak 7735. Pada awal pembukaannya koleksi hanya 2541 sahaja.
Waktu perkhidmatan perpustakaan ialah:

Isnin : ( tutup )
Selasa – Sabtu : ( 9.30 pg – 5.00 ptg )
Ahad : ( 9.00 pg – 1.00 ptg )

ASAL USUL
NAMA TEMPAT

TELUK NIPAH

Teluk Nipah terletak di tepian pantai dengan pasir memutih dan landai. Kawasan ini yang dulunya berteluk dan sungainya dipenuhi dengan pokok nipah. Akhirnya kawasan tersebut diberi nama teluk Nipah.

PASIR BOGAK
Pasir bogak juga terletak di tepian pantai menjadi tumpuan pelancong untuk berkelah. Kawasan ini dulunya dipenuhi pokok bogak. Akhirnya tempat ini diberi nama Pasir Bogak

TELUK RAJA BAYANG
Menjadi tempat persinggahan sebentar Raja Bayang ketika datang ke Pulau pangkor. Lalu temapt tersebut di panggil Teluk raja Bayang.

SUNGAI PINANG
Sungai yang dipenuhi dengan pokok pinang,akhirnya penduduk dikawasan tersebut sepakat meletakkan nama tempat tersebut Sungai Pinang.

Advertisements

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s