Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

Makkah banjir

Leave a comment

Salam,

Banjir di Jeddah, hujan di Mekah


SEORANG lelaki mengharungi air bah di Jeddah semalam.


JEDDAH – Hujan lebat melanda sehingga menyebabkan beberapa batang jalan raya menuju ke Mekah digenangi air ketika sejumlah besar penganut Islam bersedia untuk mengerjakan haji.

Jemaah-jemaah haji memakai pakaian ihram terpaksa menggunakan payung, sebahagiannya lagi menggunakan topeng muka semasa mengelilingi Kaabah di Mekah.

Namun, berikutan hujan lebat itu, ramai jemaah membuat keputusan untuk tinggal di dalam bangunan penginapan seperti di hotel.

Terdapat juga sebahagian jemaah yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya semasa menuju ke Mekah.

Cuaca hujan itu dianggap jarang berlaku pada permulaan musim haji.

Seorang perunding dari Pusat Untuk Kawalan Penyakit dan Pencegahan Amerika Syarikat (AS) yang beribu pejabat di Atlanda, Georgia, Shahul Ebrahim menyatakan masih terlalu awal untuk menyatakan bahawa hujan akan memudahkan penyebaran wabak influenza A H1N1 atau selesema babi.

“Hujan akan menyebabkan penularan beberapa penyakit lain seperti selesema,

“Namun, kami masih tidak mengetahui bagaimana ia akan memberi kesan terhadap penyakit selesema babi.

“Kita tidak boleh membuat ramalan,” katanya.


BEBERAPA lelaki menolak sebuah kereta melalui sebatang jalan raya di Jeddah semalam.

Setakat ini hujan telah menyebabkan kesesakan jalan raya di Jeddah. Musim sejuk di Mekah ialah hujan. Namun hujan lebat tidak pernah berlaku di kota suci penganut Islam itu sejak beberapa tahun lalu.

Jurucakap Jabatan Pertahanan Arab Saudi, Mejar Abdullah al-Harthi berkata, pihaknya bersedia untuk berdepan dengan masalah banjir.

Menurutnya, sebanyak 300 buah bas disediakan untuk menghadapi masalah banjir bagi memindahkan jemaah.

Agensi Saudi Press melaporkan setakat ini tidak ada laporan mengenai kematian dan kesakitan akibat hujan itu.

Menurut jurucakap Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi, Amer al-Amer, satu lorong di sebatang jalan raya utama menuju ke Mekah ditutup kerana banjir.

“Ia (jalan itu) tidak dapat menampung kehadiran semua orang dari luar Mekah,” katanya.


TIGA jemaah haji mengharungi hujan
di Mekah semalam.

Ini bukanlah kali pertama Makkah dilanda banjir.Pada tahun 1941  Makkah dilanda banjir yang agak teruk jugak seperti gambar dibawah..

Dan pada thn 60an juga Makkah pernah di landa banjir …Dan juga pada thn 2008 ….
Maha Suci Allah….Semoga jemaah2 haji dpt menjalanlan ibadat haji dgn penuh kesabaran ,ketakwaan dan jadikan banjir ini sebagai dugaan dari yang Maha Esa menguji sejauhmana kesabaran para jemaah haji sekelian…Setiap kejadian ada hikmahnya…Semoga mendapat Haji yang mambrur ….Amin…

 

mecca3highlj8.jpg

 

mecca1highfv1.jpg

mecca2highqa0.jpg

 

bnjir ini berlaku pd tahun 1941 M, dgn paras air di dlm kawasn tawaf n skitar kaabah tlh mncapai hajarul aswad.

 

 

Permandangan di Padang Arafah ..

 

JamaratJPG.jpg Sunrise at Jamarat image by wisat

 

 

Advertisements

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s